Perigi Cari Timba Ke Aku Ni?

Assalamualaikum semua, pembaca IIUM Confession.

Harapnya confession aku ni admin sudi siarkan lah ya, walaupun aku rasa macam dah nak merapu sebab merinding masa taip confession ni.

(Geli limfa aku sebenarnya masa nak taip ni, tapi demi pendapat dan mencari solusi, aku gagahkan jua jemari aku menaip ini semua. Hahaha, mohon bertabah para pembaca. Maaf, aku tak pandai mengarang ayat yang best.)

Okay, sebagai permulaan, biarlah aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku.

Aku Che’ BAK, umur, penghujung 20-an, maknanya, tahun depan bakal melangkah ke 3 series lah kan.

Asal negeri J, Belum berkahwin, anak bongsu dari X beradik (di mana ramai claimed aku anak/ adik manja orang tua n kakak abang aku – aku tak nafikan tu tapi family dan aku je yang faham struggle hidup kami macam mana hingga nak sampai ke tahap sekarang ni).

Aku bekerja sendiri (Freelance) dan terlibat serba sedikit dalam kerja² kampung tolong abang aku kat kebun kadang², mostly hidup aku memang fokus pada akademik, kerja, dan family dan passion aku dalam researching dan kerjaya sahaja.

Sebelum ni aku bekerja dalam bidang retails management dan F&B sebelum aku decided to quit shift-hours job since MCO dan fokus kerja yang flexible hours or wfh-based.

Aku tinggal di kawasan kampung dengan mak aku which ada campur dengan abang atas aku & family dia (wife – my SIL + anak² buah) di rumah peninggalan arwah abah sebab teman mak kan.

Sekarang, aku tengah struggle kerja sambil kumpul persediaan untuk sambung semula degree secara PJJ/online-based learning di salah sebuah U separa swasta.

Okay cukup intro diri aku. Lebih² nanti kantoi pulak. Haha. Aku nak tulis ni pun malu gila, taip padam, taip padam, uihhh, kesan cringe dia tuuuu, rasa nak beku kepala aku nak sudahkan taip ni.

Okay, back to the topic, cerita dia macam ni, aku ni kan umur dah nak masuk 30 la kan tahun depan.

Fitrah manusia, aku pun ada rasa nak berpasangan. Cringe la aku tulis ni. Geli siaaaa.

Masalahnya…

Aku tak reti nak analyze petunjuk apatah lagi cara yang betul untuk bercinta mengikut tertib yang betul.

Alkisahnya, aku selama ni, terlalu fokus pada zaman belajar sampailah kerja. Zaman belajar sebolehnya memang family aku tak bagi lah bercintan-cintun ni.

Aku pun malas, sebab aku lebih suka bercinta dengan buku atau jalan² dengan kawan² rapat atau kawan course aku dulu masa zaman belajar n kerja.

Oh ya, aku ni jenis ambivert, tetapi mostly macam lebih kepada introvert orangnya. Apa semua tu? Silalah Google, hehe, aku malas nak explain, nanti lari topik sangat.

Okay, isu nya sekarang, aku dah berkenan dekat seorang dua jejaka yang came across dalam hidup aku secara tak sengaja semasa aku kerja dan jugak masa aku uruskan hal harian hidup aku kat kampung arwah abah aku yang aku duduki sekarang ni.

Cumanya….

Walaupun, sebelum ni aku banyak baca novel cinta atau baca buku berkisar kisah-kisah pengalaman realiti, hakikatnya, hidup di alam realiti ni amat jauh berbeza dengan kisah-kisah yang digarap manusia eh.

(Dah memang gitulah kan? Apalah aku ni)

Jalan cerita yang dialurkan untuk tiap manusia itu berbeza.

Dan aku, bila ditemukan dengan ‘rasa suka’ pada lelaki pada usia begini, banyak faktor logik dan berasaskan realiti kehidupan yang aku kena kaji dan sahkan duku sebelum aku boleh ikut kata hati.

Kenapa?

Sebab aku dah di fasa umur yang tak boleh main² kan. Aku cuba berpegang pada prinsip yang dah diterapkan, perkahwinan itu tanggungjawab.

Dan tanggungjawab itu BESAR AMANAHnya.

Jadi, nak berkahwin tu, bukanlah sekadar cukup dengan cinta semata-mata. Rasa tanggungjawab itu lebih utama. Tanggungjawab melayari bahtera rumahtangga.

Namun aku percaya, dari rasa cinta itulah, baru manusia akan lebih bersemangat untuk berusaha menggalas tanggungjawab yang perlu dipikul. Bukankah begitu?

Cuma itulah…

Aku tak reti nak mulakan langkah.

Aku tak pernah bercinta ke?

Sejujurnya, pernah lah sekali dua masa zaman belajar dulu, masa aku kat kolej, tapi lebih kepada cinta PJJ, sebab pakwe aku masa tu bukan orang tempatan.

Tapi lepas tu, mungkin doa mak bapak aku yang mengharapkan aku belajar betul-betul ke menara gading dan aku sendiri jenis yang tak boleh fokus banyak hal masa belajar, aku last² minta putus dengan pakwe aku.

(Mungkin juga kerana aku sendiri ada sedikit fobia/trauma dengan kes² masalah rumahtangga orang sekeliling aku yang dekat dengan aku masa tu)

Yelah, masa tu masih pelajar, aje giler duit asyik nak habis buat topup je kan untuk support internet data untuk komunikasi kitorang. Dahlah aku belajar abang aku sponsor, dengan elaun bulanan dr kerajaan lagi, aje giler jugak kalau tak perform kan.

Masa tu muda lagi, dan aku insecure dengan lelaki tempatan sebab zaman sekolah dulu aku puas kena ejek sebab rupa paras aku yang tak normal macam orang lain.

Puas menangis, sampai aku kadang cuba kuat, acah² jadi minah brutal kadang², sampai ke besar ni aku kena chop perempuan garang.

Pantang aku bila dengar orang lelaki nak buat bukan² atau dengar orang perempuan teraniaya sebab ulah lelaki tagune atau dengar kes² lelaki huat hal dalam perkahwinan. Terus aku jadi semacam fobia nak serius dengan lelaki.

Cuma itulah…

Bila dah umur macam ni, aku pun macam baru timbul kesedaran bila kadang² sorang², teringat kata-kata arwah bapak aku, “Kau sampai bila nak sorang? Takkan nak hidup sensorang je sampai tua? Tak nak ada anak-anak?”

Wait, macam ada betulnya jugak cakap arwah bapak aku tu.

Hahaha, aku pernah berdebat hal ni dengan bapak aku dan abang aku masa tu, aku masa tu memang berkeras tak nak kawen, aku bagitau diorang, tak nak kawen sebab aku susah dah nak percayakan lelaki.

Aku nak bujang je sampai tua.

Hakikatnya, aku risau, aku takut nak lahirkan seorang lagi umat manusia yang perangainya nauzubillahi min zaalik perangainya memeningkan kepala macam aku ni.

Aku takut tu sebenarnya, plus masa tu (11 tahun lepas, sebelum aku sambung belajar kat kolej), abang aku yang paling rapat, cakap dia tak nak kahwin, nak fokus jaga orang tua je masa tu.

(Dia dikira anak lelaki bongsu, aku anak pempuan bongsu dlm family), jadi aku kononnya sebagai adik, memang nak terikut pemikiran abang aku yang masa tu, tak nak kahwin jugak lah, nak fokus belajar, kerja, cari duit, jaga orangtua.

Ehhh, tup tup aku habis kolej, dia dah nak tunang dengan pilihan hati (my SIL now). Sebab abang aku, pun kalah dengan pujukan arwah abah masa tu

Hahaha, terciduk aku.

Lama jugaklah nak terima hakikat tu. Kesian akak ipar aku masa tu tak tau cerita sebenar kenapa aku lama nak terima dia huhu. Maaf kak ipar. Geramkan abang punya pasal, dia pulak jadi mangsa.

Ok, tapi itu, lama jugaklah nak lunturkan pemikiran TAK NAK KAHWIN aku tu. Betul² aku cuba tutup hati time belajar kat U n kerja.

Walaupun happy, dapat anak buah. Tapi entahlah, bila libatkan diri sendiri yang memikirkan nak urus rumahtangga dan anak² sendiri, aku macam wehh, aku tak boleh lah.

Mau aku bakal merosakkan sahsiah dan akhlak makhluk² kecil tu nanti dengan perangai tak semenggah aku. Itu semua memenatkan lah, aku takut aku tak ikhlas nak bela anak, dengan perangai aku yang mostly troublemaker ni.

Lambat aku nak sedar erti galas tanggungjawab.

Jadi, aku kunci hati. No more getting involved in relationship or love or whatsoever on. Aku nak enjoy diri aku dulu , puaskan apa yang aku tak dapat masa zaman aku sekolah dulu keranan kekangan kewangan family dulu.

Sekali…

Baru² ni,

Betullah, dah nak capai 30-an dan kerja aku banyak terlibat dengan pengurusan kanak-kanak…

Hati aku terjentik nak ada zuriat keturunan aku sendiri.

Dan tak lama lepas tu, beberapa bulan lepas, aku secara tak sengaja jatuh hati kepada si dia. Cuma, aku tak tahu nak teruskan macam mana…. Hmmmmm, why must I fall in love although I knew it will be risky?

– Si B.A.K (Bakal Andartu Ke?) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *