Assalamualaikum. First of all thank you for publishing my post (sekiranya penulisan aku menepati kriteria IIUM Confession, lol). Actually what makes me attracted to write is after aku baca post Midnight Melati & Sahara (who know, know la). They’re talking about girls making first move by confessing to the boys they like.
First of all, aku nak cakap, aku tak la macam Melati/Sahara. Both pernah ada lelaki confess dekat diorang and they made confession to the boys they like too. Sepanjang aku hidup berapa puluh tahun ni (macam tua je but tak tua lagi, haha), aku tak pernah pun ada lelaki confess suka dekat aku ke nak ajak aku couple ke kahwin ke. Aku yang confessed ada la. Itu pun sekali je. Idk what encouraged me at that time. Nak kata menyesal ke malu ke entah la. But it’s actually indirect confession as I asked a friend of mine to ask him for me.
He’s a boy, or should I say man because we’re both in adult phase already that I’ve crushed on when I was in lower form. He was my senior. It wasn’t his good looking yang made me so attracted to him back then. But I’ve been liking him for years till I found another boy to have crush on (konon nak move on lah, asyik kita je suka orang kan, mana tahu tukar angin berbalas pulak kan). I got to know him more, but not too deep through someone who’s close to him. It just few info about him & selebihnya I do observe (haha actually I stalk la) from his social media je, sobs. What can I conclude from what I see & have been told off is he’s a good man & very very family man. Aku rasa sebab dia family man & I see how he treats his parents & family yang membuatkan aku macam keep falling again & again for him walaupun dia tak tahu or mungkin la tahu tapi dia tak kisah pun sebab kenapa nak kisah pulak kan, hahahah.
So dipendekkan cerita, dalam tahun lepas ke dua tahun lepas macam tu, aku mintak tolong kawan aku untuk tanyakan dia if he’s seeing someone ke macam tu. Tapi kawan aku ni ya Allah, naif sangat. Tak reti nak handle conversation tu, haha macam kelakar pun ada. Apa yang aku boleh cakap, he didn’t say that he’s seeing someone or ada plan nak kahwin ke at that time. Tapi yang aku paling tahu dia reject aku hahahahahha sedih gila beb! Dia cakap dia anggap aku macam adik-adik dia je. Yelah, dia kan tua sikit dari aku. Mungkin dia nampak macam oh budak-budak yang tak fikir panjang tergedik-gedik tanya dekat dia je.
Aku takde la tak fikir panjang waktu tu. Tapi mungkin jugak la pengaruh rakan sebaya. Masa tu kawan-kawan baik aku semua tengah cinta berbalas beb. Sekali part aku, haru. Buat malu lagi ada la. Tapi nak kata tak malunya aku, lepas indirectly kena reject tu, aku still text dia macam biasa and aku mintak maaf la pasal keterlanjuran aku mintak kawan aku tanyakan tu. Dia pun macam relax-relax je, buat macam takde apa je la. Tapi tak tahu la hakikat dekat side dia macam pobondo la perempuan ni kan Yang bagusnya dia ni, walaupun aku tahu and boleh agak je dia takkan ada perasaan dekat aku, dia layan aku baik je tapi tak la sampai macam memberi harapan. Dia kan tua sikit so orangnya pun macam boring-boring & hambar je la. Maybe dengan aku je dia buat-buat boring, lol.
Sampai ke harini, walaupun dia tak suka aku, aku tetap macam suka kat dia walapun macam takde reason untuk aku untuk suka dia lagi. Omg, macam obses ke aku ni? Haha tak la. Suka kebaikan dia & cara dia layan family dia je. And apa yang membuatkan aku asyik berbalik pada orang yang sama mungkin sebab aku takde kenalan lelaki sangat and lelaki dalam circle aku pun boleh kira dengan jari. Tu pun ala classmate masa degree je la. Classmate je weh haha. Masa sekolah dulu aku memang tak berkawan langsung dengan lelaki, cuma tahu tu budak sekelas camtu je la. So aku macam kenal dia je walaupun sebenarnya tak kenal mana pun. Mesti korang rasa complicatednya ayat perempuan ni, kan? Haha sorry lahhh. Tak pandai menulis. Kadang-kadang aku fikir jugak, aku ni terlalu hodoh ke boring ke garang ke takde charming side langsung yang boleh buat orang attracted nak kenal/kawan dengan aku, lol. Sedih tau tengok kawan-kawan whatsapp nak bertunang dah, nak kahwin la. Sis masih sendirian hahahahah.
Ah sudah la pasal crush tu. Boring. Haha. Setiap kali macam ada kawan yang dah make move to another phase in relationship diorang, aku macam selalu je sedapkan hati sendiri, kenapa nak rushing-rushing cari partner hidup bila kerja pun tak lagi, hutang PTPTN pun tak start bayar lagi. Tak tipu la kalau orang sekeliling tak bertanya bila nak kahwinnya, bila nak kerjanya. Sebab memang dah jadi kebiasaan lepas habis belajar je, orang tanya pasal kahwin dulu. Memang dah lepas graduate, wajib terus kahwin ke macam mana? Aku ni pun hidup bergantung dekat mak ayah aku lagi. Ni kalau mak ayah buang ni (over kan), taktau la apa nak jadi dengan kehidupan aku. Duduk bawah jambatan la gamaknya. Haha. Disebabkan fikir-fikir benda macam ni, aku pun positifkan la diri balik. Mungkin dalam diam ada je orang yang suka kita, tapi mungkin dia tak ready lagi nak approach/confess dekat kita. Mungkin dia ada priority yang dia nak utamakan sebelum dia nak build his own family.
Mungkin la kan. So, aku ni tumpang masih single & available & don’t know when ready to mingle ni manfaatkanlah masa yang ada ni sebaik-baiknya. Cari kerja elok-elok, bayar hutang PTPTN yang dah takde diskaun tu hmm. Ni lah jugak masanya untuk aku berbakti dekat mak ayah, keluarga yang dah banyak sangat berjasa dekat aku dari aku kecil sampai besar gedabak ni haaa. Tak semua benda akan jadi ikut aturan kita. Kita nak kahwin tahun ni, tahun ni jugak akan kahwin. Ni semua aturan Allah. Kita merancang dan Allah pun merancang. Dan Allah jugalah sebaik-sebaik perancang. Kita ni mampu berusaha sehabis baik & kembali bertawakal kepada Dia. Kadang-kadang mungkin kita ni cepat sangat down & bersangka buruk dengan Allah bila kita tak dapat apa yang kita nak. Sebenarnya kalau kita tengok balik, banyak hikmah yang Allah nak bagi dekat kita.
Macam aku sekarang, tak kerja lagi, takde orang masuk meminang, haha kaitan sangat. Haa mungkin Allah nak aku manfaatkan masa ni untuk berbakti kat mak ayah aku. Berbakti ni bukan gun duit je baru panggil berbakti. Berbakti ni besar skop dia. Allah nak aku jaga mak ayah aku sebaik-baiknya dulu, santuni & spend time dengan diorang sebab aku dah banyak sangat tinggal diorang, merantau study kat negeri orang. Ataupun Allah nak aku spend masa dengan Dia lebih and jadi hamba dia yang lebih baik. Once hubungan aku dengan Dia, dengan orang lain dah betul-betul baik, mungkin nanti-nanti ada lah kot rezeki kerja & jodoh yang datang, in shaa Allah.
And back to main topic pasal perempuan confess dulu ni, aku rasa tak salah pun. Yelah, kalau suka, nyatakanlah. Lelaki ni kekadang slow sangat. Ni bukan zaman perigi cari timba dah. Timba yang berkualiti limited sangat sekarang ni. So kita perempuan as perigi, kalau jumpa timba yang bebetul berkualiti, why don’t you fight for it? Bukannya ajak bergaduh, haha. Kalau dia nampak macam single je, try-try la make a move. Tak rugi pun. Kalau dia reject, malu la kejap. Tapi takpe, kita boleh cari timba berkualiti yang lain, lol. Kalau rezeki baik, kita dapat la timba pilihan hati kita, hahahaha.
Takde niat nak encourage perempuan-perempuan untuk jadi tak malu, cuma kita as perempuan ada hak memilih jugak. Bukan lelaki je boleh memilih perempuan macam mana untuk dijadikan isteri. Kita pun kena memilih suami sebab nak hidup bersama till jannah okay, relationship goals gittew, haha. And jangan lupa untuk sentiasa istiqomah berdoa mintak Allah berikan jodoh yang terbaik pada waktu yang terbaik. Tips orang bagi ni! Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
– Perigi Comel
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit