Assalamualaikum.. Aku ada terbaca kisah dalam page yang bertaraf antarabangsa ini berkenaan perigi mencari timba. Now, here is my story. Aku ialah sebuah perigi yang dah penat mencari timba. Sepanjang 23 tahun aku bernafas dengan kencang di atas muka bumi ini, sudah tiga kali aku praktikkan peribahasa perigi cari timba.
Waktu pertama kali, ketika umur aku masih berhingus lagi. Umur 12 tahun. Aku suka seorang mamat ni, tapi aku yakin seyakinnya dia tak ada perasaan pada aku. Tapi sebab aku kental aku berani try. Aku try confess perasaan aku pada dia di hari terakhir persekolahan. Malangnya, ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dia abaikan perasaan aku sampai la la ni. Tapi setiap kali jumpa di majlis alumni. Aku buat relax je sebab aku wanita hensem dan macho. Tak perlu rasanya nak menangisi dia yang telah pergi haha.
Kali kedua aku amalkan peribahasa perigi cari timba ni waktu aku form 4 dan orang yang aku suka senior atas aku form 5. Aku confess kat senior aku waktu minggu last dia kat sekolah. Time tu dia dah ada girlfriend, tapi aku try confess kat dia. Prinsip aku satu je, kalau probability ada 0.1% pun akan aku cuba haha. Tapi bagus senior aku ni, waktu confess kat dia baik je dia reject aku. Dia kata nanti aku masuk university, ramai lagi yang aku akan suka. Waktu tu, dia ni dah jatuh nombor last kat mata aku. Kata dia lah. Masalahnya, selepas aku confess tu aku still terserempak dengan dia kat sekolah sebab aku silap buat percaturan hari bersekolah. Akward jugak la. Berlari-lari aku nak menghilang dari pandangan dia. Tapi lepas tu, aku boleh borak biasa dengan dia, buat macam kawan. Hati kental beb.
Kali terakhir dan yang paling latest aku buat adalah di waktu final exam tahun akhir aku kat university. Dia ni aku syak suka aku sejak tahun pertama. Aku pun macam, alhamdullilah mungkin ini yang terakhir. Haha. Jadi aku bagi peluang kat dia sampai tahun akhir untuk confess kat aku. Masuk tahun akhir aku pun tunjuk la sikit yang aku ni suka dia jugak. Aku jenis tak sabar jadi aku terus confess kat dia waktu esoknya kitaorg ada paper final exam. Confession aku tu a little bit indirect la. Sebab mula-mula dia start gertak dia tahu siapa yang aku suka. I was like.. eh macam mana dia tahu! Then aku gertak la cakap siapa?
Masalahnya dia boleh teka orang lain tu. Aku dah rasa aku akan direject kali ketiga. Jadi aku dah sediakan hati aku sesiap mungkin. Pastu dia teka lagi. Kali ni dia teka diri sendiri sebab aku yakin dia perasan aku suka dia. Mana taknya, aku heboh dengan orang ramai aku suka dia. Satu kelas tahu. Tapi sebelum tu aku tahu, dia dah ada someone. Cuma macam aku kata tadi. Harapan masih ada. Esoknya, aku buat macam biasa. Dia akward aku rasa, maybe sebab malu aku confess perasaan aku kat dia. Tapi aku. Like always, tegur macam biasa. Gelak macam biasa. Sekarang ni baru nampak dia dah ok dengan aku. Aku cepat move on. Sumpah!
Tapi untuk setiap kisah aku. The best always will be my senior. Nasihat dia waktu reject aku, mungkin menjadi asbab aku yang hari ini. Dan cerita ketiga aku mungkin cerita terakhir aku. Sebab aku bukan tawar hati dengan adam tapi aku ada banyak impian dan cita-cita untuk aku capai. Fokus is the most important things in my life right now. Kalau ada pun mungkin biarlah si timba pula mencari perigi. Kisah perigi yang tak jumpa timba ni mungkin aku akan ceritakan semuanya pada bakal suami aku nanti. Nasihat aku kalau suka seseorang tu confess je. Kau tak rugi apa-apa. Kalau kena reject, move on sebab hidup kau penting lagi. Sekian.
Adios…
– WanitaHensem
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit