Perigi Yang Senasib

Hai. Intro, perempuan awal 20-an, student, single tp not available. Tu je kot. Confession aku ni agak panjang sbb nak masukkan semua benda yang berlaku dalam tempoh lama mmg susah la. Btw, aku baru je lepas baca confession ‘Perigi tak jumpa timba’. Aku faham sangat perasaan seorang wanita yang berani nk confess kat seorang lelaki. Bukan senang weyh nak jumpa sbb masyarakat kita ni masih pandang pelik dengan ‘perigi’ ni haha. Bukan senang tau nk kumpul keberanian.

Aku? Aku pun pernah rasa apa yang confessor tu rasa. Cuma lain sikit situasi nya. Kalau semua orang tanya aku berapa orang yang pernah aku suka dan confess, aku jawab seorang. Aah, SEORANG je lelaki yang aku pernah suka dan masih suka sampai sekarang. Bila tanya kenapa, aku pun tak tau nak jawab apa. Sbb bagi aku lah, kalau dia hensem, ramai lagi yang hensem. Kalau dia pandai, ramai lagi yang pandai. Tp tula, dah hati cakap suka, walau apapun alasan, tetap tang tu jugak yang berkenan hehe.

Aku namakan dia W. Dia bijak, pendiam dan kelakar. Pakai spectacles, tinggi sikit dari aku dan sopan. Still lagi seorang student. Dia bukan lelaki typical yang suka lepak mamak, main bola etc. Yang aku tahu dia ni suka main game je la. Tp dia ni suka merantau, tengok tempat orang, jalan-jalan, cuba benda baru. Tu serba sedikit tentang W. Kisah aku dengan W ni dah start lama dah. First jumpa time tadika. Haha. Korang rasa dah berapa lama dah aku kenal dia? Lebih 20 tahun dah weyh. Kita orang memang kawan rapat dari kecik lagi tau. Time tu mana tau akan berkawan lama sampai sekarang. Kisah aku pun boleh la dikatakan tersuka kat kawan sendiri. Mak abah, adik beradik masing2 semua dah kenal lama. Sama-sama membesar lah katakan. Dah lah satu tadika, satu sekolah rendah, satu sekolah menengah! Tu satu hal. Dan kita orang memang sekelas dari kecik! Bukan sengaja eh mak abah kta org letak sama-sama sbb sekolah kta org guna sistem tukar kelas ikut kedudukan peperiksaan sebatch. So rezeki aku kot sekelas dengan W.

Time tadika, sekolah rendah takde rasa suka sangat sbb budak2 lagi, setakat suka suki ada la haha. Takdan nak gatal dulu nanti kene rotan abah . Tapi last day sekolah rendah, budak-budak takde keje nk buat sbb dah habis upsr, geng aku ajak main true or dare. Aku pun apa lagi join ah. Bila kena giliran sendiri, aku pilih true. Soalan cliche, suka sapa2 tak? Sebagai seorang kanak2 tak matured so main jawab jela, tapi aku bagi clue je. Nk tau detail meh2 bisik kat telinga meh. (Still malu sbb dia ada time tu). Tp ada kawan pun takleh pakai sbb pecah lubang. So aku terconfess indirectly kat W. Awkward la memula sbb W rasa pelik sbb kawan rapat kot nak suka kat dia. Pastu habis sekolah rendah ingatkan tak jumpa lagi dah sbb aku dh fikir nak masuk sbp macam ssp la sbpi2 etc tapi mak ayah tak bagi sbb jauh and masih ‘kecik’ lagi nak dilepaskan. Almaklumlah anak perempuan. Tu yang terlebih care tu. Time tu aku tak tau dia nak sekolah mana sbb rasa awkward tu masih ada.

Tup2, masuk sekolah menengah, jumpa mak W pulak masa pendaftaran. Hmm, petanda jodoh kuat ke apa? Moving on, aku dgn W sama kelas lagi. Ni lah part yang mungkin akan mula buat korang rasa loya aneh dan sebagainya. So kalau tak nak tau, baik tak yah teruskan membaca hehe.

Masuk sekolah menengah start aku suka betul2 kat W dan nak kata aku gatal pun aku still lagi tak pernah ada pakwe dan aku bukan jenis macam tu. Suka orang sudah ah sbb ni fitrah manusia so aku takleh nak resist, kang suka sama jantina nanti kena libas pulak kat dalam kubur. Nauzubillahiminzalik. Pastu nak pakwe2 bagai yakin ke sampai jadi husband? Tu yang selalu aku tanam kat diri aku ni sampai sekarang. Ada satu masa tu kita orang mula rapat lebih dari biasa dan aku gunakan peluang tu nak jelaskan hal masa darjah 6 dulu. Sbb aku ni jenis jujur and takleh tipu orang. Kalau nak berkawan dgn aku, baik aku cakap awal sbb kang tak pasal2 awkward 2.0.

So confess buat kali kedua (dan kali TERAKHIR). Reaksi W? Dia let it slide dan buat macam tak pernah dengar pun. Aku macam okay bro now what? Tapi kita orang still kawan macam biasa cuma dengan situasi W tahu aku suka dia. Pastu bila dah matang sikit, masuk ke alam menengah atas, kira matang sikit la dengan tarbiyah sekeliling lagi.. so aku ambik keputusan nak move on sbb aku rasa tercabar sbb kawan2 aku mempersoalkan aku kenapa aku suka seorang je. Tak syok la apa la. Haih, hati aku suka hati aku la. Aku bersyukur tau aku suka orang je tapi aku tak main eh couple-couple ni. Sbb bagi aku, kalau nak ada relationship, biar stable dari semua segi dulu la especially financial. Ni tak, mak abah yang bagi duit nak dating bagai, tak rasa berdosa ke kau berjoli sakan guna duit mak abah kau. Haaa tepuk!

So fast forward habis form 5, mak abah aku dh tetapkan tempat pilihan untuk aku study kat uni. Aku ikut je sbb aku percaya apa yang dia orang buat semua adalah untuk kebaikan aku jugak. Tapi satu je la, tempat tu kebetulan sama tempat dengan mak si W ni syorkan. Aku serious aku tak tanya W pun dia letak apa kat 1st choice dalam upu. Aku tahu pun bila kita orang jumpa balik time ambik hadiah insentif kat sekolah. Aku ni tak nak la se uni lagi dengan si W sbb aku rasa dh penat kot hadap muka sama je bertahun-tahun dengan move on yang ke berapa ribu kali la dan aku tahu kebarangkalian untuk sama uni tu kuat sbb masing2 dapat result spm baik so upu senang nak approve first choice. So, tada! Satu uni dengan W. Dan pernah se-course dengan W.

Dugaan aku dah sampai dah waktu ni, dah lah jauh dengan family, struggle untuk study lagi. So W ni main banyak peranan dalam motivate aku time study dulu, sampai dia cakap masa wish birthday aku pun dia doakan nnti masa degree satu course lagi. Aku pun hmm apatah lagi, hanya mampu doa je la sbb time tu aku dh give up dengan course aku sbb susah dan aku dah ready dah, kalau lah Tuhan nak bagi kta dua ni sama course lagi, alhamdulillah. Kalau tak sama, maybe ni yang terbaik untuk aku dan W. Sbb time ni, W dah pandai buat aku keliru yang dia suka aku balik ke tak sbb cara dia layan aku lain sgt bila kat sekolah and kat uni.

Dan ada masa aku tak sangka W ni boleh caring kat aku, pastu buat aku langgar prinsip hidup aku sendiri (bukan ke arah zina dan maksiat ye) sampai ke tahap aku mempersoalkan dia aku ni still dianggap sebagai kawan ke? Dan jawapan dia ya. So aku macam rasa bodoh teramat dan aku marah dia kaw2 sbb dia buat aku rasa maruah aku tercalar selama ni. Dan kita orang gaduh perang dingin berbulan-bulan dengan dapat tahu course masa degree dah tak sama. So aku anggap, yes it is time to move on untuk kesekian kali nya. Tapi tak lama la perang sbb bila difikir balik, takkan aku buang W sbb perasaan aku je, tak ke kira aku selfish. Lepas tu, aku tak nak la sbb bnda ni aku hilang kawan aku yang susah payah dgn aku dari kecik, sama2 lawan secara sihat, sampai uni lagi. Dan ya, aku nekad aku pilih persahabatan aku berbanding perasaan aku sendiri. Crush ni boleh cari mana-mana tapi kawan yang baik, susah nak dicari ganti.

So, masuk degree, aku dgn W dah tak sekelas lagi dah. Dia fakulti lain, aku fakulti lain tp still satu uni. Jumpa pun 4 bulan sekali sbb masing2 sibuk dengan life masing. Ada la part suka duka rasa bodoh yang jadi tapi biar aku dengan Allah je la tahu. Aku dah nak masuk tahun akhir dah pun dan dia pulak perlu 1 tahun lagi nak habiskan study (korang boleh teka la kot dia ambik apa. Clue: course yang ambik masa lama dan masuk kerja nanti pun guna sistem kontrak dari gov). Lagipun dia lelaki, aku dah mula hadkan la nak jumpa lelaki ajnabi sbb aku dah set dah kat minda aku, nanti apa bakal suami aku akan rasa bila dia tahu bakal isteri dia pernah suka kat lelaki lain dalam tempoh yang lama dan selalu keluar dengan lelaki. Sbb aku fikir, tak nak la buang masa buang perasaan aku dekat orang yang belum tentu jadi milik aku. Pastu aku kira fobia dah nak suka orang lain sbb kalau belum ada apa-apa hubungan lagi, aku boleh rasa kecewa marah menangis dan sebagainya, apatah lagi dengan orang lain. Tak kan naya aku malukan diri aku lagi.

Aku dah mula berani keluar sorang2, tapi bila kantoi dengan abah, cepat2 dia minta si W suh temankan. Aku pun ikut jela sbb abah aku ni mmg suka kat si W ni dan juga abah aku ni tau aku ni ada hati kat si W. Yela, abah kan, cepat naw tahu sesuatu, tak sempat mengaku lagi dia kata setuju. Hmm untung la W, abah saya suka dia.

Sekarang ni, aku ikut style follow with the flow. Kalau jodoh kuat, alhamdulillah aku terima. Kalau takda jodoh pun, aku dan W still boleh jadi kawan. Persahabatan ni kalau dah bertahan lama, elok la dikekalkan sampai ke hari tua.

Pesanan aku kat wanita-wanita luar sana, satu, kalau korang ni jenis hati tisu, tak yah la memandai nak confess kat orang lelaki ni lagi-lagi kalau suka kat kawan sendiri. Yang lelaki pun perlu letak border line yang clear sikit kat perempuan supaya tak ter-cross borderline. Lepas tu, hati tu kena kental sbb kau dah lah selalu berdepan dgn orang yang kau suka, mana nak letak muka excited dengan cool lagi dengan buat-buat biasa lagi wpun hati berbunga kembang mekar. Tu kalau happy la. Kalau part sedih sikit macam ko akan selalu kawal diri kau jangan buat benda bodoh cakap rindu ke confess ke last2 air mutiara jatuh dari mata sbb kau tak boleh buat apa-apa dah. Part ni, kau dah boleh dah dekatkan diri dengan Allah selalu, minta rasa ketenangan jiwa, berdoa yang kau ni bukan sayang sbb nafsu semata-mata. Pastu, kau doakan la si dia tu baik-baik. Aku selalu buat dan alhamdulillah, aku rasa tenang.

Lagi selamat bagi aku dengan cara ni, kau takde rasa malu langsung mintak tolong dengan Dia yang memegang semua hati. Kedua, mesti sentiasa ingat, sayang banyak macam mana sekali pun, jangan sampai tercalar maruah kau sebagai seorang perempuan. Jangan sampai kau menunduk merayu melutut minta simpati kat lelaki. Tu kira perigi advanced sangat tu. Ketiga, sayang kat diri sendiri dulu sebelum kau sayang orang lain. Nanti esok-esok bila kau frust ke tak lah kau rasa kau useless sangat sbb sayang kat diri sendiri ni boleh buat kita rasa worth kita tinggi dan tak perlu pun kita sedih lama2. Dan yang terakhir, tak yah nak gatal sangat la ikut trend org ber-couple kau pun nak jugak. Budak2 sekolah lagi la, jangan gatal2 diknon2 sekalian. Nanti menyesal bila dah besar terkenang kisah lama haha. Panjang pulak cerita aku ni. Nanti-nanti la aku sambung balik kesudahan sbb skrg tgh on going. Doakan yang terbaik untuk aku dan si W ye. Wassalam.

– Perigi setia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *