Aku seorang wanita. Agak cerewet dalam bab bau-bauan ini. Di sini aku nak berkongsi apa yang aku rasa ianya sangat penting untuk semua golongan tak kira lelaki maupun wanita.
Aku nak cerita secara ringkas dengan harapan apa yang aku nak sampaikan ini dapat difahami dengan mudah oleh pembaca.
Kisahnya begini….
Aku puan Nur, selalu berulang alik dari kl ke tanah kelahiran aku dengan kenderaan sendiri yang dipandu oleh suami atau anak2 aku.
Jarang sekali aku berulang alik naik bas. Oleh kerana keadaan sangat terdesak waktu itu, memerlukan aku pulang segera ke kampong aku… malam tu aku tergesa2 ambik tiket bas dan malam tu jugak aku bertolak. Bas yang aku naik tu bertolak pukul 9.30 malam.
Keadaan bas sangat selesa. Alahhh lupa pulak nama bas. Tapi memang selesa. Bas baru. Tak ada bau asap bagai. Tenang je aku dalam tu. Sambil fikiran aku melayang jauh terbayangkan perjalanan aku yang panjang… 7-8 jam macam tu la.
Sedang aku berehat di tempat dudukku sambil menunggu bas untuk berlepas.. datang seorang budak lelaki yang tempat duduknya bersebelahan dengan aku… pada aku, umurnya mungkin baya anak2 aku 20-30an.
Aku pada mulanya ingin melelapkan mata menikmati keselesaan suasana di dalam bas tersebut. Beberapa minit kemudian selepas budak tu duduk di sebelah aku…. mak aihhhhh! Aku terhidu bau sesuatu yang amat menyucuk… menyelinap masuk ke dalam lubang hidungku.
Mula2 aku perasan bau yang aku hidu itu adalah kesan dari bau hapak macam orang tak mandi. Bila aku amati lagi bau yang amat menyucuk memualkan tu… rupa2nya bau dari jaket kulit yang budak tu pakai.
Aku tak tau la makan tahun kot jaket tu tak pernah bercuci. Entah dari mula beli sampai la malam budak tu duduk kat sebelah aku, jaket tu tak pernah kenal air rasanya.
Bayangkan macamana aku menikmati perjalanan malam aku itu. Sesak nafas weyyyyy….!
Aku tarik bahagian tudung aku untuk menutup hidung aku dengan harapan bau busuk yakmat tu hilang. Makin aku tutup hidung aku, aku pulak yang kelemasan…
Aku pula malam tu lupa nak sapu perfume kat bahagian tudung aku. Aku hanya sembur di bajuku sahaja. Maka dalam perjalanan malam tersebut yang sangat menyiksakan hidungku…. kau rasa…..???
Pengajaran untuk sesiapa saja yang nak naik bas atau apa saja kenderaan awam, TOLONGLAAAAA pastikan….
1) MANDI terlebih dahulu. Busukkkk tau tak!!!!! Nasib baik aku ni dah tua. Kalu aku ni awek cun.. melepas kau!
2) PAKAI DEODERANT atau apa saja yang meng nyahkan bau hapak ketiak.
3) PAKAIAN yang kau pakai tu… pakai la yang sudah dicuci bukan yang dirotate. Kalu tikus lalu depan kau pun tikus tu pun reti cakap kau sama jenis dengan dia. PENGOTOR!
4) RAMBUT bagi kaum lelaki. Lelaki selalu abaikan kebersihan dan kewangian rambut.
5) TUDUNG bagi kaum wanita. Plissss la make sure anak tudung yang kau pakai hari2 tu selalu cuci… bau kepammmm tau tak!!!! Jangan lupa rendam dengan pewangi, seperti softlan, downy dan apa2 je la asal wangi.
6) MINYAK WANGI… tak semua orang suka pakai ni. Bagi yang suka pakai, ianya membantu untuk keselesaan orang lain. Bagi yang tak suka minyak wangi tu… kau setel semua kat atas, dah cukup harum bau kau.
Itu je aku nak cakap. Semoga tulisan aku ni membantu untuk mewangikan orang2 yang tak perihatin pasal kebersihan badan. Orang2 sekeliling kau tak akan menegur bau busuk kau… diorang hanya bercakap di belakang kau saja.
– Puan Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit