Terbaca kisah mengenai “ISTERI SELALU MINTA CERAI” (https://iiumc.com/isteri-selalu-minta-cerai/).
Tapi ia bukan laa kisah saya dan bila baca comment saya lihat banyak suggest untuk ceraikan saja sang isteri mudahnya mereka memberi solution.
Pada saya kita tiada didalam keadaan pasangan suami isteri tu dan tidak wajar untuk kita suggestkan penceraian buat confessor,
Cukup la sekadar kita memberi nasihat serta mendoakan agar kerukunan rumah tangga mereka utuh hingga ke hujung nyawa.
Berbalik kepada PENDAM semestinya ia berkaitan dengan emosi seorang isteri, kisahnya saya seorang isteri dan mempunya 2 cahaya mata lelaki berumur 11 bulan dan kakaknya berumur 3 tahun.
Sejujurnya menjadi suri rumah memang sangat meletihkan.
Walaupun saya mempunyai keinginan untuk bekerja seperti kawan kawan yang lain kerana saya mempunyai degree,
Tetapi sayangnya keadaan seperti tidak mengizinkan untuk bekerja bagi membantu ekonomi keluarga kerana suami bekerja dalam sektor biasa sahaja dan gaji alhamdulillah walaupon sedikit tetapi sentiasa cukup.
Ini kerana suami seorang yang menitik beratkan keberkatan dalam mencari rezeki untuk anak2 serta isteri. Bukan hendak puji tapi itu la hakikatnya.
Walaupun hampir 6 tahun berkahwin tidak pernah sekali pon beliau tinggikan suara, marah dengan kata kesat mahupun naik tangan,
Marah macam mana pun akan dilepaskan ditikar sejadah itu yang saya lihat pada beliau selama menjadi menjadi isterinya.
Berbalik kenapa saya tidak bekerja kerana anak saya yang kecil boleh dikategorikan baby high demand dan agak sukar berpisah serta sentiasa melalak serba tidak kena dibuatnya.
Sungguh sangat meletihkan lagi2 saya ni kesabaran senipis kulit bawang sahaja,
Hari2 mengadap benda yang sama emosi saya memang burnout dengan si kakak yang selalu cari gaduh dengan si adik alih2 jika saya terlalu penat saya yang akan menangis atau akan pukul mereka… sakit ke saya ni?
Bukan la suami tidak membantu, suami memang sangat2 membantu dari segala segi terutama malam bila anak menangis memang dia yang akan bangun dan berikan susu,
Saya hanya bangun 3 jam sekali untuk pump susu sahaja tapi entahlaa saya sentiasa stress dan ada saja yang tidak kena dan kerap kami bergaduh serta saya kerap meminta cerai apabila berlaku salah paham even hal itu tidak la sebesar mana pun.
Tapi dalam baik pun kekurangannya dia seorang yang suka ambil mudah semua benda… Ya segalanya bagi dirinyaa hal remehhh dan tidak perlu masuk campur.
Sampaikan satu tahap saya pernah bergaduh dengan mertua dan dia tahu itu salah ibunya kerana berniat mahu runtuhkan rumah tangga kami,
Tapi sayang satu apa pun dia tak bersuara atau menegur mahupun menasihati ibunyaa atas apa yang telah terjadi kerana takut jadi anak derhaka dan tidak masuk ke syurga,
Tapi syurga ke tempatnya bila hati isteri tidak dijaga bukan la saya minta untuk dia memaki ibunya tapi tegur laa kerana saya tidak suka hal rumah tangga saya orang luar masuk campur.
Hati saya sakit sangat ditambah dengan sihir nak bagi saya gila oleh bekas kekasihnya buat saya lost dalam hidup,
Setiap kali bergaduh perkataan cerai sering diungkapkan tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga keadaan tenang…
Adakah saya ni isteri atau ibu yang tidak tahu bersyukur atau saya ni terlalu lemah emosi atau saya terlalu memendam perasaan?
Sekadar luahan rasa…
– Mawar berduri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit