Ini kisah pasal aku. Aku saja terlintas nak share dengan korang pasal hidup aku.
Dalam seminggu lepas, rakan sekerja aku ada beritahu aku yang dia nak stop kerja tempat sekarang, sebab gaji tak ok. Dia tengah cari kerja baru gaji 1.7k macam tu, kawan sekolah dia ada ajak kerja dekat Johor.
Aku dengar jela. Aku cuma cakap semoga dia jumpa kerja dengan gaji yang dia nak tu.
Tempat sekarang gaji kami RM1500. Ada 3 orang je pun staff dekat sini. Ada kwsp, epf memang bos aku buat.
Sebenarnya sebelum ni aku kerja tempat lain. Kerja office la senang cerita. Gaji aku 1.8k kalau campur OT boleh la dapat 2k. Jadi biasanya bersih lebih kurang 1.7k aku dapat dari company aku kerja tu lepas tolak kwsp, epf semua.
Tapi akhirnya tak cukup juga sebab rupanya salah aku sendiri bila aku rasa gaji aku besar, aku tak boleh kawal “selera” aku. Terikut-ikut life style orang pun mungkin ya, zaman media sosial kan mentah lagi pulak umur waktu tu. Fresh graduate. Haha.
Tapi life pun tight cost. Kos sewa bilik sahaja dah RM350. Padahal bilik rumah flat. Makan lagi 3 kali sehari. Itu kalau 3 kali. Ada masa petang kau nak takoyaki lah, pisang goreng lah.
Sekali sekala bagi aku ok lah. Aku pun beli sekali sekala. Tapi kalau sekali sekala kau nak jajan petang pun RM10 sekali jalan. 10x tak ke dah 100.
Kos travel aku tempat kerja. Letih ke tempat kerja satu hal menghadap jammed. Haha. Tempat kerja pula suasana tu nak mendamaikan memang tak lah. Kaki kipas nya. Depan bos pijak semut tak mati, belakang bos kutuk selagi air liur tak kering wei.
Last-last aku decide, aku kena berhenti. Aku pun tanya juga pandangan parents aku. Lucky me, aku dapat parents yang tak pernah la nak memaksa anak.
Aku balik kampung cari kerja boleh tahan susah jugak. Dengan waktu tu covid melanda. Sesekali rasa menyesal tu datang apesal la aku berhenti kerja haha tapi aku yakin dengan keputusan aku sebab waktu tu aku solat istikarah gais! Haha.
Aku pun tak sangka aku solat istikarah. Ni pun atas suggestion kawan universiti aku. Dia selalu cakap apa-apa jangan ikut emosi. Ko solat dulu. Tanya Allah. Tu yang aku jadi yakin sikit dengan keputusan kalini.
Nak pendekkan cerita yang macam dah panjang jugak ni, akhirnya aku dapatlah kerja tempat kerja aku sekarang ni. Plus minus dah lebih 2 tahun aku dekat sini. Jauh dari bidang aku belajar. Haha. Aku masuk f&b wei. Entah siapa yang salah, ku tak tahu. Tiba-tiba mood tiktok masuk.
Mula-mula aku ingat aku tak boleh buat, rupa-rupanya aku boleh buat. Jujur aku cakap f&b yang aku masuk ni bos dia memang baik gila. Ada la tegur-tegur kalau staff buat salah tapi serius aku cakap dorang husband & wife tegur tu tak kasar la. Hemah giler.
Waktu aku mula-mula masuk kerja pun wife dia greeting aku polite. Yela dorang dua kira majikan aku la walaupun kedai ni laki dia punya. Haha. Gaji aku waktu mula masuk tu RM1200 sahaja. Tolak epf bagai adalah dalam 1060 mcm tu gaji aku. Beza la kan dengan gaji dulu.
Tapi waktu ni aku fikir dari duduk rumah tak ada gaji baik aku kerja je dulu. Niat di hati sementara dapat kerja lain. Tapi tu plus minus dari Julai 2022, dah dua tahun aku dekat sini.
Lagipun aku tak ada komitmen yang tight mana pun. Komitmen perut aku je yang tight. Haha. Kuat makan. Belajar dulu pun rezeki aku jugaklah Allah nak bagi aku dapat first class, jadi pt aku tak payah bayar.
Result U aku kan ok. Ramai juga tanya tak minta SPA?
Aku ada minta spa cuma belum rezeki aku dipanggil. Sekarang pun bukan senang nak masuk government. Persaingan sengit. Ada rezeki aku, adalah. Tak ada, aku pun ok dah. Tak nak serabut sangat fikir pasal benda ni. Haha.
Bila gaji aku makin sikit apa aku buat? Aku kurangkan benda yang bukan keperluan aku. Tapi lebih kepada kehendak aku je. Aku ada berniaga online jadi drosphip. Haha. Dapatlah extra sikit dalam RM200++ macam tu sebulan. Ok la dari tak ada.
Dari duit extra ni aku akan buat simpanan paksa aku dalam tabung besi aku beli kedai 2 ringgit. Haha. Aku ada buat tabungan bercuti RM100 gak sebulan.
Duit bagi mak ayah aku pun tak banyak mana, mak aku RM50, ayah aku RM50 tapi macam aku cakap before ni rezeki aku dapat mak ayah aku yang memahami.
Duit bercuti tu kalau dah cukup setahun aku dapat RM1200 ke RM1500 sebab ada bulan kalau dapat extra dekat dropship aku akan extra ke sini, dah cukup biasa aku book la mana-mana hotel dekat aku bawa mak ayah aku sekali. Aku bujang boleh la duk bilik sekali bila pi jalan.
Aku limitkan apa aku baca dekat media sosial. So aku dah tak kisah sangat kawan-kawan aku nak pergi holiday tiap bulan depa up gambar. Sebab benda tu mungkin zahir yang aku nampak, mungkin dekat belakang media sosial kita pun tak tahu life sebenar.
Ini aku cakap based on life abang aku sendiri. Dia suka up pergi holiday hakikatnya holiday yang orang tengok tu pelesu jugaklah. Maksud aku kadang vacation tu bukan kos ko pun. Ko datang menyelit je. Acah-acah macam duit sendiri life goals bagai.
Dah banyak kali kot aku macam tegur elok-elok dekat dia. Dia nak impress sapa. Haha. Tak paham betul aku. Tapi tak la sampai aku gaduh dengan abg aku. Cuma aku tak nak la dia poyo-poyo macam tu.
Untuk tempat kerja sekarang, gaji aku dah RM1500. Lepas kerajaan umum tu memang bos aku naikkan gaji walaupun kuat kuasa 2023. Dia tak tunggu pun tahun depan.
Serius aku cakap bos aku sekarang ni baik je gais. Tak macam bos aku dulu. Ketua bahagian kat ofis aku dulu pun memang bossy-bossy jugak. Toksik betul surrounding.
Tempat kerja aku sekarang dulu staff 5 orang sekarang 3 orang. Bos aku ada la buat perjumpaan bagi tahu dia akan stick dengan 3 staff. Aku ok je sebab memang orang pun lengang je datang kedai. Nak kira waktu ramai tu berapa kali je. 3 Staff pun bagi aku ok.
Ada waktu aku akan berdua sebab sorang staff cuti. Aku ok je. Sale f&b aku kerja ni aku tengok sehari RM300, sehari RM500. Aku pun terfikir macam mana bos aku survive. Tapi tak ada la gaya nampak macam bos aku nak tutup kedai dia ni.
Aku buat masa ni belum terfikir nak cabut lari sebab tempat kerja sekarang aku selesa dan ok untuk aku. Bos aku kadang-kadang bagi barang dapur which is mula-mula kerja aku terkejut juga. Baik gila!
Kadang-kadang belanja makan staff. Jimat duit aku makan tengahari. Haha. Dekat sini, aku tak kerja shift. Bos aku mudah tolak ansur dengan staff bab cuti. Huhu.
Aku tak ada la nak cerita details sangat. Tapi duduk dengan mak ayah aku pun, aku still beli barang keperluan dalam rumah. Sabun basuh ke barang dalam peti ais kadang aku tengok susut.
Aku plan bebetul duit aku dengan gaji yang ada sekarang. Ko kena list out duit ko nak guna ke mana sebenarnya. Bila ko list out baru ko nampak.
Kalau ko harap nak redah je dengan duit gaji ko. Tu yang jadi tak cukup. End up mungkin ko meminjam dengan orang. Bila ko mula berhutang, jadi lagi tak cukup la gaji ko. Gaji ko yang ada sekarang pun ko dah fail nak manage.
Apa yang aku belajar dalam hidup ko tak akan dapat semua ko nak. Kalau ko cemburu dengan hidup orang pun apa ko dapat? Ko nak duit banyak mungkin life ko macam tak ada life. Mungkin. Tapi ko dapatlah macam apa yang ko nak. OT semua buat gaji ko tinggi.
Cuma mungkin ko balik matahari pun dah tak ada. Pagi ko keluar awal subuh takut jammed lambat. Mungkin gaji ko lebih dari orang lain tapi ko nak cuti pun susah.
Dulu tak ada media sosial macam sekarang mak ayah aku cakap. Orang sekarang sebenarnya terlalu suka tengok hidup orang lain sampai tak syukur apa yang ada dengan diri. Huhu.
Aku setuju jugaklah walaupun ada orang cakap mungkin aku ada masalah hati tak boleh tengok orang lain up dekat media sosial. Haha. Salah tu gais… aku bukan cemburu. Takpelah aku cuma pilih untuk limitkan apa aku tengok dan apa aku baca.
Korang kalau nak up, up jela ok. Aku suka je tengok posting yang bagi inspirasi. Ada beza yang jenis suka up nak tayang dengan yang jenis suka berkongsi. Itu pandangan aku jelah.
Terima kasih sudi baca sampai habis. Aku doakan korang bahagia dengan apa dan siapa yang korang ada sekarang.
Ini kisah hidup aku je, kisah hidup korang mungkin berlainan dan apa saja aku doakan korang dijauhkan dari bebanan hutang. Hutang akan buat life ko lagi miserable. Managelah duit gaji korang betul-betul. Ingat tu.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit