Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi keluarkan story ni.
Long story short. Aku dah kahwin 2 tahun. Anak sorang. Alhamdulillah rumah tangga masih utuh.
Zaman aku kahwin ni masih kecoh pasal hantaran mahal dan kena ikut level.
Ia bergantung kepada keadaan lah aku rasa. Ini kisah aku. Mungkin korang yang masih ragu-ragu atau masih tak puas hati dengan pasangan korang, cer ambil positif dari kisah ni.
Aku bekerjaya dan tak pernah bercinta. Hidup aku busy dengan kerja, travel, family dan lain-lain.
Aku tak pernah fikir soal jodoh. Cuma bila dah umur aku mencecah akhir 20an, aku hanya berdoa pada Allah bagi yang terbaik untuk diri aku. Kalau ada Alhamdulillah, kalau ajal dulu yang datang, aku redha.
Then aturan Allah tu memang cantik. Family aku nak aku kahwin dengan suami aku.
Sedangkan waktu tu suami aku tak bekerja sebab dia baru balik dari Jordan. Tapi dah setahun jugak dia tak kerja. Dia ambil upah ajar orang mengaji dan jadi imam. Umur dia 3 tahun tua dari aku.
Entah kenapa aku setuju, dan masa tu aku tak fikir langsung bab duit hantaran.
Family aku terus bagi kata putus untuk tanggung kos perkahwinan. Kami tak mengharap duit pihak lelaki, ikut kemampuan pihak lelaki dan seikhlas hati.
Kami tak berkenalan pun, terus decide nak kahwin. Of course dia merendah diri sebab takde kerja, nak bagi anak orang makan apa.
Then aku cakap kat dia, saya terima awak bukan sebab saya desperate, tapi saya pilih kerana agama awak. Rezeki tu InshaAllah akan ada. Lagipun saya boleh tanggung diri saya sendiri.
Hidup berkahwin ni adalah sama-sama. Memang kami tak bercinta, redha dengan Allah. Tetiba nak berkorban kan, tapi aku percaya atas aturan Allah.
Even kami bercinta and dia berkerjaya ke, aku tetap takkan mintak hantaran tinggi sebab nak kahwin sama-sama. Bukan dia yang terhegeh-hegeh. Nak sama-sama. So invest sama-sama la.
Untuk dia buktikan yang dia nak kita ke apa ke, tu atas diri sendiri. Aku ada master engineering dan cantik. Tapi aku takde letak kayu ukur untuk seorang lelaki kena berkorban untuk dapatkan aku.
Nilai perkahwinan tu sendiri selepas kahwin. Pihak suami bagi aku duit semampu dia, jujur aku cakap dia hanya bagi aku 3k. Itu adalah simpanan dia. Bukan duit mak ayah dia.
Mak ayah dia nak bantu, tapi dia cakap untuk hantaran kepada perempuan biar hasil dari dia. Majlis belah dia ayah dia yang tanggung. Itupun buat sederhana je.
Aku tak rasa ralat pun untuk aku tanggung semua kos. Sebab aku dapat lelaki yang kaya agama.
Kalau aku invest untuk orang yang kaya dunia tapi miskin akhirat pun, tak best gak. Aku pun fikir banyak kali gak. Dan lagi sedih kalau invest untuk lelaki miskin dunia dan akhirat.
Mesti korang kata boleh lah sebab ada kerja tetap. Ehhh even aku ni tak kerja or gaji biasa-biasa je, aku tetap akan minta tolong family aku untuk tanggung kos. Aku takkan biarkan lelaki yang tanggung. Sebab ikut logical akal aku, nak hidup sama-sama kot.
Perancangan selepas kahwin tu kami dah decide untuk duduk kat rumah yang aku dah duduk sekarang. Dekat dengan tempat kerja aku. Dia pun ok. Segala peralatan rumah or apa je barang dalam rumah tu, guna duit aku.
Macam terbalikkan. Sepatut tu tanggungjawab lelaki. Makan, pakai dan pakaian. Entah aku jadi ikhlas sangat. Aku sangat bahagia sebab suami aku sangat baik.
Keluarga dia sangat baik. Dia tak memaksa aku untuk berubah tapi aku dengan rela hati untuk berubah. Dia tunjukkan sikap dan sifat yang baik, jadi aku autom4tik terikut.
Jarang sangat kitaorang bergaduh. Setakat aku tarik muka tu ada. Then kami berbincang. Dalam fikiran aku tak sempat nak fikir soal lelaki aku curang ke apa. Dia pun takde nak tunjuk yang dia cemburu dengan aku.
6 bulan selepas kami nikah. Dia mintak aku berhenti kerja. Sebenarnya sebelum kahwin dia dah tanya aku. Aku jawab, bagi aku selesaikan hutang then aku boleh lepaskan semua nya.
Alasan utama dia adalah untuk aku fokus pada rumah tangga dan ikut tanggungjawab isteri. Dia kata perempuan bekerja susah nak jaga ikhtilat.
Aku kata bagi aku masa untuk settlekan semua benda. Dan sebelum aku berhenti dia mesti kena ada kerja walaupun gaji sikit pun, janji cukup makan pakai. Dia kata dia boleh.
So elok setahun lebih aku kerja and settlekan semua hutang. Guna duit simpanan aku jugak. Then aku duduk rumah. Dalam sebulan lepastu, dia dapat kerja di salah satu IPTA kat negeri kami duduk. Tak dekat tak jauh. Tapi dia ok je ulang alik.
Jujur aku cakap memang sekarang hidup aku biasa-biasa. Tak macam dulu mewah dalam segala hal. Dia selalu tanya aku ok ke. Dia rasa bersalah jugak. Tapi aku cakap, Allah dah bagi aku semua nikmat tu. So sekarang aku nak rasai nikmat pahala dan senang di akhirat.
Family aku memang setuju je dengan pilihan aku. Even ada ralat jugak. Yelah belajar penat-penat kan. Kalau ikut level aku ni, boleh dapat manager ke or engineer yang lebih dari aku.
Tapi suami aku pun handsome jugak. Muka dia sejuk je. Kurangnya sebab kerjaya. Tapi sekarang dia dah ada kerjaya sebagai pensyarah.
Percayalah rezeki tu ada. Oh ok, maybe ada yang cakap, boleh la sebab suami pun pandai belajar. Ok, kalau aku tahu suami aku hanya ada SPM pun, aku akan terima jugak. Kalau dia mintak aku duduk rumah pun, aku sanggup.
Mungkin lain orang lain pandangan kan. Ada orang tak boleh melepaskan, hutang banyak lagi, or even hutang banyak pun, bincang dengan suami untuk izikan kerja.
Suami aku sangat rajin dan jaga anak. Sebelum dan selepas aku berhenti kerja pun, dia sama je. So aku tak ralat untuk tanggung hantaran dulu.
So tepuk dada tanya apa yang korang nak dalam perkahwinan. Jodoh rahsia Allah. Dia dah bagi yang terbaik, kita tolak. Dia dah bagi hint pasangan kita bukan untuk kita, tapi kita degil. Tu yang ada kes penceraian.
Itu jelah yang aku nak sampaikan. Kalau ikut aku boleh je terima lelaki yang masuk meminang aku dengan hantaran tinggi. Tapi hati aku tak nak.
Kau nak demand beria kenapa even korang bercinta pun. Kau pun nak dia jugak. Dia dah sediakan rumah, makan and pakai kau pun dah kira bersyukur.
Nanti bila beranak semua kau nak ungkit lagi. Semua benda kau nak berkira and ungkit. Habis tu laki kau?
Baiklah. sampai sini saja. Assalamualaikum.
Ikhlas,
– Humaira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit