Perihal Hutang

Assalamualaikum. Ini kali pertama aku tulis confession dekat sini. Jadi maafkan aku kalau penulisan aku ini tak tersusun. Aku nak kongsi tips or pendapat aku dengan korang semua, harap sudilah baca. Ianya berkenaan hutang.. Yaa, HUTANG isu yang tak asing didengar oleh semua.

Aku sejenis yang tak boleh tengok orang lain kesempitan kewangan, aku akan cepat rasa simpati dan ofcoz aku akan bantu diorang. So cerita dia macam ni, ringkasan jaa laa yee, kalau nak ikutkan hati aku ni, banyak peristiwa lain yang berlaku dan nak aku kongsi. Kawan rapat haa dah namanya kawan rapat mana sanggupkan nak tengok kawan dia susah.

So haritu dia mintak laa pinjam duit dengan aku adalah “amaunnya”. Dan kawan aku tuu cakap nanti dia akan bayar. Tapi lama gila aku tunggu bila dia nak bayar. Second situation, kalau keluar beli barang dengan kawan, masa nak bayar kat kaunter aku akan secara spontan offer diri nak bayarkan sebab aku ni jenis withdraw duit banyak2 untuk satu masa. So tak jadi masalah nak bayarkan tapi ayat yang cliche akan aku dengar dari kawan2 ni adalah “nanti aku bayar ehh”, “alaaa sen2 tuu halal eh”, “duit takda lagi laa,nanti aku withdraw aku bayar kat kau” etc.

Aku sejenis yang overthinking.. Sebelum aku nak mintak duit kat diorang aku akan plotkan dalam minda aku cara aku mintak duit kat diorang and their respond towards me.. Kekadang tuu tak sampai hati nak mintak, takut diorang takda duit dan kekadang tuu aku dah rasa give up nak mintak balik duit aku dan aku halalkan jaa.. Satu aku paling tak suka dengan orang yang berhutang ni, diorang suka buat pemiutang ni macam pengemis.. Mintak berkali kali, pesan berkali kali, bila mintak jaa duit mesti diorang cakap “ehh bukan dah bayarkan kaa??” , ” alaaa, nanti laa”..

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang.” Rasulullah SAW mengingatkan, orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia kerana apabila dia sudah mati dan masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang itu”.

(www.mais.gov.my/perkhidmatan/perkhidmatan-baitulmal/wang-orang-berhutang?start=1)
*boleh rujuk sini…

Haritu aku ada dengar ceramah, ustaz tuu cakap dosa orang syahid akan diampunkan kecuali hutang.. Nampak tak hutang ni bukan isu kecil.. So korang yang suka dok berhutang ni, cepat2 laa langsaikan.. tak kisah laa berhutang dengan kawan, adik beradik, family etc, jot down in your mind that kau akan terikat dengan diorang selagi tak bayar hutang, dan tolong laa kesiankan kat orang tuu balik, macam mana dia boleh tolong kau masa susah dulu.. Tak kisah laa hutang kau tuu dua puluh sen sekalipun, ia tetap hutang.. Di dunia kau boleh lari dari dikejar tapi diakhirat nanti wallahualam..

So, ini tips yang aku guna dan aku apply bila akan berhutang dan orang meminta hutang.

1. Tulis nota jumlah duit yang korang hutang tuu so that you will not forget the exact amount (debtor) or others take advantage from you (creditor).

2. Korang kena ada angan2 untuk langsaikan hutang tersebut.. But dreams without goal remain as dreams. Set tarikh bila korang nak langsaikan.. Bulan ni or hujung tahun.

3. Bahagikan duit korang tuu sesiap supaya nanti bila dah sampai tarikhnya, korang takda laa terkejar kejar nak cari duit tuu.

4. Sekat belanja mewah korang tuu.. mostly saya jumpa orang yang suka berhutang ni suka makan tempat mewah, beli barang branded etc.

So that all, maaf yaa kalau penulisan aku ni tak kemas.. Dekat situ ada laman sesawang yang boleh korang rujuk.. aku harap ia berguna, terima kasih sudi baca..

– Spaghetti

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *