Perihal Keluarga

Assalamualaikum, terima kasih admin (jika ini tersiar).

Aku anak sulung dari 5 orang adik beradik. ayahku sudah bersara dari sebuah syarikat swasta dan ibuku bakal bersara hujung tahun ini sebagai guru di sebuah sekoalh swasta. kami menetap di sebuah rumah apartment di kuala lumpur. setelah ayah bersara, ayah bakal pulang ke kampung bersama ibu ku untuk menjaga nenek dan menghabiskan usia emasnya di kampung. Katanya lebih selesa tinggal di kampung dari tinggal di Kuala lumpur yang penuh pancaroba ini.. ewahh~~

Ayahku lebih dikenali sebagai work holic sewaktu di bekerja dahulu.. kalau weekdays, pukul 8- 9 malam baru pulang dari kerja. kadang bila smpai waktu sibuk, hujung minggu pun di office menyelesaikan kerjanya. Bila ada apa-apa funtion besar ayah ku diarahkan untuk standby, menjaga anak buahnya bekerja. ayahku bekerja sebagai anggota keselamatan. sebab tu ayahku di sayangi oleh rakan sekerja dan bos bos nya malah ada yang mencemburuinya.. Ibu ku pula seorang guru di sebuah sekolah dan sentisa sibuk dengan aktiviti sekolah nya. hujung minggu kalau ada hal di sekolah.. memang tiada rumah. kadang kami nak berkumpul makan satu meja pun agak payah. bila hari raya baru dapat berkumpul sesama kami.. ohh.. hampir terlupa tentang adik beradikku.. aku ada 4 orang adik beradik, 1 lelaki 3 perempuan. adik no 2 perempuan sudah berkahwin dan punya satu anak. adik no 3 bekerja di pantai timur mewarisi pekerjaan ayah nya sebagai anggota keselamtan. adik no 4 dan 5 masih belajar di university tempatan.

sebenarnya apa yang aku hendak ceritakan adalah pengorbanan ahli keluargaku ketika aku sakit. Allah izin awal tahun 2016, aku terkena penyakit tulang belakang yang menyebabkan aku jatuh sakit dan lumpuh separuh badan.. Allah je yang tahu betapa aku hilang moral dan keceriaan aku. aku mula mengerti apa perasaan orang yang lumpuh tak mampu berjalan dan hanya boleh menggunakan kerusi roda kehulu kehilir. Doktor pakar menyarankan aku utk menjalankan pembedahan tulang belakang dimana peluang untuk sembuh adalah cerah kerana aku masih muda. sebelum ni 2 tahun sudah aku mengalami penyakit sakit pinggang kesan dari pekerjaanku dan berat badan ku yang tinggi. aku kerap outstation dan bnyak membuat kerja mengankat benda yang berat. doktor mengatakan sakit ku ni berpunca dari pekerjaanku. orang yang paling bimbang dan sedih ketika aku sakit adalah ibu, ayah dan adik beradikku.

Ketika aku menunggu turn untuk dibedah, ibu dan ayahlah yg sentiasa di sampingku. ketika aku dibedah selama 8 jam, ibu lah yang paling setia menunggu di depan Operation Teater (OT room). menunggu ku sambil merenung screen dedepan pintu yang tertera namaku yg sedang dibedah. setelah 8 jam dibedah. aku dikeluarkan dari ICU dan diletak di wad biasa. ketika aku sedar aku melihat raut sayu wajah ibuku yang sedih melihat anaknya terlantar di atas katil. maka bermulah episod kesakitan aku terlantar di hospital selama 2 bulan lamanya.

selama 2 bulan aku di hospital. ahli keluarga ku bergilir-gilir menjagaku.. sewaktu aku sakit.. ayah masih lagi dalam tempoh berkhidmat untuk 4 bulan yg terakhir sebelum pencen. ayah pulang dari kerja terus ke hospital untuk menjagaku diwaktu malam. selama tempoh sakit aku tidak berupaya untuk bangun malah duduk pun tidak mampu. jadi pergerakkan aku agak terbatas. segalanya diatas katil. sayu melihat ayah tidur disamping ku setelah penat bekerja di siang hari, malam menjaga ku .. setelah sampai satu tempoh ibuku pula menjaga ku. aku terpaksa menjalani pembedahan kali kedua kerana terkena infection sewaktu proses pemulihan. setelah selesai pembedahan kali kedua, Allah izin pinggangku lebih sakit dari sbelumnya. ibu terpaksa mengambil cuti lama untuk menjagaku siang dan malam.. adik beradik juga menjagaku. adik perempuan yg ke 4 dan ke 5 mejagaku bila cuti semester. cuti semester mereka habis dengan menjagaku sahaja. adik lelakiku mengambil cuti selama seminggu utk menjagaku. adik ipar lelaki selalu menjaga ku dihujung minggu kerana terikat dengan tugas sebagai warden asrama dan pengajar. adik perempaun yang no2 tidak dpat menjaga kerana anak masih kecil dan selalu mengirim makanan sahaja kepadaku.

sewaktu kita sakitlah kita dapat mengenal siapa sahabat yg selalu bertanya khabar dan datang memberi semangat, dpat mengenal saudara mara yg dtg memberi semangat dan saudara yg langsung tidak mengambil tahu. alhamdulillah aku beruntung ramai saudara mara yng datang menziarahi dan memberi semangat kepadaku. tidak lupa sahabat2x ibu bapa ku yg dtg menziarahiku dan memberi sumbangan.. hanya ALLAH yang dpat membalas jasa mereka.

sesungguhnya aku beruntung dan bertuah kerana dikurniaakan keluarga yang tidak putus menjaga dan memberi semangat kepadaku selama tempoh aku sakit. 5 bulan aku tidak bekerja dan selama itu lah aku menguatkan semangat untuk berjalan semula. alhamdulillah aku kini dpat berjalan semula sperti biasa. cuma bnyak pantang larang yg aku perlu patuhi sehingga tulang belakang aku benar2x sembuh.

Sekiranya ahli keluargaku ada membaca luahan hati ni, ketahuilah yang aku ini tidak akan pernah melupakan jasa baik kalian terhadapku sehingga bila bila.. aku akan sentiasa ada ketika mereka memerlukan ku. insyaALLAH..

– hattaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit