Hai iiumc readers, aku nak share pengalaman yang aku lalui berkaitan dengan kerja. 2015, aku berjaya graduasi dalam bidang kesenian. Tapi seperti majoriti graduan lain, aku jobless.
Semasa intern lagi aku dah gagal tempatkan diri dalam tempat praktikal. Jadi, sebelum grad, aku dah mula mencari kerja dan berkerja part time cashier di Retail.
2 bulan kemudian selesai majlis konvo dan aku mula berkerja sepenuh masa dekat tempat yang sama dan ditawarkan jawatan sebagai Assistant Supervisor. Alhamdulillah rezeki. Sebab ada kelulusan dan sebelum ni pun memang pernah kerja retail.
Lepas hampir setahun kerja, aku ditawarkan masuk program SL1M berkerja dengan salah 1 bank. Terus terang cakap masa dapat tawaran memang teruja sangat. Saya nekad berhenti kerja retail.
Bos siap tanya aku yakin ke dengan keputusan yang aku buat. Sebab SL1M cuma kerja kontrak selama 3 bulan dan kalau aku gagal tempatkan diri dalam syarikat, aku ada 2 posibilities, sama ada kerja syarikat lain atau menganggur.
Alhamdulillah, selepas 3 bulan kerja dengan bank aku berjaya sambung kontrak selama setahun di cawangan yang saya pohon dan tambah setahun lagi di HQ dengan jawatan yang berbeza. Masa tahun kedua inilah yang aku rasakan aku tak sesuai berada di bank. Sebabnya.
1. Tekanan kerja. Kerja sebenarnya okay cuma aku tak dapat rasa perkembangan karier. Setiap bulan target mesti kena capai. Tapi hari2 kena berurusan dengan maki pelanggan sebab enggan bayar hutang.
Sesetengah orang mungkin akan cakap mana2 kerja pun semua ada tekanan. Tapi larat ke kau kalau hari2 kau call orang yang sama untuk jelaskan hutang bank tertunggak tetapi yang kau dapat dari customer hanya makian.
Staff bank tak boleh suka2 nak marah customer tambah2 semua perbualan direkodkan. Jadi aku buat keputusan untuk undur diri dari bank sebab aku nak jaga nama baik syarikat dan nak jaga nama baik aku sendiri.
Mula dari sini la pengalaman aku jadi jobless. Aku start kerja sebagai data entry dekat pineng, perkerja sambilan harian tapi tu pun kontrak 3 bulan.
Sebab aku nak kerja tetap aku cuba kerja sebagai security tapi tu pun tak bertahan lama. Sedih masa tu ada la juga sebab, dah belajar tinggi2 tapi kerja masih terumbang ambing.
2018, september, aku keluar dari security utk mengubah nasib, aku cuba call 1 syarikat retail. Alhamdulillah dipanggil temuduga dan diterima berkerja. Yes, Retail.
Aku dah pernah kerja dan ada pengalaman sebagai Assistant Supervisor, jadi mereka tawarkan aku untuk position yang sama cuma gaji yang aku terima masa tu rendah dan tak sepadan dengan gaji seorang graduan.
Aku tetap terima dan aku tak terus kerja sebagai Superior. Aku buat kerja dari bawah, sebagai promoter, cashier dan jadi stor boy sebab bos nak latih aku jadi cekap sebelum aku jadi leader.
Alhamdulillah masa ni terasa macam, I have a good leader to be inspired. Tapi tak lama aku di tawarkan ke cawangan lain. Jauh dari rumah, aku tetap terima. Seronok kerja ni, tak terlalu tertekan.
Best part, sebab aku ada 2-3 orang good leader. Yes 2-3 orang. Mereka wajar di contohi. Start kerja sampai la sekarang, mereka train aku sampai aku boleh berjaya dalam kerjaya yang aku pilih.
Aku sanggup ikut bos tukar zon sebab aku senang berkerja dengan cara beliau. Dan aku sangat respect beliau.
Masa awal2 aku kerja retail, terasa la juga sedara mara ada yang cakap belajar tinggi2 tapi kerja apa je. Siapa yang tak terasa bila kau cuma kerja biasa2 dan dibandingkan dengan orang lain. Tapi bersyukur sebab masih mampu berkongsi dengan mak ayah hasil dari kerja tadi.
Sekarang, aku makin yakin aku berjaya buktikan yang orang kerja retail pun boleh berjaya dalam hidup. Terima kasih sangat pada wife yang sentiasa sokong dan berikan keyakinan utk suamimu ini terus tabah berkerja.
Seperkara yang aku nak buat dalam hidup, aku nak tolong anak muda yang betul2 nak berjaya.
Nasihat aku pada adik2 yang masih menganggur tu, janganlah pilih kerja sebab tak semua orang beruntung untuk kerja dalam bidang yang sama masa kita belajar dulu. Dan tak selalu apa yang kita nak, kita dapat.
Kadang kita perlu mula dari bawah dan kerja dengan niat yang baik. InsyaAllah dipermudahkan urusan kalian.
– Nanashi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit