Saya ada terbaca kisah isteri derhaka. Yang menceritakan suami nye bagi masa 2 tahun untuk isteri kembali taat, tapi tak diendahkan.
Cerita saya terbalik. Saya seorang isteri yang menyerahkan seluruh jiwa raga saya untuk keluarga kecil kami.
Sebelum ni saya merupakan suri rumah tangga. Bila anak2 dah besar sikit saya plan nak cari kerja.
Memandangkan lokasi kerja suami saya di pedalaman, agak sukar untuk saya dapat kerja di area situ. Saya nekad untuk cafi kerja di Selangor, tempat mak ayah saya tinggal.
Saya minta izin suami untuk kerja, dan kami pjj. Anak-anak dengan saya.
Saya kira dah hampir setahun kami pjj. Baru baru ini, instinct saya rasa lain. Saya check phone suami, betul tekaan saya.
Mesej perbualan dengan rakan sekerja perempuan, saya rasa lebih kepada gurauan yang tak perlu sekiranya kita anggap dia sebagai seorang rakan sekerja.
Saya tanya suami elok2, tanpa marah2, saya memang jenis yang tenang je, tak pandai nak membebel bila marah. Biasa orang perempuan kan suka membebel. Tapi saya tak. Saya diam je. Buat macam biasa.
Saya cuba pulihkan hubungan kami, saya ajak suami ke tempat kami diijabkabul dulu. Tempat yang menjadi saksi, kita nak bina bahagia sampai syurga.
Kami saling bermaaf-maafan, meluah kan rasa hati sama2. Ingatkan batas sebagai seorang suami, dan muslim.
Tapi, saya dapati, dia cuba juga untuk start conversation dengan rakan sekerja nya tu bila kami sambung pjj.
Harini saya dapat kekuatan, saya tunjuk kat suami, pasal sesi kaunseling dan cerai fast track.
Respon nye ok, ok dan ok.
Tiada rasa serba salah, tiada rasa nak pujuk saya.
Saya cuba untuk bertahan, mungkin saya bukan lagi yang terbaik di hati nya sekarang.
Saya yang sentiasa menjaga maruah diri, tapi akhirnya dikhianati.
Ada tak tips, untuk kuatkan semangat demi anak anak saya.
Saya perlukan kata semangat dari mereka yang berjaya untuk bertahan dalam situasi ni. Atau mungkin dari mereka yang berjaya melepaskan semua nya pergi.
“Terima kasih abang, jalankan tanggungjawab abang selama ni dekat sayang dan anak-anak dengan baik”
– Nobody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
klu boleh jgn PJJ dgn suami, mungkin puncanya, jadi Puan jgn PJJ, tanggungjawab suami cari rezeki, bukan isteri
Kalu ko berenti tinggal balik ngan somi tak semestinya dia tinggalkan lover dia. Kalu ko terus pjj dia perlukan pengentel telor. Ikut ko la sis. Sejenis telo kena bini jaga payah gak. Last2 bini salah.
nak sgt keja pjj kan da mendapat. baik betina lain yg jaga mkn pkai laki ko. pdn la muka ko! elok cerai je ko cari jodoh lain kat selangor tu
Minta maaf, tp slalu kita dengar ungkapan : tempat isteri tu di sisi suami.. alasan puan nk kerja lps ank2 dah besar, agak x logik.., sbb bila ank2 sdg membesar, lg bnyak perkara brkaitan ank2 yg nk diuruskn, kecuali lah klau ada msalah kewangan, itu pon patutnya suami yg kna uruskn (utk cari wang tambahan).., klaw terpaksa kerja sgt pon, cari lah yg berdekatan rumah atau dlm daerah yg sama.., klau gaji x tinggi sgt pon, berbaloi ke jika dibandingkan dgn puan ‘kehilangan’ kasih sayang suami..? So, skrg puan kna dduk berhadapan dgn suami dan bincang betul2 cara penyelesaian yg perlu diambil bersama.. senaraikan pro n cons klaw nk ambil kputusan yg selanjutnya.. org lelaki ni kdg2 fikir psal ‘nafkah batin’ dia shj, mngkin dia akn decide jln yg paling mudah, org di sana tu pon mngkin lbh muda n ‘avaiable’.., puan kna terangkn tentang ank2, belanja utk diorang belajar dsb., n klaw puan stuju utk berhenti kerja, dan dduk bersama, mahu kah suami tu ‘putuskan’ hubungan dgn rakan sekerja nya tu.., jadi berbincanglah sbg org dewasa yg matang n punya tanggungjwb kpd anak2 dan kluarga.. tp klau suami dah benar2 ‘nekad’ dgn kputusan dia, then puan kna cari jln pula mcmne nk bincang dan aturkan prjalanan ank2 pulak.. mmg perit nk laksanakn suma tu, tp suami juga perlu ‘aware’ yg dia masih bertanggungjwb dlm hal kebajikan ank2, bkn nk lepas tgn mcm tu je.. anyway, seelok2nya buat solat istiqorah dlu, sbelom puan suami isteri nk buat keputusan yg ‘besar’ ini.. semoga semuanya akan berakhir dgn baik.. wasalam