Peringatan dari Allah Dalam Perkahwinan Yang Bahagia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/peringatan-daripada-allah-dalam-perkahwinan-yang-bahagia/).

Assalammualaikum Semua Pembaca yang Perihatin. Kalau refer pada confession aku yang lepas, ramai yang komen pedas berkenaan aku bagi anak perempuan aku pada bekas suami. Semua fokus pada anak aku.

Aku namakan anak perempuan aku Hawa dan yang lelaki Adam. Silap aku yang tak jelaskan gangguan pada anak-aku tu macam mana dari bekas suami.

Biar aku ceritakan sebab apa dan kenapa aku setuju memberi pada bekas suami.

Bekas suami aku ni aku nama kanla Aris. Dia dulunya seorang suami yang penyayang, baik. Tutur kata lembut dan peramah. Aku dengan anak-anak tegas sikit.

Semasa kemelut kami melanda kami banyak “gula-gula” kan anak-anak dengan ayah kerja jauh cari duit dan alsan-alasan yang menyakinkan merekala.

Hawa ni rapat sangat dengan ayahnya. Manakala Adam dengan aku. Adam pun kecil lagikan. Semenjak aku mula bagitahu kedudukan hubungan kami yang dah berpisah. Waktu tu kami belum duduk kampung lagi. Tengah uruskan tukar sekolah semua. Perangai Hawa berubah.

Selalu buat perangai. yala dulu ayahnya rajin petang-petang bawa jalan2 dan belikan bukula mainan la.. Apa je la yang Hawa minta.

Jadi keadaan dah berubah kan. Maka suasana tu lain. Dah tak selalu jumpa. Apa yang berlaku antara aku dengan bekas suami gaduh ke apa ke semua bukan depan anak kami.

Mungkin anak-anak rasa dengan sendirinya. Biasala keluarga. Hawa ni mula dah buat nakal di sekolah. Buli orang. Kerja rumah tak siap. Ada juga aku check kerja rumah dia. Tengok ok. Tapi kerja selepas tu dia takkan buat. Itu yang aku dipanggil oleh cikgu ke sekolah.

Bila aku tanya Hawa, dia jawab dia nak kan ayah dia.. Aku waktu tu bengang la dengan nak kerja cari duit. Dengan bekas suami kacau tak kira masa tu. Anak buat hal. yala semua dah buat sendiri masa tu. Mentalllll rasa. Tapi aku sabar depan anak.

Hawa cakap dia nak macam dulu-dulu kami duduk bersama. Aku cakap aku tak boleh. Tapi masih dapat jumpa ayah kan juga walau tak selalu. Aku nasihatkan dia tak semua benda kita akan dapat. Tapi budak-budak kan. Kadang aku bagi pesanan ringkas pada bekas suami untuk pujuk anak.

Dia sayang anak-anak. Dia datang jumpa Hawa. Adam kurang sikit sebab dia kan waktu tu nak bawa keluar nak susu bawa, pampers dan selalu alergic kulit gatal-gatal kalau peluh. Jadi tak la bawa. Adam rapat dengan Tok Wan dia la selepas duduk kampung. Dia tak sangat dengan ayah.

Masa pindah kat kampung ada Aris datang seminggu sekali macam tu jumpa Hawa di kampung. Tapi kat taman permainanla. Mak aku pun tak bole ngam dengan Aris. Mestila kan.

Biasa Adam jumpa kejab je balik. Hawa yang selalu lama. Masa tu pun adala juga sessi suruh pujuk aku rujuk dengan dia balik melalui Hawa.

Hawa selalu side kan ayahnya. Dia cakap ayah kerja berat, bagi duit kat mama tapi mama tuduh ayah ada perempuan lain.

Ok. Kat sini aku cite kan. Yang masa itu Hawa dah tahu sikit cerita rekaan Aris nak nampak aku salah dalam hal kami. Hawa percaya. Sebab Hawa cakap ayah bagi duit kat mama pun ayah marah lagi.

Terukla mama ni. Duit yang Hawa maksudkan duit aku. Ya. Aku akan cakap ni ayah belikan ini ayah bagi. Sebab Hawa kan rindu ayah nya.

Jadi pada aku, aku tak nak dia memberontak sangat bila aku pergi kerja. Dan tak nak mak aku susah dengan kerenah dia. Mak aku bukan muda lagi. Dah 70 tahun umurnya.

Aku tak banyak adik beradik. Dua je. Aku and my sister. Sister aku memang belahkan bekas suami(rujuk confession aku yang pertama).

Jadi aku dibuang jauh. Ada pun dua kata tiri yang baik tapi mereka asnaf. Macam mana nak tolong sangat. Tolong tengokkan mak dan anak-anak aku kat kampung la je.

Mak aku sebatang kara. Tiada adik beradik. Aku tak de pakcik. jadi semua just me alone with little help from my quality friend. Tapi tak boleh la nak selalu kawan tolong. Jadi, banyak aku buat sendiri.

Aku paksakan dalam diri ini OK. Aku tak kisah la apa Hawa cakap asal dia tak tahu hal sebenar sebab nanti dia nak gi sekolah ke apa ke orang cakap bukan-bukan kan.

Anak pengedar dadah. Aku kisah anak-anak aku punya air muka ya bukan aku. Adam. Adam seakan mengerti hati aku.

Selalu hujung minggu aku balik dia akan peluk dan tanya aku sehat ke ok ke. Dia tak pernah mintak apa-apa. Mak aku cakap ada mainan tu dia suka(tak ingat apa nama mainan tu) dia pinjam kawan dia.

Lepas tu bawak balik uma kejab. Bagi balik. Esok pinjam balik. Mak aku nak belikan dia cakap tak pe. Bila aku balik aku terus bawak gi kedai dan suruh dia pilih. Dia tanya bole ke? Aku cakap amik je. baru dia ambil. Adam pakai je apa je baju aku beli. tak pernah merungut.

kalau Hawa dia akan nak sangat baju tu kat pasaraya akan mengamuk tapi sampai rumah dia akan cakap tak suke. Dan tak kan pakai. Itu Hawa. Marahla juga kadang tu. Tapi kejab je biasanya aku ni. Dia selalu cakap. Nanti beli la lagi. Ayah pun ada bagi duit kan. Gerammm.

Kadang kecil hati ini aku pendamkan banyak sangat. Jika aku tak kuat aku rasa apala jadi pada anak-anak aku.

Aku pernah nak langgar Aris. Aku perlu jadi ibu normal depan anak-anak. Bukan mudah. Sangat bukan mudah. Cara aku. Aku akan menangis sampai semua lepas dalam bilik sewa aku.

Aku tak boleh bawa anak-anak. Takutla terlepas cakap tempat kat Aris. Jadi bilik sewa itu bilik terapi aku. Healing port aku. Mencari kekuatan macam menangkap debunga. Tahukan macam mana.

Apabila Aris nak kahwin, itu yang dia nak jaga anak. Aku legala dah takkan kacau kan lagi. Aku check dia buat apa masa tu. Dia dah kerja. Bawa RTG kat depoh. Gaji ok. Aku dapat tahu dia dah berubah la.

Mata tak merah dah. Dalam erti kata berubah untuk dia nampak baik tu. Dia dapat simpati dari orang dengan rekaan cerita aku curang. Jadi bakal isteri baru banyak bantu dia dan orang simpati. Jadinya kehidupan dia elok la. Di tempat kerja ni semua tak tahu kisah kami kan.

Sedangkan pernah naik mahkamah jumpa pegawai sulluh pun terpercaya kata dia dan dia akan pastikan dia ada saksi aku nusyuz. Dan anak-anak takkan aku jumpa langsung. Saat tu semua berpihak pada dia. Betul mana aku sekali pun tetap tak kan dapat membetolkan keadaan.

Jiwa ni jadi marah. Aku yang sakit. Aku yang kau seksa. Seseksanya kau cuba aku jadi betul-betul sakit. Aku nampak muka Adam. Tak pe aku tanya Adam.

Adam kata nak duduk dengan mama dengan Tok Wan. Hawa bila ditanya dia cakap dengan ayahla. Mummy baik. Makna mereka pernah berjumpa sebelum ni. Aku sayang Hawa.

Siapa tak sayang anak. Tapi nasib aku bukan sebaik ibu diluar sana. Tapi aku masih ada Adam. Jadi aku lepas kan Hawa pergi. Ada aku minta jumpa Hawa dan Hawa jumpa juga. Aku tanya macam mana duduk dengan ayah. Dia cakap ok. Ayah macam dulu. Cuti duduk rumah. Masak.

Lepas aku dengar dia dah kahwin tu sekali je aku jumpa Hawa. Dia cakap Mummy ada baby boy. Mummy tak kerja. Makan pakai cukup. Dia pun kata macam dulu masa ayah dan mama.

Tiap kali jumpa air mata menitis. Ada sesuatu yang tak terjelas dari sudut hati. Aku lega Hawa dapat life yang dia nak.

Tapi Hawa cakap die rindu mama juga sekali sekala. Cukupla bagi aku. Bagi dia masa. Dia kata ada juga kawan sekolah die ayah mak dia bercerai. Rasa aku dia dah fahamla sikit. Lepas tu kami dah tak jumpa dah. Sebab tak nak jadi isu. Aku tengok Hawa dari jauhla. IG. FB. Macam tu la.

Ok pada aku dari bertemu nanti ada yang menyakitkan dan berbalah. Mengungkit. Penat. Rindu? Ada. Tapi aku alihkan. Elak melarat.

Banyak aku belajar dalam perceraian ini. Cara jadi kuat. Setiap perceraian cerita tak sama. Sakitnya pun tak sama. Bila bercerai semua akan rasa sakit. Sebab aku pilih jalan itu. Baik buruk aku kena terima. Keputusan kita buat selalu orang salahkan. Tak nak nya orang amik kira sakit kita.

Aku? Sakit aku seolah tak sakitkan. Itula. Takkan nak nangis pagi petang siang malam. Adalah masa kan aku nangis. Aku kumpulll sekali aku nangis. Itu cara aku. Bila aku tengok zaman ni ramai yang buang anak, bunuh membunuh isteri suami anak pun ada.

Jadi aku rasa nasib aku dah lepas semua itu tanpa terjadi semua ini. Tapi terus terang sakit ini tiada tandingan. Kita tak tahu apa jadi masa akan datang. Aku luahkan untuk mereka-mereka diluar sana tahu yang ini boleh dilalui. Akal kita ni secantik mungkin dicipta untuk digunakan.

Jangan biarkan sakit dirasa itu sia-sia. Cari cara espress kan inner pain tu. Jerit kat jambatan ke. Apa-apa jela. Nangis dan nangis. Biar orang tengok. Apa mereka tahu?

Bukan semua orang rasa apa kita rasa, dan bukan semua orang rasa semua rasa. Bila kita pedulikan orang kata. Kita jatuh. Luahkan. Cari kawan yang baik. Cari Allah.

Thank you semua… :)

– Aralyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *