Assalamualaikum, hai semua pembaca iiumc. Aku Lana, umur 20-an. Aku baru habis belajar dekat sebuah kolej swasta area Selangor. Sementara tunggu untuk grad, aku buat part-time dekat butik baju dalam sebuah mall. Sebelum ni aku pernah kerja tapi kedai jual telefon so cara bekerja dekat butik ni agak berbeza untuk aku.
So ni beberapa nasihat & cadangan aku untuk korang yang suka shopping baju berdasarkan pandangan aku:
1. Tolong lah jangan masuk butik bawa makanan/minuman. Pernah ada beberapa kali jadi budak-budak berlari, main sorok-sorok dalam kedai. Bersepah air tumpah, kadang tu aiskrim. Dah jadi hal pula nak bersihkan.
2. Untuk mak ayah, tengok anak-anak korang. Budak kecil biasa lah nakal kan suka berlari sana-sini. Masalahnya, bila dorang langgar rak baju/tempat gantung baju sampai jatuh, ada mak ayah yang diam je lepas tu terus blah. Pandang kitorang pun tak walau masa tu kitorang depan mata. Orang Malaysia ke orang luar ke, ada je.
Kitorang okay je nak kemas balik, cuma tu lah. Minta maaf lah paling tidak kan. Apa kata korang ajar anak korang bila dorang nakal sampai macam tu, suruh minta maaf masa tu juga. Tak kisah lah dekat mana pun. Korang mak ayah pun tunjuk lah sekali. Ajar anak jadi beradab tak salah pun kan. Besar nanti pandai hormat orang lain.
3. Butik ni ada fitting room, tapi tak ada orang jaga. Maksudnya, korang boleh bawa masuk 10 baju sekali pun kalau nak cuba. Dekat luar fitting room tu pula ada penyangkut dan juga kotak untuk letak baju yang korang tak nak. Ada pelanggan yang faham sendiri, dorang letak situ bajunya. Ada juga yang jenis tinggal je dalam fitting room, atau sangkut tempat lain dari tempat asal.
Nasihat aku, kalau korang pergi butik yang macam ni, korang tak nak baju tu, bagi je dekat pekerja yang ada atau tinggal atas kaunter cakap korang tak nak. Mesti dalam fikiran korang cakap nanti pekerja kutuk sebab tak nak beli kan. Aku pun pernah ada fikiran macam tu haha tapi dekat sini, Alhamdulillah lah setakat ni aku tak pernah lagi dengar dorang kutuk customer tu kalau tak nak beli. Kitorang geram kalau jumpa baju dekat tempat lain je hehe.
4. Butik aku kerja ni guna beg plastik biasa bila bungkuskan baju, yang mana aku rasa sangatlah tak mesra alam sekitar. Tak ada charge pula tu. Ada pelanggan yang tak kisah, ada pelanggan yang tak nak, ada yang minta lebih lagi tu. Apa kata lepas ni korang shopping, bawa lah beg yang reusable tu. Tak ada lah korang kena jinjit banyak-banyak beg plastik/beg kertas kan. Kurang sikit pembuangan beg plastik atas bumi ni hehe.
5. Ini pula secara umum, termasuk butik baju lain. Bila beli baju, korang jangan sangka baju yang korang beli tu “baru” sangat ye. Semuanya dari kilang yang kita tak tahu cara proses dia, kalau dekat kedai ada yang dah jatuh ke lantai kitorang sangkut balik, dan mesti ada yang dah dicuba orang lain.
Pernah sekali tu waktu aku jaga kaunter, ada seorang customer ni aku tak pasti orang mana, tapi bau badan dia serius melekat dekat baju yang dia beli tu sebab sebelum tu dia pergi try dulu baju tu. Aku boleh bau sebab aku yang lipat baju nak bungkus. So nasihat aku, korang lepas beli baju baru, rajin-rajinkan lah diri basuh baju tu sekejap. Korang pun yakin kan nak pakai.
Apa pun, janganlah marah-marah kitorang kalau ada apa-apa yang tak dapat kitorang tolong. Itu je kot buat masa sekarang, terima kasih sudi baca sampai habis.
– Lana (Tukang lipat baju)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit