Hai semua, selamat petang. Minggu ni time tengah sibuk uruskan hal sekolah anak, terimbau pula beberapa peristiwa bersama guru-guruku yang aku kira kurang rasional.
Aku cerita dalam bentuk point bagi mudah nak faham.
1. Kek hari jadi.
Masa ni aku darjah 1 tahun 1997. Kebiasaannya kalau hari jadi rakan-rakan mesti makbapak diorang akan hantar kek sebijik dua.
So ada satu harini hari jadi kawan aku, Athirah namanya. Sebelum waktu rehat mak dia hantar sebijik kek untuk kitorang satu kelas makan dan tau saja lah budak-budak?
Seronok dan tak sabar nak makan kek, so instead of potong the whole kek tu dan agihkan kepada murid-murid, cikgu aku boleh potong half kek tu saja kepada 30 bahagian.
Masing-masing dapatlah jugak merasa kek sebesar ibu jari dan separuh lagi kek tu, cikgu aku call suami dia suruh datang dan ambil kek tu bawak balik.
Walaupun aku darjah 1 masa tu, aku sampai terfikir yang kek sebijik tu pon cikgu aku hamak sangat. Macam daif sangat sampai kena rembat kek murid.
2. Cikgu Sejarah.
Peristiwa ni berlaku time aku form 3. Tahun tu jadual kelas sejarah aku semua berlangsung waktu petang, selepas rehat.
Jadi, pada satu petang yang terik dan hangat, cikgu sejarah aku decide nak mengajar sambil duduk dan baca buku teks, sesambil tu dia suruh kitorang salin nota penerangan.
Oleh sebab suasana pembelajaran pun sangat tak kondusif, cikgu sendiri pon malas nak mengajar, sambil salin nota tu aku tak perasan yang aku terlelap seketika.
Walaupun terlelap tapi tangan aku maintain tulis nota herot-berot dan sudah tentu kelakuan aku terlelap tadi menangkap perhatian cikgu.
Cikgu memang akan perasan aku terlelap sbb kedudukan aku adalah 2nd row dari meja beliau. So aku pon dipanggil ke depan dan soalan cepumas mestilah “kenapa awak tidur?”. Takkan aku nak jawab sebab cikgu mengajar tak best kan?
Aku pun minta maaf sesiap and right after aku minta maaf , cikgu pon ambil buku teks sejarah tu dan lesing kepala aku. Berpinar mata aku jap kena macam tu.
Aku sikit pon tak malu dengan kawan-kawan sebab aku just terlelap saja, bukan aku main judi atau buat benda tak elok depan cikgu so aku macam tak faham kenapa kena lesing aku macam tu.
Sejak dari tu aku mmg menyampah, jelik dan jijik dengan cikgu sejarah tu. Takde satu kebaikan pun aku doa untuk dia sampailah aku habis sekolah pon memang aku harap hidup dia tunggang langgang dan anak dia kena 80 kali lebih teruk.
Even kau cikgu, kau jangan sukahati saja ye nak aniaya or pukul anak orang lain without solid reason.
3. Warden asrama
Kejadian ni berlaku masa aku form 6 di sebuah sekolah menengah agama. Aku masuk situ pon sekejap saja around 3 4 bulan.
Dekat asrama aku ni warden dia buat peraturan yang baju dan towel tak boleh sangkut dekat katil atau pintu almari.
Warden aku ni pulak jenis suka buat surprise spot check tau-tau muncul saja. macam biasa sebelum tidur dan lampu dorm padam, kitorang akan keluarkan baju sekolah untuk esok dan letak dekat katil/ pintu almari sesiap.
So masa tu dah jam 12.30 malam dan time-time tu jugak la warden aku ni boleh buat surprise spot chek, mana-mana yang tak sempat selamatkan baju sekolah bergantung tu memang selamat warden aku lemparkan keluar koridor.
Dah la tengah-tengah malam pulak tu, tanah dekat bawah basah baru lepas hujan jadi banyak baju-baju sekolah yang kena lempar tu kotor termasuklah baju aku.
Malam tu ramai sedih dan tidur lambat sbb nak bersihkan baju, yang ada sepasang saja baju tu pakai saja la even kotor.
Aku mmg cannot brain perangai cikgu yang zalim dan tak rasional camni. Seriously korang ingat niat tu menghalalkan cara ke? Spot check at midnight just because nak puaskan hati saja.
And again, takde benda baik pun aku harap dan doa untuk warden ni, lantak kau la mereput dengan dosa-dosa kau dengan student. Kau ingat baju-baju sekolah tu mak bapak student beli guna daun ke ikut suka saja nak lempar/ buang.
4. Lawak tak elok.
Kalau korang mengikuti kes Ain Husniza tu, kat sini aku nak bagitau yang lawak tak elok ni wujud dari zaman aku lagi. Aku ni sekolah menengah agama tau, yang melawak tak elok tu orang panggil dia ustaz, pergi mengajar pakai kopiah.
Benda ni bila kawan-kawan batch aku cerita balik betapa tak eloknya joke ustaz ni dulu, cikgu-cikgu perempuan seangkatan dengan ustaz tu macam clueless, siap cakap tak pernah tahu pon?
And yes, siapa saja berani bersuara dan mengadu kalau kena counterback macam Ain tu?
Yang lantang membantah pun cikgu-cikgu jugak. Sebab apa? Sebab cikgu lelaki atau perempuan mmg normalised lawak tak elok ni sekadar lawak saja buat stok ketawa dalam bilik guru.
The fav lawak tak elok yang ustaz ni selalu perkatakan ialah the moment tudung labuh pelajar perempuan ditampar angin dan we are very trying hard tarik tudung tu dari melekat ke dada.
Dia selalu tegur “tak payah tarik-tarik tudung tu, saya awal-awal dah tahu bentuk dia macam mana” sambil ketawa sinis. Begitu jugak dengan lawak berkaitan punggung dan badan besar.
Lawak tak elok ustaz ni tak terhenti di luar kelas, ketika sesi pengajaran pun masih berkisar tentang benda tak senonoh seperti “saya kalau nak lukis buah epal, saya kena lukis 2 bijik supaya sepadan” sambil kedua tangan penumbuk diletakkan didada.
Aku kalau anak aku kena lawak tak elok macam tu memang aku datang sekolah dan baling epal dekat kepala ustaz biar berakal sikit jadi manusia.
Those yang rasa lawak tak elok hanya sekadar lawak, aku ni dah almost 16 years habis sekolah pun masih teringat lagi.
Mana-mana cikgu yang rasa lawak tak elok is the best idea untuk blend in dengan student, berhentilah jadi pendidik. Aku ada banyak saja lagi nak cerita, nanti aku buat part 2.
Oh, aku ada pesanan. Mana-mana cikgu yang suka tiktok live time mengajar tu, better jangan exposed muka student ye without parents consent. Kau nak terkinja-kinja, kau buat saja sorang-sorang jangan masukkan anak orang lain.
Bye.
– Adilah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit