Assalamualaikum semua cerita aku ni dah agak lama tapi tetiba aku rasa nak berkongsi.
Rumah aku terbakar habis. Waktu tu semua orang tak ada dekat rumah, mak dengan ayah aku kerja aku adik dan akak sekolah.
Punca kebakaran adalah rumah jiran kami. Habis ranap rumah beberapa biji termasuk rumah kami. Kalau duduk rumah setinggan tahulah macam mana rumah rapat sesak dinding kayu lagi.
Agak bernasib baik beberapa hari sebelum kejadian terbakar mak dengan ayah aku ada urusan dengan imigresen jadi beg yang dalam tu ada dokumen penting ayah ada simpan dalam kereta.
Aku waktu tu tingkatan 4, akak aku tingkatan 6 dan adik aku lagi sorang darjah 6. Bila balik jalan kaki tu ada orang nampak aku dia cakap “weyh man rumah kau terbakar”
Aku macam nak gila ye berlari tengok ada bomba apa semua memang tengah huru hara. Tengok rumah aku dah habis sebab benda dah berejam terbakar. Waktu tu bukan zaman semua dah ada smartphone. Yang pakai telefon cuma ayah aku sorang.
Bila semua keluarga aku dah ada berkumpul nangis tengok rumah hancur weyh tak ada satu benda yang selamat, tv, mesin basuh baju semua benda habis musnah.
Kami sekeluarga dapat penempatan sementara. Waktu tanya macam mana boleh terbakar rupanya rumah jiran kami ni suami dia panaskan lauk tapi terlupa tutup dan akhirnya tahulah macam mana.
Kau tahu tak yang paling aku sakit hati sampai sekarang rumah dia terbakar sedikit sebab dia ada dekat rumah. Terbakar bahagian belakang kiranya 70%-80% rumah dia selamat.
Tapi rumah aku dan jiran lain memang musnah habis sebab semua kerja/pergi sekolah dan ada yang balik kampung. Itu tak termasuk dia call bomba lambat sebab dia ingat benda tu tak merebak dah habis merebak jauh baru dia call.
Duduk dekat penempatan sementara kami satu keluarga ni termenung. Nak duduk rumah saudara mara? Semua jauh. Takkan nak pindah sekolah itu semua makan cost.
Kami pun waktu tu dapat lah derma pakaian beberapa helai. Dapat bantuan sikit dalam seribu ringgit kalau tak silap aku.
Akhirnya lepas seminggu duduk dekat situ mak dengan ayah aku jumpa rumah sewa kami pun pindah. Memang waktu pindah tu kosong tak ada apa. Baju, seluar beberapa helai je. Rumah pula 2 bilik harga RM650 sebulan.
Masuk situ kosong, dapat lah ada orang derma toto itulah buat alas. Beli dapur gas yang satu kepala tu sahaja dengan gas untuk memasak meja pakai kayu je. Basuh baju beberapa bulan tu pakai tangan je memang penat letih.
Banyak benda yang kami kena utamakan beli. Kami kena bermula dari awal balik. Rumah tu kosong, bila berbual pun bergema.
Akak aku waktu tu sampai nak berhenti sekolah sebab banyak gila cost. Tapi mak dengan ayah aku cakap tak apa diorang masih mampu.
Memang penat balik rumah gosok baju lepastu perah jemur kat luar dan harap kering. Memang lambat gila kering kena pula baju tebal.
Selalunya dalam peti sejuk ada air sejuk ini tak ada. Nak simpan macam ayam ikan payah senang cerita banyak gila benda payah nak buat.
Malam je kami semua bermenung sebelum ni boleh lah tengok tv. Ini nak tengok apa.
Lepas 2 bulan, ayah pun beli peti sejuk dulu sebab benda ni paling penting makanan apa semua nak simpan. Beli pun bukan yang baru beli yang 2nd satu pintu tu waktu tu memang berharap boleh tahan lama.
Bila lama sikit baru upgrade sedikit sebanyak bab baju waktu tu tak pening sangat sebab ramai lah derma baju lama diorang tak pakai. Baju pula pun lawa-lawa. Tapi barang rumah yang lain pening sebab banyak guna cost.
Bantuan pula dapat sekali itu sahaja ayah aku ada lah dengan keluarga yang jadi mangsa kebakaran lain tu try minta lagi bantuan tapi alasan semua kena tunggu.
Kami teruskan hidup macam biasa. Waktu ni perit hidup, nak beli barang satu persatu yang baru. Nak bayar duit sewa rumah hal sekolah lagi.
Paling tak boleh blah, aku macam bukan lah berdendam ke apa, cuma geram. Jiran yang jadi punca tu tak ada cakap maaf ke apa.
Bila kami yang jadi mangsa ni tegur waktu tu dia cuma cakap, “benda dah nak jadi” tapi masalahnya dia tak apa. Barang rumah dia 80% selamat. TV, mesin basuh, peti sejuk, tilam, katil, baju segala macam elok.
Memang kejadian dah lama, sekarang ni pun kami adik beradik dah kerja/kahwin dan duduk merata negeri lain.. Mak dengan ayah pun dah pindah kampung lepas berhenti kerja.
Cuma bila teringat dia punya perit hidup mula dari awal tu memang penat. Tebalkan muka minta bantuan tak dapat. Yang dapat cuma RM seribu tu sahaja seingat aku.
Nasib jiran aku yang lain tu pun payah. Kami ni nasib baik sebab mak dengan ayah dua² kerja. Yang lain tu cuma suami kerja. Nak taknak terpaksa balik kampung mula hidup dekat sana.
Ada yang macam kami pindah cari rumah baru tapi tak bertahan dan terpaksa balik kampung juga.
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit