Hi . Seperti yang tertera di atas , aku nak cerita keperitan aku menjadi anak angkat . Aku tau ramai orang yang akan cakap ” wei mak pak hang dah amik hang jadi anak angkat pon dah cukup baik la ” . Aku memang sangat sangat sangat bersyukur sebab parent aku dah amik aku as their adopted child dan parent aku pun bukan jenis kaki pukul . Diorang sama je dengan other parent . Tapi kau tak tahu apa yang aku rasa dan kau tak pernah kenal aku yang sebetulnya . So , please keep reading .
Aku ada 2 adik perempuan dan 1 adik lelaki . Ya , aku yang sulung . Orang kata , jadi anak sulung ni tanggungjawab dia berat . Aku admit yang statement tu memang sangat betul . Menjaga adik – adik ni satu tugas yang tak asing bagi aku . Nampak mudah tapi tak sebenarnya . Tugas ni memerlukan kesabaran yang tinggi . Dan quite susah bagi aku sebab aku ni jenis yang cepat naik hangin tapi cepat jugak surut angin kemarahan aku tu . Perangai adik aku …. tak payah cakap la semua keras kepala . Dia je yang nak menang . Biasalah , budak – budak kan . Beza umur aku dengan umur adik – adik aku boleh tahan jauh . So senang cerita … sebelum adik aku wujud , aku memang dah puas rasa kasih sayang parent aku .
Mesti korang tertanya – tanya kan apa yang peritnya ?
Keperitan tu bermula waktu aku umur 12 tahun . 12 tahun , umur yang … sangat muda bagi aku . Terlalu muda untuk tahu perkara yang sebenar . Aku ingat lagi , 14 october lah hari yang … paling aku benci dalam hidup aku walaupun hari tu jugak aku lahir dekat dunia . Waktu tu tak silap aku , aku pergi utc sebab nak buat ic dengan mak dan adik perempuan aku yang first and second . So sebelum nak buat ic , mestilah kena amik 1 kertas yang kita kena pilih nak buat apa . I mean like nak buat surat beranak ke , ic baru ke or something thingy berserta dengan nombor yang menunjukkan bila turn kita . Time mak aku amik kertas tu , aku perasan satu ayat . ” Angkat ” . Tapi time tu takdelah syak wasangka lagi sebab u know lah aku budak mentah lagi . Then bila aku nak tengok kertas apa yang mak aku amik tu … mak aku mengelak . Haa dari situ timbul syak wasangka . Tapi aku tak tau perkara sebenar lagi time mak aku pegang kertas tu . Aku rasa curious gila time tu . Then after semua dah setel , mak aku ajak pergi tandas . Aku pun ikut kan aje sebab tak nak jadi anak derhaka . Lepas dah sampai dekat tandas tu , mak aku suh aku pegangkan handbag dia jap . And then aku tertoleh dekat poket handbag mak aku yang tak berzip dan ada kertas yang sebijik gila time first – first mak aku amik tu . Aku dengan rasa curious yang dipendam tadi pun apalagi kan , capai la kertas tu then bukak ” PENDAFTARAN KAD PENGENALAN BAGI ANAK ANGKAT ” tajuk dia kemain tertera lagi siap caps lock , sebijik yang macam aku retype tu .
Kalau kau jadi aku , apa yang kau rasa ? serious la hati aku hancur gila time tu . Hati anak mana yang tak hancur bila dia dapat tahu dia bukan anak yang dikandung oleh mak dia sendiri kan ? bila aku dengar bunyi flush dari cabin toilet yang mak aku masuk tu , terus aku simpan kertas tu dalam handbag mak aku balik . Start dari haritu aku dah jarang cakap dengan mak aku and family aku . Aku dari seorang yang banyak cakap , banyak tanya tiba – tiba je jadi seorang yang kurang bergaul . Bila aku pandang mak aku , aku tak tau nak descibe macam mana . Dia macam satu perasaan marah yang digabungkan dengan perasaan kecewa dan dendam .
Aku rasa down gila . Dan sejak hari tu jugak , aku suka menangis seorang diri dan jadi seorang yang sangat sangat sangat sensitive . Lagi – lagi kalau orang tanya pasal family . Dan aku pernah teringat yang ada sorang cousin aku ni pernah mengaku yang dia tu kakak aku time aku darjah 3 . Tapi aku tak percaya sangat . Bila aku mengadu dekat mak pak aku , mak pak aku cakap yang dia cemburukan aku sebab hidup aku tak semewah dia . And cousin aku tak pernah cerita apa – apa dah lepastu .
Macam aku cakap tadi , aku suka menangis seorang diri and almost everyday . Dan persoalan yang selalu ada dekat otak aku ” dari mana aku datang ? longkang ke ? ke tong sampah ? . Siapa mak bapak kandung aku ? ” dan aku kadang – kadang selalu menyirap dengan mak aku sebab time tu aku rasa dia tipu aku . Kenapa tak jujur je kan ?
Budak mentah tetap budak mentah , aku rasa kalau mak aku jujur sekalipun belum tentu yang aku akan terima kenyataan tu . Hari berganti hari dan tahun berganti tahun . Aku sedikit demi sedikit cuba mematangkan diri dan aku cuba menggangap bahawa jadi “anak angkat” bukan sesuatu yang teruk atau hina .
Jujur , kadang – kadang aku rasa macam dah tak nak hidup . Sebab bila kau ada kisah silam yang teruk , kisah silam tu juga yang orang akan ungkit . Tak payah amik contoh jauh , adik – adik angkat aku bila bergaduh dengan aku , dia akan ungkit asal usul aku . ” kau tu anak angkat dalam rumah ni , tak payah gebang sangat nak atur – atur hidup aku ” “kau pergi balik ah rumah kau tu , tak payah menyemak kat sini ” cuba kau cakap , sapa je yang tak terasa hati bila ADIK KAU SENDIRI yang cakap macam tu . Adik angkat yang kau dah anggap macam darah daging kau sendiri . Kadang – kadang aku pelik dengan manusia zaman sekarang ni especially budak – budak sekolah , dah elok ada parent kandung , adik beradik kandung , sibuk nak cari adik beradik angkat or family angkat . Bersyukur lah wei , bila kau ada dekat tempat aku , kau akan rasa bertapa beruntungnya ada family yang memang darah daging kau sendiri .
Berbalik pada cousin aku tadi , aku mula – mula memang tak percaya langsung . But sometimes i need to open my mind . Tak silap aku time hari raya , aku ada selfie dengan dia and aku post dekat social media pastu ramai yang tegur muka kiteorang sama . And i was like …. dia betul ke kakak kandung aku ? seriously?! then hubungan aku dengan mak aku kembali rapat sebab mak aku dah jujur . And macam aku cakap , she didnt tell the truth sebab mak aku tak nak bagi aku kecewa . Mak mana je sanggup anak dia tau yang anak dia tu bukan yang dikandung 9 bulan 9 hari kan ?
Sometimes memang aku rasa mak aku akan pilih kasih sebab apa yang aku buat semua salah , anak – anak kandung dia je betul . But maybe , memang ada kesilapan yang aku buat tanpa aku sedar dan aku syak mak aku nak latih aku jadi orang yang bertanggungjawab bila buat salah .
And guess what ? rupanya mak kandung aku adalah makcik aku sendiri . Mak aku amik aku as her adopted child sebab time tu mak aku mandul and nak sangat anak . Lepas mak aku dah pelihara aku selama 4 tahun , mak aku dikurniakan anak . Macam mana orang mandul boleh dapat anak ? semuanya kuasa tuhan . Dan mak aku jugak cakap yang aku ni pembawa rezeki dalam keluarga aku . Glad to hear that and i am so glad to know that mak kandung aku adalah darah daging mak angkat aku sendiri .
Betul lah apa yang disebutkan dalam Al – Quran tu . Allah memang maha adil dan Allah juga yang mengetahui segalanya . Seperit apa pun hidup kau , pasti ada indahnya . Sekarang , aku dah berjaya terima takdir aku . Aku tahu aku mampu terima takdir aku sebagai ” seorang adopted child ” . Kalau aku tak mampu , kenapa Allah bagi dugaan ni , kan ? jadi , if u r adopted children , dont be too sad and jangan nak persoalkan kenapa hidup kau macam tu . Allah know everythings . Mesti ada hikmah disebalik dugaan tu . Lastly , semoga Allah merahmati kehidupanmu and assalamualaikum :)
– A fifteen years old teen
– :)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit