Perit Jerih Si Ibu Tunggal

Saya sekadar ingin meluahkan. Sebabnya saya memang tak terluah apa yang terbuku di hati. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, saya kena kuat. Mungkin nanti kawan2 yang senasib boleh beri saya kata-kata semangat, kita sama2 menyokong satu sama lain.

Ya, ini luahan hati seorang ibu tunggal. Saya ibu tunggal kepada 3 orang anak. Seorang di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah dan seorang di tadika. Saya berumur awal 40-an dan berkerja sendiri. Saya masih baru lagi menyandang gelaran ini.

Bekas suami telah ceraikan saya kerana kehadiran insan ketiga dan beliau tidak mampu untuk berpoligami, maka beliau memilih perceraian. Takpelah, setakat itu sahaja jodoh kami, siapalah saya untuk mempertikaikan ketentuan Allah.

Semasa proses perceraian, bekas suami sedikit pun tidak mempersoalkan tentang hak jagaan anak2, beliau terus menyatakan yang anak2 akan ikut saya.

Mungkin saya bertuah, tidak perlu berebut-rebut anak-anak. Tapi jauh di sudut hati saya rasa terkilan kerana beliau tidak ada rasa peduli kepada anak-anak.

Sepanjang menggalas tugas sebagai ibu tunggal, saya memang terpaksa redah dan pura-pura kuat. Tambahan pula bekas suami langsung tidak memberi nafkah.

Bayangkan lah saya kena mencukupkan makan pakai anak-anak sendirian. Saya berniaga sendiri dan pendapatan tidak menentu. Saya telah berniaga sendiri sejak dari awal perkahwinan lagi.

Dan dengan umur yang sudah 40-an, tidak mungkin saya ada pilihan untuk makan gaji dan dapat pendapatan tetap. Jadi saya memang struggle untuk mencukupkan makan pakai anak-anak.

Kenapa ya ada kaum bapa yang tidak bertanggungjawab macam ni? Bayangkanlah, para suami di luar sana pun kebanyakkannya tidak mampu menanggung keluarga secara sendirian dan perlukan isteri turut berkerja dan sama2 membantu menyara keluarga.

Bayangkan lah kami ibu-ibu tunggal ni yang terpaksa bekerja sendirian, menanggung anak-anak. Makan, tempat tinggal, pakaian, ubat-ubatan, keperluan sekolah, hiburan dan macam-macam lagi.

Alhamdulilah, saya memang jenis tidak berputus asa, rezeki anak-anak sentiasa ada. Saya memang sedaya upaya memberikan mereka yang terbaik supaya mereka tak rasa apa-apa kekurangan. Tapi ada masanya saya serabut. Ke hulu ke hilir mencari duit untuk besarkan anak-anak.

Perit jerih yang terpaksa saya lalui bukanlah hanya sudut kewangan sahaja. Sebenarnya lebih kepada “tiada back-up” atau “tiada teammate” dalam menguruskan anak-anak.

Sebagai contoh, anak-anak terpaksa ponteng sekolah jika saya jatuh sakit atau saya perlu ke luar kawasan atas urusan kerja kerana tiada siapa yang dapat uruskan anak-anak ke sekolah. Jika ada bapanya, sekurang2nya bapa boleh ambil alih tugas sekiranya saya sakit.

Pernah saya sedang berurusan kerja di luar kawasan, tiba-tiba mendapat panggilan telefon anak sakit di sekolah, dan saya kena segera pulang ambil anak. Perjalanan nak ambil anak tu makan masa lebih 2 jam kerana saya ketika itu berurusan di Ipoh (anak-anak sekolah sepanjang hari dan transit di taska).

Sepanjang memandu pulang, saya dalam keadaan tergesa-gesa dan hati pun risau. Sekiranya ada pasangan, sekurang2nya kita boleh minta ayahnya yang tolong jemputkan anak.

Belum cerita hal anak sakit kan? Kita lah kena hadap sendirian. Kadang-kadang, kerana padatnya dan tergesa-gesa, hal simple seperti nak buang air pun mama terpaksa tahan sebab mama tak sempat!

Bekas suami? Sedang gembira bercinta. Tinggal jauh dari anak-anak. Sesen pun tidak beri kepada anak-anak walaupun saya berbuih-buih minta wang dari beliau ketika anak-anak mahu mulakan sesi persekolahan baru-baru ini. Tapi semuanya sia-sia, dia dah block saya di whatsapp.

Tahukah anda, belanja membesarkan anak-anak ni besar. Anak yang dah di sekolah menengah, perlukan barang-barang peribadi. Seluar dalam, pakaian dalam, tuala wanita, semua mama terpaksa cukupkan. Saya tak faham macammana seorang bapa boleh tutup mata terhadap keperluan anak-anak.

Anak bongsu akan masuk darjah 1 tahun hadapan. Urusan daftar sekolah mama lah kena uruskan. Dan mama jugalah yang kena hadir ke sekolah untuk submit semua dokumen-dokumen sokongan.

Sama juga dengan urusan masa cuti sekolah tempoh hari. Mama lah yang perlu beratur di kedai buku, beratur di kaunter bayar yuran… Mama lah yang beratur di kedai membeli baju sekolah. Semua mama.

Dan yang paling teruk sekali antara semua perit perih ini ialah SAYA PENAT. Dan saya hanya lah manusia biasa. Kadang-kadang saya terlepas perasaan pada anak-anak.

Dan apabila saya penat, saya susah nak happy. Muka tak happy saya ni, kadang-kadang tertunjuk dekat anak. Risau saya kalau anak-anak terkesan dengan mama yang sentiasa “takde mood” ni. Otak ni serabut memikirkan nak cukupkan belanja, dan badan juga penat uruskan A-Z.

Teruk sangat saya ni kadang2 saya terasa seperti anak-anak menjadi beban pada saya. Saya tahu saya tak patut rasa macam tu. Tapi kadang-kadang saya rasa macam tu sebab saya terlalu letih.

Inilah isi hati saya yang tak terluah selama ini. Kadang-kadang hanya terzahir melalui riak wajah sahaja. Kadang-kadang anak bongsu akan cuba buat lawak-lawak dia sebab nak “mama senyum”.

Wahai lelaki, walaupun berakhir sudah jodoh anda dengan bekas isteri, hubungan anda dengan anak-anak adalah kekal. Tanggungjawab menyara anak-anak adalah atas bahu anda.

Lelaki jenis apakah anda sekiranya makan pakai anak-anak pun anda tak tanggung. Sudah la mama kena uruskan anak-anak sendirian, kena menyara semua keperluan anak-anak tanpa bantuan bapa, mama juga perlu merawat emosi anak-anak yang selalu menyebut “rindu papa”.

Saya berdoa anak2 perempuan saya tidak menerima nasib seperti saya, dan saya sedang menyiapkan anak lelaki saya supaya menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Doakan, ya.

Luahan ini saya tulis sekali lalu sahaja, tanpa baca semula. Maaf sekiranya ada salah ejaan, salah perkataan atau berbelit-belit. Terima kasih sudi baca.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Puan mama, minta lah bantuan keluarga suami untuk menasihatkan si papa supaya menafkahi anak sewajarnya; failkan juga di mahkamah syariah (dgn bantuan Biro Guaman)-walau prosesnya panjang dan sukar. Saya cuma boleh turut mendoakan supaya si papa dikurniakan hidayah, dibukakan pintu hati untuk ada perasaan belas kasihan pada anak2 yang seolah-olah diyatimkan. Saya doakan juga semoga puan diberikan rasa keringanan dan kegembiraan dalam meneruskan kehidupan bersama anak2 insya-Allah aaamiiinnn

  2. Assalam mama.. semoga mama dan anak2 sihat selalu, dipermudah urusan.
    mama, sy anak ibu tunggal. 3org adik beradik. sy ank sulong. ada 2 adik lelaki. ibu diceraikan kerana org ketiga pd usia 43tahun. tanpa sesen nafkah. sy saksi kepada jerih payah ibu sy besarkan kami bertiga. dgn gaji sbg housekeeping masa tu baru rm350. ibu sy pergi kerja pakai selipar koyak. ibu selalu pinjam duit dgn saudara utk besarkan kami. ibu selalu menangis mlm2 masa kami semua tidur. tp sy tau sebab sy belum tidur. pedih hati bila ingat. kami dibuli krn tiada ayah, kami rindu ayah tp ayah mengelak. sy pernah curi hp ayah dan letak d rmh spy ayah balik ke rmh ambil. adik bongsu sy demam rindukan ayah, tp ayah langsung taknak sentuh adik sy. terlalu byk luka di dalam yg tersimpan. terlalu byk jg pengorbanan ibu sy. skg umur ibu 69tahun, ibu taknak kawin. sy lah yg jaga ibu skg. sy nak jaga ibu smpai akhir hayat kami. sy sgt sayangkan ibu.
    mama, sy doakan mama dpt harungi dugaan ini. sy doakan anak2 mama menjadi anak2 soleh solehah yg akan hargai dan sayangi mama hingga ke syurga. mama pengorbananmu sgt besar. kesabaranmu sgt tebal. mama, semoga ini asbab mu ke syurga. kalau dekat, sy nak peluk mama, sy baca cerita ni sama mcm kehidupan kami dulu. mama kuat ya. hugs

  3. Minta maaf, jika coretan sya ni ‘emosi’ ckit.., tp begitulah yg telah saya lalui sehinggalah ank2 telah mningkat dewasa skrg ini.. mngkin ada yg mnganggap fasa ‘perit’ saya telah berlalu.., bkn semudah itu, ank2 ada msalah dari kecik hinggalah yg dewasa, krn mrk ada kperluan fizikal, emosi & spiritual masing2.. oleh kerana sbg ibu tunggal yg cuba memenuhi kperluan mrk sebaik mngkin, saya sering kluar mencari rezeki utk membeli kperluan asas mrk, terutama utk makan n minum mrk, juga kperluan skolah, kesihatan dll.., xdpt nk dibayangkn betapa sukarnya kehidupan yg dilalui, kdg2 bila saya tertengok ‘iklan’ rancangan “bersamamu” di tv, sya rse kehidupan kami lbh susah, ada msa nya sebutir beras pon tiada d rumah.. kdg2 ank2 cuma mkn mi segera atau apa2 ‘snack’ yg sempat saya belikan, soal keselamatan mrk, sya hanya berserah kpd Allah utk melindungi mrk, sbb di rumah kdg2 mrk memasak air panas, mnggunakan dapur dan pisau di dapur, klaw bergaduh dsb, tiada siapa yg akn mrleraikan.. Tuhan shj yg tahu betapa susahnya hati ini ketika mninggalkn mrk sendirian d rumah, silap2 klaw terjadi yg x diingini, sya plak yg akn didakwa, nk upah penjaga mmg x mampu, pihak berwajib mngkin x amk kira masalah kita.. alhamdulillah, tiada la yg ‘serius’ yg berlaku, ckit2 tu adalah.. hubungan mrk adk bradik pon x brp nk baik sampai skrg, ada je yg mrk x puashati antara mrk, atau dgn saya, krn slalu xdpt apa yg mreka inginkan.. yg saya paling trkilan, ank sya yg bongsu telah ‘berhenti’ skolah sejak dia di tngkatan 3, sbb bnyak msalah dgn pelajaran dan kwn2.. cikgu2 telah ‘cop’ dia sbg pelajar bermasalah & pns baran.., mngkin sbb keadaannya yg dtg dari ‘broken family’ xcukup perbelanjaan dan bermasalah dgn kwn2.. sya telah nasihatkn n bgi semangat utk dia amk spm secara persendirian, tp dia kta otak dah ‘berkarat’ n hilang semangat utk blajar, skrg buat kerja ‘delivery’ scara sambilan.., yg lain tu pon kerja biasa2 d kilang dan supermarket.. dgn pemantauan yg sgt minimal, mcmne la mrk nk ‘cemerlang’ dlm plajaran, hal perbadi mreka juga jd ‘ejekan’ kwn2, nk antar tusyen pon xmampu, mcmna la diorang nk maju dlm pelajaran msg2.. ayah diorang..? Nk kna ‘ugut’ n paksa bru la nk ‘hulur’ ckit bantuan, itu pon dlm rm50-100 je, katanya dua pon xde kerja tetap (berniaga kecil2an).. begitulah nasib ibu2 tunggal d mna2 pon (kecuali ada juga yg bernasib baik), tp pd umumnya, mngkin ada bantuan sedikit sebanyak, (alhamdulillah) tp x smestinya mencukupi.. n ada ke org kaya yg sudi amk mreka dgn ank2 sbg kluarga baru dsb, stigma masyarakat kita, klaw dah bergelar ‘janda’ tu, jauhilah, silap2 jd ‘pelakor’ kpd isteri2 mrk.., klaw ada pon yg nk jdkan isteri, nk seronok2 je, silap2 ank2 yg jd ‘mangsa’ dera or r*g*l ayh tiri mrk (na’uzubillah).. so, buat mama2 yg mmg dah memegang status “J” ni, lma or baru, bertabahlah sepanjang hidup anda; jgn lah mengharapkn perkara yg ‘molek2’ akn berlaku dlm hidup anda, (klau ada, alhamdulillah), dan anda perlu ‘bersedia’ pulak dgn perkara2 yg ‘pelik2’ dan ‘jelek’ yg mngkin akn terjadi tanpa disangka2, sbb status ini slalu dipandang sbg penyebab dlm msalah dlm masyarakat hari ini, spt dadah, curi, rompak dsb.. jaga lah anak2 sebaik mngkin, mohon la Tuhan atau orang2 ‘terdekat’ yg yg bole membantu (jika ada).. jgn terlalu ‘sedih’ memikirkan nasib yg mnimpa.., sebaliknya berusaha lah ke arah yg lebih maju.., kita bkn nk mengejar ‘kekayaan dan kejayaan’ hidup, cukup lah dpt mnampung hidup seadanya, tanpa mnyusahkn org lain dan ank2 faham serta ‘insaf’ dgn jerih-perit yg dihadapi ibu mrk dlm menghidup & membesarkan mrk.. sya doakn semoga semua yg melalui situasi ini akn dikurniakan rezeki yg berkat dan melimpah-ruah, serta ank2 yg berjaya dan mengasihi ibunya hingga ke akhir hayat dan slepas meninggalkan dunia ini.., doakan mrk dpt jejak kaki ke Syurga bersama ank2nya nt.. bgi bekas suami dan ayah2 yg lupa akan tanggungjwb mrk; ‘serah’kan shj mereka kpd Allah SWT utk ‘urus’kan mereka di dunia dan Akhirat.., sbb kita (bekas isteri2) tiada daya & upaya utk membentuk or ‘menghukum’ mrk di dunia ini, so serahkanlah kpd Allah sepenuhnya.. Allah yg lebih layak utk menilai perbuatan mrk dan menghukum mereka seadil2nya di dunia ini lagi, mahu pon d Akhirat kelak yg akan menghukum mereka seadil2nya.. aamiin3 YRA.. (coretan ini juga tidak disemak smula, maaf jika ada kesilapan ejaan atau kata2..) wallahu a’lam bissawab.. 😔

  4. minta ada keluarga sebelah bekas suami. semoga urusan Puan dipermudahkan dan sentiasa sihat seiisi keluarga.. P mahkamah syariah, minta borang pasal nafkah tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *