Perit Yang Indah

Assalamualaikum. Terima kasih iium sebab sekali lagi memberi peluang kepada aku mengongsikan kisah aku disini. Atikah, 26 and this is third confession saya disini.

Aku cuba pendekkan supaya tidak berserabut dan semoga menjadi pengubat hati kepada yang sedang keliru.

Keputusan SPM aku sangat teruk pada aku. Mungkin sebab aku ni MRSM. 3A tu macam susah sangat sangat nak diterima. Aku kecewa. Sebab hati aku memang nak sangat sambung UM. Dengan keputusan tulah, aku terus terima UITM. Saat tu senior-senior ramai nasihat, janganlah pilih UiTM. Nanti kejutan budaya la apa la. Disebabkan oleh keputusan aku macam tu teruknya, aku banyak habiskan masa di kampong, hadir kelas mengaji dan mula belajar untuk lazimkan solat malam, dhuha dan istikharah. Dan aku akhirnya memilih uitm.

Cerita tentang Adam. Aku kenal dengan Adam selepas SPM. Beberapa bulan sebelum masuk diploma. Tu pun lepas aku tahu rupanya dia tu depan rumah aku dan mak aku yang tunjuk pada aku. Masa tu dia tengah ambil order makanan. Adalah beberapa soalan dari mak. Cuma aku macam kaku dan lahir rasa macam dah lama kenal Adam ni. Tapi jenis Aku tak reti nak berkawan dengan lelaki. Kawan-kawan aku perempuan. Masalah ke gembira ke sedih ke, kawan-kawan aku semua perempuan. Contact phone aku pun sedikit je lelaki tu pun Cuma benda-benda yang penting. Aku tak pernah bercinta. Aku Cuma selalu cakap supaya masa aku tak dihabiskan dengan benda yang tak pasti.

Balik tu aku senyap. Oh, dia nilah yang beberapa tahun lepas adik cakap tu. Oh, adik dia yang datang rumah selalu tu. Macam-macam dalam kepala aku masa tu. Aku buka facebook, masa tu baru jugalah main benda tu. Adam tu dah lama jadi friend aku. Aku gelak je masa tu. Dua tiga hari juga aku ambil masa, nak berkawan atau tak. Aku lakukan istikharah supaya tiada penyesalan di kemudian hari. Lepas dari itu berturut-turut aku terjumpa beliau. Lalu, aku pilih beliau untuk dijadikan seseorang yang istimewa. Ada perjanjian antara kami, yang mana kalau jumpa yang lebih baik, maka boleh terus pilih yang terbaik itu. Lets say tahun itu ialah 2010.

Lalu, kami teruskan pengajian. Jarang berjumpa, kalau jumpa pun dia akan datang ke rumah. Kita tak macam orang lain. Bukan Islamik sangat pun Cuma bagi kami biarlah ini antara family dan jangan over manatahu kalau tak dapat takdelah hancur luluh hati. Diploma, sambung ijazah. Bukan aku tak jumpa orang lain, jumpa tapi bila aku tenangkan hati dan perasaan, aku berdoa segalanya, hati aku Cuma mampu kata biarlah dia.

Kami merancang, habis sahaja degree kami nak berkahwin. Kita merancang, Allah merancang tetapi perancangan Allah itu yang terbaik. Usai degree, aku membawa diri ke KL. Mencari pengalaman kerja disana. Adam masih dalam pengajian berbaki satu semester lagi. Pada ketika itu, bulan Ramadhan jadi aku ingin bercuti raya. Sekali jalan, Adam suruh aku naik dengan sepupunya, perempuan. Aku turutkan sahaja. Pergi ke rumah sepupunya dan tidur semalaman. Dipendekkan cerita, nak bertolak malam esok tu, aku naik kereta. Sepupu dia cakap, eh kenape duduk belakang, duduk depan lah. Lepas tu, aku tengok depan, terkejut aku, Adam yang memandu. Aku sangat nak marah sebab merancang macam ni dengan keadaan aku yang tak pernah pun duduk dengan dia dalam masa yang lama.

Aku pendekkan cerita. Raya ketiga 2015, Adam sent Whatsapp pada aku, yang jangan contact sebulan dua tiga empat bulan dengan dia. Mamanya tak suka dan secara tiba-tiba dan sangat drastic menyuruh pilih orang lain. Aku masa tu dah separuh tak betul dengar permintaan dia. Aku tak menghadap mama abah dia dan tiba-tiba benda ni berlaku walhal baru sahaja mamanya hadiahkan aku sepasang baju.

Aku buntu. Aku minta pada Allah tunjukkan satu persatu pada aku. Sungguh masa tu memang aku seorang tanpa pengetahuan keluarga aku langsung, hati aku kuat berkata, ini semua sementara. Ajaibnya, Allah memang susun cantik2, mak abah tak pernah tanya keadaan kami. Masa raya tahun depan tu pun adam diizinkan lagi datang ke rumah.

Pada masa yang sama, dia memang mencari peganti aku. Jauh lah juga pegantinya dan aku namakan dia sebagai maria. Maria orang utara. Walaupun pada masa tu, Adam tak cerita pada aku tetapi aku dah agak memang dia mula berkenalan dengan Maria dan Maria memang tahu kewujudan aku dan dia sememangnya tahu masalah yang terjadi sampai Adam kenal dengan Maria.

Sememangnya hari-hari aku memang sedih, berendam air mata. Aku memang tak putus minta pada Allah, sampaikan satu malam, Adam whatsapp aku, tolong doakan untuk semua yang terjadi ini. Seramai mana pun dia berkawan, dia hanya percaya pada AKU.

Dan untuk akhir ini. Tahun 20017 ni, aku dengan Adam akan melangsungkan perkahwinan kami pada tahun depan insyaAllah. Mak aku, ayah, adk-adik tak pernah tahu masalah ini. Dan aku graduate dengan 1st class UiTM. Dua tahun keperitan ini, aku berharap dia berakhir dengan baik. Maria memang dah tahu Adam memilih aku, tapi dia masih berharap ada peluang untuk dia. Walaupun banyak kali Adam nak bercakap tentang perkenalan mereka, tetapi Maria seakan akan tak nak dengar. Tapi aku harap tahun ini akan berakhir dengan baik.

Mungkin pembaca akan bertanya kenapa Adam macam tu, biasalah. Kita kalau kena marah dan paksa dengan orang tua, kita akan terus bertindak melulu. Cuma tulah, aku yang nak sangat anak emak. Haila~

Hikmah nya sangat banyak. Sangat banyak. Kesabaran, kematangan dan lagi-lagi Allah tahu memang kami tak mampu pun kalau nak nikah lepas degree.
Cuma hidup ni, akan ada pelbagai dugaan dan cabaran sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar pekara, kalau kita rasa kita tiada siapa-siapa janganlah kita lupa, Allah tu dekat dan maha mendengar. Dia memahami hamba-HambaNya. Tak pernah sekali masalah-masalah kita, kita punya masa terhenti. Kan?

Semoga dimudahkan urusan kalian.
Terima kasih – Atikah.

– Atikah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit