Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Aku Nor,umur 20-an dan seorang perantau dinegeri orang.Apa yang aku nak bagitahu ni sekadar perkongsian dari pengalaman aku.
Sebenarnya aku baru je lepas baca news yang pasal ada kena raba kat dalam bas tu semasa nak balik kampung.Lagipun hari tu ada confession pasal kena tinggal dengan bas ekspress semasa berhenti di R&R.Disebabkan aku pengguna tegar bas ekspress untuk ulang alik dari tempat pengajian ke kampung halaman, dari negeri aku kerja sekarang ke kampung atau tempat interview lain negeri,itu pasal aku nak kongsi sikit la. Ini yang biasa aku buat.
1)Kenali bas dan nombor plat
Yang ni sangat la penting sebab banyak dah kes yang jadi tertukar naik bas semasa bas berhenti rehat untuk solat dan makan.Kalau boleh catat nombor bas dan plat pendaftaran dia.Yang tu baru kes tertinggal bas,belum lagi kes beg hilang ke tertinggal ke ape.Ape-ape kes senang untuk buat aduan nanti.Kalau ambik nombor telefon si pemandu tu pun boleh.Tapi jangan pulak gi ngorat abang bas tu.Nombor tu simpan dan bagi kat abah/abang/adik/tunang ke sesape la yang terdekat.Macam aku cakap tadi,in case ape-ape jadi senang sikit. Even masa beli tiket bas pun ada sesetengah syarikat bas yang ambik nombor telefon penumpang untuk rujukan,so,tak salah rasanya kita pun buat macam tu.
2)Maklumkan orang terdekat
Nombor plat dan nombor telefon pak cik bas dah catat,kan?!Bagus!!Maklumkan orang terdekat(contohnya abang/ayah/mak/nenek) nombor plat, masa perjalanan,anggaran sampai,kejadian bas pancit ke ape ke senang.Takde la dia orang risau lebih lagi kalau yang perempuan travel solo.
3)Tempat duduk
Yang ni especially perempuan dan suka travel dengan bas ekspress sorang-sorang please be aware siapa jiran sebelah seat korang.Kalau tak nak ambik risiko baik beli seat single.Yang ini aku selalu buat.Best kalau ambik seat single sebab luas,nak tidur macam mana pun takde yang kisah kepala kau terlentok kat bahu dia(tak perlu nak acah-acah drama la sangat).
Kalau dah last choice dapat jugak seat double kau bagitahu abang bas masa mula-mula naik tu nak tukar seat sebelah perempuan.Aku pernah beli seat double dari kampung ke selatan tapi seat tu terpisah.Maksudnya seat anak buah aku(lelaki) dapat seat sebelah dia perempuan, sebelah aku pula lelaki.Tapi abang bas tu baik sangat sebab dia faham perjalanan malam dan tak nak benda macam raba ke ape terjadi,dia tukarkan seat aku dengan anak buah.Fuhh,lega!Lagi baik sebenarnya kalau masa beli tiket kita boleh tengok seat kita sebelah tu lelaki ke perempuan.Yang ni bagus kalau sistem tiket syarikat bas lain macam bas Mut**** sebab masa aku study dulu,seat yang orang lain dah tempah/ambik kita boleh nampak jantina jiran kita.Sistem dia kelaskan kalau kotak seat merah tu perempuan,biru tu untuk lelaki.
4)Semasa perjalanan
Sekali lagi be aware dengan barang korang.Sentiasa ingat berapa biji beg yang dibawa dan beg mana yang diletak dalam ‘perut’ bas,beg mana pulak yang dibawa naik dekat seat. Waspada barang berharga seperti beg duit/beg tangan,telefon dan sebagainya.Pastikan semua mencukupi saat kau naik bas,semasa bas berhenti dan selepas berhenti solat/makan/ke tandas serta semasa kau sampai ke destinasi.
5)Semasa di hentian
Yang ni penting kalau korang jenis selalu turun untuk makan atau solat,sila pergi berdua sekurang-kurangnya.Lagi bagus kalau dah sedia beli makanan siap-siap macam roti ke ape ke sebab tak perlu turun dah untuk makan.Tak ambik masa sangat untuk solat ke nak ke toilet ke makan dan takde la terjadi kes korang kena tinggal dengan pak cik bas.Jenis yang travel sorang-sorang, usha-usha sikit mak cik ke akak sebelah/depan/belakang/tepi korang.Pergi solat ke tandas ke senang bila berdua.Dapat elak kes kena cabul dalam tandas dan sebagainya la.
6)Tawakkal dan doa
Last sekali doa la semoga perjalanan semua selamat.Boleh amalkan Al Fatihah,ayat Qursi,3 Qul semasa nak keluar rumah dan baca doa naik kenderaan. Yakin Allah akan jaga kita dan serah semua pada Allah sebab Dia sahaja tempat kita mohon pertolongan dan berserah diri(macam dalam surah al Fatihah).Insya’Allah semua selamat.
Itu je yang selalu aku buat kalau travel dengan bas.Alhamdulillah setakat ni(dah banyak kali naik bas) okay je.Selamat barang dan tuan sampai ke destinasi.Maaf kalau panjang dan bahasa rojak sebab aku rasa tak santai pulak tulis fully BM(tapi aku sayang BM).Jangan marah naa!
– Nor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit