Perjalanan Aku Berhijrah Ke Agama Benar

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Saya seorang muallaf. Serba serbi nak cerita pengalaman/ perjalanan saya dari agama asal christian sampai la dah convert Islam.

Alkisahnya aku ni 7 tahun mencari kebenaran sebelum betul2 sure untuk convert. Dulu aku benci Islam. Mungkin sebab apa yang ditunjuk di social media etc.

Masa sekolah dulu memang takde kawan melayu, semua cina. Tapi sejak aku masuk university baru la aku start bergaul dengan melayu sebab serumah dengan diorang.

Aku ni dalam kategori exposure juga la. Aku suka expose benda2 baru. Masjid, tokong, church catholic, sib, protestant etc smua aku dah masuk dulu.

Berbezaan setiap semua tu pun aku dah boleh bezakan. Tapi sejak masuk university, serumah dengan kawan2 melayu, baru aku nampak diaorang solat, puasa etc.

Terdetik dalam hati ape itu islam? So aku start buat research, google, tengo youtube, bertanya ustaz/ priest.

Fav youtube aku tengo ialah video2 Dr Zakir Naik (aku terpegun cara dia menjawab setiap pertanyaan orang, dengan surah2 or verse semua dia hafal, MasyaAllah).

Aku sebagai christian waktu tu pun tak hafal bible aku (terasa malu sangat2).

Pada tahun 2013, start dapat mimpi2 pelik. Orang kata tu hidayah.

1. Mimpi ade seseorang datang dengan berjubah putih, hulurkan Al-Quran dan suruh aku baca.

2. Mimpi ade sorang wanita ajak aku masuk masjid solat.

Allahu Akbar, terus aku start download Al-Quran dalam phone masa tu. Ade masa baca2.

Dulu setiap kali tido selalu akan kena tindih, aku start buka alunan Al-Quran & surah2 yasin masa tido setiap malam Alhamdullilah dah takde gangguan tu.

Hasil aku membaca dan cari ilmu tu baru aku tau siapa nabi isa, siapa nabi2 sebelum isa dan selepas isa. Baru aku tau Isa tu nabi utusan Allah.

So aku start ikut kawan2 lain berpuasa. Start dari puasa tak penuh sampailah aku dapat puasa penuh pada tahun 2018. Masa tu aku belum convert lagi :)

I start pakai tudung suka2 dari dulu. Beli scaft, tudung sebab nak pakai suka2, hehe.

Since aku dekat dengan Islam, basically aku dapat jawapan kepada most of my question dalam kepala. Before convert, aku dah boleh hafal Al-Fatihah, An-Nas etc dan boleh baca doa makan juga.

Nak peluk Islam dah lama tapi selepas 7 tahun berusaha mendekati agama ni baru la ready nak take a step forward.

Aku luahan isi hati aku dekat parents. Alhamdullilah diaorang terima dengan hati yang terbuka tanpa sebarang bantahan. Awal tahun 2020 ni jadi hari keramat aku mengucap 2 kalimah syahadat.

Hidayah tu datang tanpa disedari…

Aku pernah benci agama yang mulia ni suatu ketika dahulu, tapi disebabkan keinginan aku untuk mendalami dan memahami agama ini yang membuat aku untuk terus mengikuti agama Islam ni.

InsyaAllah aku akan terus beristiqomah dan semoga rakan2 semua pun sama. Aamiinnnn!

– Proud Muallaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *