Perjalanan Berduri

Hi, assalamualaikum. Aku disini bukan untuk buat sesi luahan cuma aku nak kongsi berkaitan perjalan hidup aku yang aku rasa Allah dah susun dengan sangat cantik.

Aku seorang yang ceria, sukakan cabaran dan suka untuk travel.

Bila orang cakap Allah tak beri apa kita mahu tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Aku antara orang yang akan mengkritik. Jahat betul aku masa tu.

Aku tenggelam dalam lembah kekecewaan untuk 7 tahun dan hampir hilang pertimbangan diri.

Daripada seorang gadis yang menjaga tutur bicara, sangat menjaga ikhtilat, yang takut untuk melukai hati orang, sentiasa solat dalam keadaan yang bersedia menghadap yang Maha Esa.

Bertukar menjadi seorang yang agak liar, panas baran, ikhtilat hancur dan sering menyalahkan takdir. Aku juga kuat mencarut dan memulakan pergaduhan kalau ada benda yang menganggu hidup.

Dari kecil aku bercita menjadi seorang warga pendidik. Aku betul-betul berusaha keras dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Tak pernah sekali pun hari aku tak study

Setiap jam, minit, saat.. Aku memang dengan buku. Segala aktiviti aku join tak kira sukan atau akademik. Aku juga boleh dikatakan seorang pelajar yang cemerlang dari semua segi. Kata orang aku gifted sebab dalam kelas walaupun aku tidur je kerjanya.

Tapi aku sentiasa mendapat no 1 dalam kelas dan juga tingkatan. Tapi hakikatnya aku belajar bagai nak gila. Muntah darah, dera diri sendiri dengan cucuk paha guna garfu if result aku tak bagus. Itu semua normal bagi aku.

Aku buat macam tu disebabkan aim aku adalah untuk mencapai cita-cita sebagai seorang pendidik yang berkualiti dari semua segi. Result spm aku, memang membanggakan.

Dari sini aku mula rasa yang aku akan dapat menyambung pelajaran sebagai pendidik kerana semua syarat aku lepas. Tapi bila orang cakap bukan rezeki, seribu kali mencuba pun takkan dapat.

Ye betul. Aku tak lepas masuk maktab. Disini bermula kekecewaan aku. Aku mula menghukum diri dengan cucuk tubuh badan aku menggunakan objek tajam. Kalau dulu hanya sakit dari bekas cucuk, sekarang sehingga berdarah baru aku akan puas.

Aku memohon rayuan, tapi still. Aku gagal. Orang sekeliling mula mempersoal kenapa aku tak dapat sedangkan yang result lebih rendah pada aku dapat masuk maktab.

Aku redha dan sambung pelajaran dalam stpm. Aku tambahkan pressure pada mental dan fizikal aku. Aku kena dapatkan yang terbaik untuk masuk upsi.

Kalau dulu aku study tak berhenti, kalini aku langsung tak tidur. Sehari tidur aku hanya 15 minit. Selebihnya belajar dan aktifkan diri. Semua acara aku masuk, tak terlepas satu pun.

Sem 1, result aku tak memberangsangkan. Aku dah menghukum diri dengan kata-kata kesat pada diri sendiri. “Kau bodoh, muka dah la macam b*bi, tak pandai dan lain-lain”. Tiap pagi adalah untuk mengutuk diri sendiri. Salah jawab exam, aku hentak kepala.

Dalam kelas memang aku tidur, aku culas kelas pagi. Pernah kena panggil dengan pengetua disebabkan kehadiran kelas pagi yang corot. Tapi dalam pada semua tu, result aku makin bertambah baik.

Aku dekan pada setiap semester seterusnya. Aku mula slow down dalam sakitkan diri. Dan keseluruhan stpm, aku jadi antara pelajar terbaik di negeri aku.

Aku puas. Kalini mesti aku dapat masuk upsi dan menjadi guru.

Aku pohon upsi dan aku perlu menjawab soalan medsi. Disini semuanya hancur. Aku rasakan dunia aku dah gelap.

Cita-cita aku musnah dan aku hilang semangat yang membara selama ini menghuni badan aku. Aku gagal dalam ujian medsi dan tiada lagi harapan aku untuk menjadi guru.

Kekecewaan aku mencapai tahap maksima. Aku rasa ini adalah fasa paling teruk dalam hidup aku. Aku gagal walaupun aku berusaha macam nak rak.

Aku mula persoal kan kepada Allah. “Kenapa kau tak biarkan aku lulus? Apa lagi yang tak cukup?!” aku dah mula jadi seorang yang baran.

Bukan saja kawan-kawan aku bergaduh, dengan keluarga pun aku bergaduh. Pantang salah, mesti jadi mangsa carutan aku.

Mak, ayah, dan adik-beradik yang lain sampai tak percaya akan perubahan mendadak aku. Abang kedua aku sampai pernah menampar muka aku disebabkan aku jerkah mak aku.

Hanya disebabkan mak aku sering ulangi kata-kata kekesalan dia yang aku tak akan menjadi seorang guru sebagai mana yang dia harapkan.

Aku hilang pertimbangan bila orang mengungkit kekecewaan aku. Kalau orang lain kecewa, aku apatah lagi.

Dipendekkan cerita, aku dapat tawaran sambung belajar di sebuah ipt yang memang jauh dari rumah dan kos yang aku langsung tak minat. Aku teruskan sebab hati aku dah mati dan aku pun tiada impian sebab dah hancur

Disini aku memang tiada langsung semangat nak belajar. Asal lulus sudah. Prinsip yang mana aku cukup benci suatu ketika dahulu.

Aku makin liar, ikhtilat dengan lelaki aku campak jauh. Keluar berdua, bercinta. Main permainan yang bercampur jantina. Dan lain-lain.

Aku juga banyak ceburi aktiviti di uni yang mana memang ramai kenalan aku tidak kira orang bawah atau atasan. Memegang beberapa jawatan tinggi. Pernah bergaduh dengan kawan lelaki sehingga bertumbuk disebabkan lelaki ini menghina aku.

Parents pun aku jarang call sebab kalau call memang akan end up bergaduh. Setiap semester aku, aku perform. Tapi aku dah hilang arah. Hilang jati diri sebagai seorang muslimin.

Aku solat hanya untuk cukupkan syarat sebagai muslim bukan sebagai seorang muslim. Hati aku rasa kosong sangat untuk 4 tahun. Aku dapat semua benda yang aku usaha masa tu tapi aku lansung tak rasa gembira.

Tengok al-quran pun aku dah tak rasa excited macam dulu. Pakaian makin lama menyerupai lelaki cuma alhamdulillah Allah masih pegangkan hati aku untuk tak free hair. Aku selalu berfikir yang Allah dah tak sayang aku.

Tapi aku silap, dalam sebalik semua yang aku buat, Allah temukan aku dengan kawan-kawan yang selalu ingatkan aku tentang solat, pakaian dan lain-lain. Cuma aku tak sedar.

Tiap kali aku berniat untuk mengakhiri hidup, pasti akan ada orang-orang yang datang kepada aku. Itu pun masih aku tak sedar betapa Allah sayangkan aku, hambanya yang hina ni.

Aku dapat tawaran menjadi student exchange ke luar negara bagi program aku. Selama 5 bulan di negara orang. Disini aku belajar banyak perkara dan hati aku mula tercuit untuk mencari Allah kembali setelah sekian lama tersasar.

Tapi dalam pada aku berusaha menggapai jalan tersebut, sekali lagi aku ditimpa kekecewaan dan kesakitan yang teramat dimana aku dikhabarkan dengan pemergian insan yang paling aku sayang iaitu sahabat baik aku dan aku tak boleh balik disebabkan oleh aku berada di negara orang.

Aku kembali jauh. Kembali salahkan tuhan dan sering kata Allah tak sayang aku disebabkan dia ambil orang yang paling aku sayang dalam masa aku mencari jalan bertaubat.

Aku makin tersasar di negara orang. Aku mula teringin untuk mencuba benda baru. Dalam saat aku nak buat benda baru (tak elok), Allah hadirkan seorang lelaki yang mana lelaki ini aku gelarkan (T) juga merupakan student exchange dari malaysia.

Dia lah yang banyak menasihati aku walaupun pada awalnya dia antara mangsa semburan baran aku. Dia seorang lelaki yang sangat baik, soft spoken dan tak pernah bersentuhan dengan aku macam yang kawan-kawan aku lain.

Tiap kali aku baran, dialah air yang meredakan kemarahan aku. Pakaian aku juga akan ditegur oleh dia. Selama 5 bulan perkenalan, aku mula menerima kehadiran T sebagai kawan.

Sehinggalah saat kami terpisah disebabkan tempoh pengajian di negara orang dah tamat dan kami pulang ke uni masing-masing.

Tamat pengajian aku, aku dapat tawaran di sebuah syarikat media yang mana tawaran tersebut memang kena dengan apa yang aku belajar.

3 tahun di sini aku baru nampak hikmah atas setiap yang terjadi. Hikmah kenapa Allah tak jadikan aku pendidik kerana Allah mahu aku jadi lebih baik dari apa yang aku impikan.

Aku sekarang merupakan seorang trainer bagi student ipta & ipts dan aku banyak melancong ke merata tempat disebabkan kerja aku. 2 benda yang Allah bagi dalam 1 pekerjaan.

Aku kini lebih tenang dan makin kurang baran disebabkan aku banyak berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Kesabaran yang dipupuk semula menjadikan aku seorang yang penyabar dan mampu membuat keputusan tanpa menggunakan sebarang emosi.

Aku juga mampu untuk menerima sebarang kekecewaan yang terjadi dan cuba memandang kekecewaan itu sebagai asbab untuk Allah hadiahkan aku sesuatu yang lebih baik.

Dalam pada aku memperbaiki diri, aku berjumpa semula dengan T dimana T merupakan client aku untuk satu projek. T masih sama macam dulu, tetap dengan perangai dia yang baik.

Kami mula berkawan semula dalam versi dewasa kerana masing-masing dah di penghujung 20an. T juga menampakkan diri dia seorang yang makin matang.

Awalnya dia agak terkejut dengan perubahan aku tapi lama-lama kami makin selesa. Kami berkawan untuk 3 tahun dan T decide untuk bawa aku berjumpa dengan ibunya. Tapi jodoh kami tak panjang bila ibu T tak merestui kami.

Ibu T maklumkan pada aku yang dia mahukan menantu yang menutup aurat dengan sempurna. Bohonglah kalau cakap aku tak terkesan dengan kata-kata ibu T, aku hanya seorang wanita yang berpakaian biasa-biasa. Tidak labuh dan tidak singkat.

Jadinya, aku memutuskan untuk tidak meneruskan sebarang hubungan dengan lebih jauh kerana aku tak mahu hubungan tanpa restu.

Awalnya T memang membangkang kerana dia dah sediakan segalanya untuk masuk meminang aku. Agak sakit sebab aku memang akan berjumpa dengan T disebabkan projek yang kami tengah bekerjasama sekarang.

Waktu kerja memang aku dan T sangat professional. Tiada isu peribadi. Masing-masing cuba membawa haluan masing – masing.

Banyak kali aku ingatkan T yang mungkin kami memang ditakdirkan untuk menjadi kawan sahaja. T pula, cuba untuk adapt dengan perkara tersebut walaupun banyak kali dia cuba untuk yakinkan ibunya berkenaan aku.

Aku pun sekarang tengah cuba untuk baiki diri menjadi lebih baik. Hubungan dengan keluarga aku pun dah makin baik lepas saja aku pulang ke malaysia.

Aku bersungguh memohon ampun dan mengatakan bahawa aku sangat-sangat kecewa pada waktu tersebut. Aku juga memohon maaf kepada arwah kerana tak sempat untuk aku cium buat kali terakhir. Hanya pusara arwah saja yang mampu aku luahkan segala kerinduan.

Tak lepas aku melawat pusara arwah. Masih terbayang semua planning kami berdua seusai aku pulang ke malaysia. Semua benda dah ditempah tapi akhirnya aku berikan kepada orang lain. Terlalu cepat arwah tinggalkan aku dalam masa kami berdua tengah berusaha menjadi best version of us.

Produk telekung yang aku dan arwah design pun, aku kuburkan dulu. Aku hanya pakai telekung tersebut bila aku rindukan arwah. Lansung aku tak berniat untuk pasarkan sebab itu adalah hasil kerja aku dah arwah.

Satu persatu hikmah Allah datang kepada aku dalam semua perkara. Kadang-kadang aku sampai rasa sedih bila kenangkan betapa teruknya aku dulu yang selalu menyalahkan Allah atas semua perkara padahal Allah ada je dengan aku tiap kali aku kecewa.

Cuma waktu tersebut Allah mengajar aku untuk menjadi lebih kuat. Tiada perjuangan yang tidak menggunakan air mata.

Itu saja dari aku. Sekadar perkongsian kepada mereka yang rasa Allah tidak ada dengan mareka walhal Allah itu sentiasa ada di setiap keadaan kita <3

Doakan aku untuk terus istiqomah dalam mencari jalanNYA <3. Bye!

– Melisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *