Assalammualaikum & Hai, di hari yang bosan ni aku nak berkongsi perjalanan penuh berliku yang aku lalui bersama Jer (Nama penuh Jerawat binti Jeragat).
Sekolah rendah; Aku start ade jerawat sejak darjah 6. Masa tu aku aktif bola jaring. Berpeluh peluh tapi takut nak basuh muka sebab orang kata nanti kene panau. Aku end up biarkan peluh tersebut kering sendiri.
Seterusnya dulu masa sekolah rendah, after waktu rehat aku suka biarkan minyak makanan contohnya mee goreng, minyak tu aku suka biarkan dekat bibir aku melekat tanpa dibasuh. Sebab apa? Sebab nampak berkilat shiny shiny dan cantik.
End up hujung darjah 6, kulit muka aku start ada jerawat kecil kecil sana sini. Masa tu, aku expect mungkin sebab aku start period maybe. And the thing yang aku terlalu regret sampai sekarang ialah; Aku goreng telur, biarkan sejuk dan letak atas muka.
Nak tahu sebab apa? Sebab masa waktu rehat kawan kawan aku sembang if nak bagi kulit muka cantik kene letak telur atas muka seminggu sekali. Bingainya aku waktu tu walaupun dalam kelas dapat no 3, tapi aku pergi jugak goreng telur, letak atas muka.
Regret tu muncul masa form 1 sebab masa tu aku baru tahu yg tips aku buat tu salah. Sedih kan? Nak salahkan orang lain pun tak mampu sebab salah sendiri. Dengar separuh je lepas tu terus buat ikut suka hati. Haha. Tak tau nak cakap apa sebab masa buat tu pun takde sape kat rumah.
After buat tu rasa happy la jugak sebab shiny shiny kan kulit. And dulu masa darjah 6 memang takda lagi pencuci muka sebab budak lagi kan.
So, lepas aku buat tips tu, aku sekadar basuh dengan air biasa je. Sebab aku ni memang jenis suka shiny shiny. huhu. Kalau tengok bekas pensil ke cover phone aku ke, memang jenis ade glimps & glitter. Haha.
Form 1 – 3; Then , masa form 1 jerawat aku totally teruk sangat. Bernanah nanah sampai la form 3. Aku ni jenis dari family yang susah. Dekat rumah tu ada sabun sebuku je untuk mandi. Shampoo pun kadang kadang sampai 2 3 bulan takda.
Disebabkan aku ada ayah yang biawak hidup, jadinya banyak barang keperluan yang tak ada. Makan pun tak cukup nutrient masa tu. Even aku duduk asrama, barang mandian aku cuma ada sabun frutties sebuku. Untuk tahan lebih kurang sebulan jugak la.
Masa tu, memang takda duit nak try produk lain. Aku memang totally low confidence. Nak cakap dengan orang pun gagap. Dah la aku memang asalnya pendiam. Huhu.
Form 4-5; Then, masa form 4 and 5 aku masuk boarding school. Mak cik aku take over jaga aku since sekolah tu dekat dgn rumah dia and after that parents aku pun dah cerai. Mula mula masa nak masuk boarding school tu terfikir jugak sapa nak tanggung aku kan.
Tapi disebabkan aku tertekan, sampai muka aku tu ibarat gunung berapi yang nak meletus, penuh dengan kawah jerawat, aku masuk je. Mak cik aku yang settlelan semua. Macam macam dia belikan untuk aku. The first produk yang aku guna ialah Sebamed.
Masa tu aku guna pencuci muka, ubat jerawat, dan foundation sebamed jugak. Alhamdulillah masa tu dah kurang jugak jerawat aku. Ditutupi dengan foundation. If kau sapu peluh dekat muka, tudung akan sapu jugak foundation tu wey. Tudung akan ada kotor warna coklat foundation tu. Haha.
Disebabkan masa tu jerawat aku on off lagi, aku try produk lain which was Nata***. Seriously muka aku mcm cacing kepanasan bila kene panas walaupun masa tu dah flawless. But, bila takda duit nak beli produk tu, kulit aku akan back to the normal nightmare.
Universiti; Macam macam laa aku cuba dari sekolah menengah sampai ke universiti. Macam macam produk local aku cuba.
Masa tu kesedaran tentang produk merkuri tak luas lagi. And aku pun keep pakai. Flawless nya nauzubillah. Berderet yang try. Eh. Haha. Takdelah. Takda orang try pun cuma adalah orang kata muka macam Heliza Helmi lah, Nora Danish la. Yang ni betul no joke. Haha.
But once aku dah tau produk ni penuh mercury, aku terus stop amd impaknya ya tuhan. Aku pun dengan jahilnya biarkan muka aku breakout sebab dah penat nak tukar tukar. Aku akan pakai balik produk local, bilamana tak lama lagi akan ade reunion ke, wedding ke, raya ke.
So sebulan dari tarikh even penting tu baru aku akan guna produk local ni. Memang cepat dan berkesan. Walaupun aku tahu kesannya sangat teruk lagi lagi bila aku stop guna, but aku tak ada choice lain yg much more better.
Alam Pekerjaan; Once aku dah kerja since 3 tahun yang lalu, aku hanya try and error drugstore produk mcm watson and gurdian. Nak kata flawless tu tak adalah but better la than before. Cetaphil helps a lot but with combination of others brand jugak for toner, moisturizer etc.
Aku bersyukur lah kulit aku masih dapat diselamatkan walaupun dah jadi senipis kulit bawang tapi aku redha. For those yang burn your skin after using local produk, my advise is kene tahu status kulit macam mana dulu.
After 25 years hidup, baru aku tahu kulit aku ni jenis combination. So seek advice dari pharmacist atau dermatologist. You can buy a sample packet first rather than beli packaging yang besar.
Journey try and error ni sangat lah lama, almost 3 years, sampailah aku dapat 1 set yang totally suitable dengan aku. But everything from different brands. Contohnya, cleanser aku guna bio essence. Moisturiser guna loreal. Toner guna aiken. We cant expect we should use 1 brand je tau.
And definitely rupanya mudah ja untuk kita jaga kulit muka kita, if and only if, kita dapat produk yang betul betul suitable dengan jenis kulit kita.
Other than that, consume juga vitamin C supplement sebab makanan yang kita makan hari hari tu belum tentu dapat memenuhi keperluan vitamin C yang diperlukan oleh badan kita.
But beware, jangan ambil vitamin C selain dari farmasi sebab sekarang terlalu banyak Vitamin C Snow White lah, Korea Skin lah, Glow Sana Sini lah, yang mana claim boleh putih melepak seawal 7 hari & its seriously berkesan based on true review.
But, but and but, eventhough berkesan, beware of your health. The impact of consuming these things will only come out later, 4 to 5 years later. Another important thing, air mineral yang mencukupi sekurang kurangnya 2 liter sehari. Inshaallah so simple and bagi impact yang besar pada kulit kita.
Journey jerawat aku tak terhenti di sini je, aku search jugak di Amazon tentang produk yang berkesan. Aku tertarik dengan Aztec Clay & DIY chemical peel ( TCA) from Dermalure.
Aku ambil masa nak dekat 6 bulan sebelum decide untuk beli produk ni. Every night memang aku akan tengok youtube tentang produk ni. And after guna produk ni, alhamdulillah its kind of heal and help a lots.
But, beware of chemical peel. Its seriously dangerous acidic thus better consult with dermatologist first before conducting the peel. Dekat sini bukan lah aku nak promote chemical peel atau anything, but advice aku if you all ada kesengsaraan dengan jerawat, try and error.
Ambil advice from the certified one. Dan check ingredient setiap produk yang kita beli. Review juga memainkan peranan yang penting. If ada sangsi, boleh try guna di certain area di leher dahulu, and see the results.
Lastly, all the best for all acne journey. Inshaallah ada hikmah. And bukan jugak nak ban local produk, but better get the one yang certified di farmasi.
Andai kata betul la founder tu kata produk mereka memang certified lulus kmm etc, mungkin boleh cadangkan mereka untuk letak di certified phamaceutical store. Macam simplysiti, safi, simple, warda, alaisyah & etc kan.
Rather than letak di shoppee, instagram & facebook, sukar untuk orang ramai verified original produck. Too much agent and stokis yang kita tak tahu mana yang betul mana yang tak.
Itu sahaja, thank you & stay safe semua. Semoga kita akan lebih cantik after habis PKP ni. Aamiin.
– Anti “Jer” (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit