Untuk part I, (https://iiumc.com/perjalanan-bertemu-jodoh/).
Terima kasih admin kalau siarkan kisahku ini dan yang sebelum-sebelum ini pun. Dalam kisah pertama yang aku kongsikan tu (Perjalanan Bertemu Jodoh) sebenarnya banyak lagi aku belum ceritakan.
Aku cerita kisah kehidupanku, sahabatku Nina dengan kerja part time mencari income di ibukota di samping pencarian jodohku. Sekarang ni aku nak cerita pula tentang kisah kaum keluargaku di kampung dalam perjalanan aku sebelum bertemu jodoh dan pertemuan dengan jodohku.
Arwah mak meninggal semasa aku di universiti lagi akibat kanser. Ayahku tak kahwin lain pun. Mak sedare-mak sedare dan pak-pak sdare memang duduk berdekatan je rumah di kampung jadi mak sedare yang selalu masakkan untuk ayah.
Ayah aku hulur duet kat mak-mak sedare ataupun bagi lauk mentah camtula selalunya. Aku dan adik beradik memang jarang di kampung sebab lepas habes sekolah, sambung belajar ke sana sini. Abang aku pun dah kahwin tinggal jauh juga.
Mak sedare dah umpama macam mak sendiri. Walaupun mulut laser macam mane sekalipun, terpaksa kutahan. Aku just fikir, dah tak ade mak, jadi sekurang-kurang ade juga mak-mak sedare.
Pernah Mak Ngah nak calonkan anak kawannya, Zul jadi suamiku. Sudah kukenal dan berkawan dengan Zul setelah bertemu buat pertama kali di rumah Mak Ngah bersama nenek dan ayahku. Zul pun kerja di area Selangor, tapi agak jauh dari tempatku.
Namun aku yang memutuskan hubungan dengan Zul tak berapa lama selepas itu. Zul ni ok, baik je orangnya. Masalahnya dia kuat sangat merajuk
. Kalau dia call aku, mase tu aku ade hal, jadi tak angkatlah call dia. Lepas tu dia mulalah fikir bukan-bukan. Aku dengan dia kerja tempat jauh-jauh, jadi susah nak jumpa.
Lagipun masa kenal-kenal dengan dia ni, aku tengah sibuk mase tu sebab di ofis aku ada banyak projek masuk, aku kena focus dengan kerja aku. Bukannya aku tak suka dia call aku, aku pun rindu juga, tapi kalau boleh sekali sehari call cukuplah.
Lepas tu dia nak merajuk, langsung tak nak balas wassup ku dah. Penat sungguh aku nak pujuk dia. Aku pulak maybe tak faham yang dia betul-betul serius dengan aku.
Aku pun kate jangan contact aku lagi, sebab dia tak faham aku.
Lepas aku reject dia, Zul mengadu pada mak ngah, marah gilerla mak ngah aku padaku. Nenek aku pun marah. Memang diaorang nak sangat aku cepat kahwin.
Diaorang tak nak aku hidup bersendirian ni. Lagipun sejak arwah mak meninggal, diaorang tahu yang aku pernah down sangat-sangat dan bersedih selalu.
Selepas 2 minggu, aku contact balik Zul pujuk balik dengan harapan dia nak balik kat aku. Dan-dan dia dah ade calon isteri lain. Baru 2 minggu aku reject dia, dia ade yang lain dah nak kawen dah pun. Tak apela aku redha sajala, bukan jodohku.
Padahal aku memang berniat kalau dia nak terima aku balik, akan aku setuju saja berkahwin dengan dia memandangkan umurku dah hampir ke ujung 30-an. Mak ngah memang menyalahkan aku 100% sebab dia cakap memang Zul nak sangat dekat aku, aku yang jual mahal.
Padahal aku just dalam proses nak mengenali dia dulu sketika sebelum kahwin dan cuba cari titik keserasian.
Abes la aku setiap kali balik kampung mesti diperli Mak ngah. Disebabkan rumah kami memang berdekatan. Memang makan kat rumah dia selalunya.
Pernah aku balik kampung mase tu aku tumpang kawan aku balik sebab memang last minit ubah fikiran nak balik ke kmpung, jadi aku tak beritahula ayah dan Mak ngah. Sampai di kampung lewat dalam jam 10malam macamtu.
Rumah kitaorang ni, kalau nak lalu ke rumah aku tu memang akan kena lalu dulu rumah Mak ngah & Mak su.
Rumah Mak ngah & rumah ayah aku memang pintu selalu terbuka je, sebab kawasan sekitar memang rumah kaum kerabat kami je dan lagipun ade sepupu lelaki duk menjual burger malam-malam di kawasan berhampiran.
Dan rumah Mak ngah ni selalu ade je tetamu datang sebab nenek duduk sini dan Mak ngah & Mak su serta sepupu-sepupu memang jenis suke berkawan suke jamu orang datang rumah.
Memang keturunan kami anak jati di kampung ni la. Mase tu ade tetamu aku tengok Mak ngah tengah layan, jadi aku tak salam lah dia. Aku salam spupu aku & nenek je dan terus balik tido di rumah ayah.
Esok tu aku duk tido lagi bangun lewatla kat rumah ayah aku. Tiba-tiba Mak ngah datang dan marah-marah aku sebab balik tak beritahu, tak salam dia.
Then dia cakap yang aku tak hormat dia, aku kurang ajar sebab tu aku tak ade jodoh yang nak. Zul tu pun dah kahwin dengan perempuan lain, padan muka ko, pastu dia terus bla. Astaghfirullah… berderai air mata aku bile dia cakap macam tu. Sedihnya aku mase tu, pedih sangat rasa.
Dahlah mak kandung dah lama meninggal. Tak ade tempat aku nak mengadu kesedihanku. Selalu pujuk hati sendiri sajela. Semasa selepas solat, aku menangis-nangis berdoa pada Allah sajalah. Hubungan aku dengan Mak ngah kadang-kadang baik, kadang-kadang gaduh macam tula.
Mak ngah kadang ade mengata orang lain, aku pun tegurlah dia, tak baik cakap macam tu kat orang tu, memang aku akan kena perlilah dengan dia.
Aku tegur benda yang betul, bukan saja-saja tegur nak buat sakit hati dia. Dia puji diri dia, anak-anak dia sume dah kawen bukan macam aku tak kahwin-kahwin.
Dia dengan pak cik pun dah pergi Mekah dah pun. Aku ni sape, dahlah membujang harta pun tak ade. (mase tu belum beli 2 biji rumah lagi). Salah aku sebab tak patut tegur org tua kan. Semua dia betul.
Mak Su aku pun duduk dekat juga dengan kitaorang. Selalunya akan melepak rumah Mak ngah ni sebab rumah ni sebenarnya rumah nenek. Nenek aku dah bagi pada mak ngah, nenek aku pun duduk situ juga.
Nenek aku tu jarang perli aku, tapi bila sekali dia perli, menusuk ke jantungku juga. Aku just fikir, mereka caring, nak sangat aku kahwin, bahagia ade keluarga. Tapi Mak Ngah sajala yang aku paling tak tahan. Mak Su dan Pak Su baik je denganku.
Aku dengan Mak ngah, Mak su jenis pot-pet2, aku rase seronok, rase meriah bile di kampung walaupun kadang perit kena perli dengan Mak ngah atau gaduh dengan dia.
Pernah juga gaduh dengan dia, terus aku balik KL merajuk. Lepas tu dia tepon aku balik, aku pun mintak maaf, macam tula selalunya gaduh baik gaduh baik.
Tak berapa lama aku dengar dari kawan sekampungku yang kebetulan kenal dengan Zul tu, sedara rapat dia rupanya. Zul dengan bininya asyik bergaduh saja. kawan sekampung aku tu pulak kate, Zul selalu sebut-sebut namaku. Ya Allah, Zul ni pun, rupenye dia selalu stalk fb aku tengok gambar aku.
Dengarnya diaorang nak brcerai. Tak lama lepas tu diaorang dah baik semula. Tapi kawan aku cakap memang Zul tak pernah lupekan aku, selalu cerita or tanya pasal aku. Aku memang langsung tak ingat kat dia dah pun.
Mak ngah aku masih lagi perli, cakap rugi aku tak kahwin dengan Zul tu, Zul dah kaya, naik pangkat, dah beli rumah katenye, duet banyak.
Ya Allah, kenapala duk sebut nama laki orang tu lagi. Nak perli aku lah tu sebab tak kahwin-kahwin lagi. Aku memang betul-betul tak heran sungguh dengan Zul tu walaupun dia dah jadi kaya macam sultan sekalipun, dah bukan jodohku.
Aku tak suke mengenang masa lalu yang mungkin aku silap buat keputusan sebab tak terima Zul awal-awal dulu. Bagi aku, itu semua perkara lalu. Tak perlu aku nak rasa menyesal ke apa. Yang penting mase depan ku sekarang ni yang jadi keutamaanku.
Bila balik KL, selalu sangat aku luahkan pada Nina pasal hal keluarga aku ni. Nina pun selalu gaduh dengan kakak dia, ade je tak kena. Selalulah kami ni saling nasihat-menasihati.
Setiap kali balik ke KL semangat memang berkobar-kobar nak mencari rezeki, sebab Allah dah tunjukkan padaku jalannya, cume tinggal aku kena berusaha dan berdoa.
Selepas aku terjebak dengan kerja-kerja part time tu, memang aku selalu fkir macam mane nak cari duet je. Salah satu sebabnya itula, nak rawat hati luke asyik diperli orang sebab tak kahwin-kahwin. Sejak aku ade income lebih, memang selalu juga balik kampung.
Kadang bile Mak ngah ke atau orang lain duk sakitkan hati, tangan duk pegang phone, jadi bile dia duk membebel, umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri jela, haha sebab tengah wassup dengan customer atau buat marketing dsb melalui phone.
Sampaikan Mak ngah aku tu fedup sebab dia kate aku buat-buat tak dengar ape dia tengah cakap. Padahal memang aku tengah fokus dengan kerja sambilan ku walaupun berada di kampung. Disebabkan asek kena perli tu jugalah, aku selalu cari jodoh dan selalu berdoa.
Ade satu insiden tu jadi gaduh teruk dengan Mak ngah. Aku beritahu Mak su pasal rahsia aku ade kaitan dengan Mak ngah tu. Aku ingat Mak su faham-fahamlah takkan beritahu Mak ngah.
Rupe-rupenye dia pergi beritahu pulak. Abes Mak ngah marah-marah aku, abes dia cerita kat semua orang tentang keburukan aku di kampung. Aku wat rilek wat peace je bile balik kampung. Wat macam muke tak ade perasaan hehe.
Orang nak kate ape, katela. Pampers anak cucu korang pun kadang aku yang bayarlah (riak sekejap sebab selalu je sepupu sepapat pinjam duet aku, mane ade bayarnya).
Aku pun ade juga tahap kesabaran aku. Last-last aku juga yang mintak maaf berkali-kali dengan Mak ngah. Biarlah bukan aku salah ke salah aku ke. Aku mintak maaf juga dengan dia.
Sebenarnya bile aku gaduh dengan sape-sape, aku jadi asyik terfikir-fikir je masalah tu, ia buat aku tak tenang dan tak leh fokus keje-keje aku.
Sedangkan keje-keje aku ni sume nak kena fokus betul-betul. Jadi aku amek keputusan untuk menjernihkan keadaanku dengan Mak ngah dan sedare-sedare lain.
Aku siap beli KFC lepas tu jamu ramai2 di umah nenek@mak ngah tu sebagai tanda minta maaf. (Padahal tak tahu salah sape, salah aku ke salah dia, confuse) Tak rugi pun aku buat begitu.
Lepas dah tenang-tenang sume, lupekan segala permusuhan, baru rezeki aku masyukk gitu. Biarlah aku mengalah, mengalah bukan bermakna kalah kan?
Tak berapa lama selepas tu, aku berkenalan pula dengan Shafie, best friend abangku semasa dia di universiti. Shafie bujang lagi dan sunyi katenye, nak sangat ade teman hidup.
Aku pun berkenalanlah dengan dia. Selama berkenalan dengan dia tu, berkali-kali dia kate yang dia memang tak ade perempuan lain dan dia serius dengan aku.
Selepas nak dekat setengah tahun aku kenal dia, dia bawa aku jumpe mak ayah dia di rumah dia di KL ni sebab dia orang KL.
Mak ayah dia ok je denganku nak suruh kami bertunang cepat-cepat sebab tak nak tengok anak dia membujang sebab Shafie pun dah 30-an juga. Aku baru je masuk 30-an mase tu.
Kami pun dah pergi beli cincin. Mak-mak sedara aku pun dah sedia maklum aku bakal bertunang ni dalam sebulan lagi. Sebab memang Mak su selalu yang urus kalau ade majlis-majlis macam ni.
Tup-tup 2 minggu sebelum majlis, Shafie wassup aku nak putus. Berderai juga air mata ku masa tu, perit sungguh aku rasa.
Ya Allah, dugaan apekah ini, semua sedare-mare dikampung telah diberitahu. Barang-barang hantaran pun dah ade yang aku beli. Malu giler aku mase tu. Shafie dah blok aku lepas putus tu, sebab aku minta penjelasan dia. Ya Allah, kenapala dengan Shafie ni.
Kalau nak aku cakaplah betul-betul, janganlah jap nak jap tak nak. Best friend abang aku tu kot. Abang aku pun buntu, dia pun tak faham dengan Shafie ape masalah dia. Memang aku sedih sangat-sangat putus dengan Shafie. Dalam 2 hari juga sedih.
Lepas tu aku bangkit dari kesedihan terus fokus keje-keje aku saja. Bagi aku tak guna bersedih teruk-teruk. Shafie memang terus hilang dari hidupku selepas itu. Ingatan aku pada dia pun lepas dalam seminggu tu terus luput. No phone, wassup dia pun aku dah delete terus dan unfriend fb dia.
Beberapa bulan selepas tu, Zul pula tiba-tiba wassup aku. Dia cakap bini dia dah keluar rumah tinggal dia. Gaduh la tu dengan bini dia. Dia juga tahu yang aku tak jadi bertunang dengan Shafie. Dia pun dah nak bercerai dengan bini dia.
Entah syaitan mane merasuk aku ketika itu, aku berharap biarlah dia betul-betul nak bercerai supaya aku dapat kahwin dengannya. Dalam dua tiga hari tu duk contact Zul, aku rasa macam tak sedap hati.
Tak lama lepas tu tiba-tiba bini dia pulak yang call aku, soal siasat siapa aku ni sume, kenapa kacau rumahtangga dia. Ya Rabbi, terkejut aku dapat panggilan dari isteri dia. Rupanya Zul tipu aku, padahal bini ade je kat rumah. Stress juga aku dituduh mengacau rumahtangga orang lain pulak hai.
Salah aku juga percaya dia bulat-bulat. Zul wassup aku beritahu yang dia betul-betul nak bercerai sebab nak kahwin dengan aku. Aku perempuan, jadi aku faham perasaan isteri dia.
Nina pun nasihat aku juga time tu jangan dah contact Zul. Tak baik meruntuhkan rumahtangga orang lain. Apa aku nak jawab dengan Allah di akhirat kelak.
Aku pun beritahu Zul, janganlah bercerai dan lupakanlah aku. Kalau dia ingin bercerai juga, aku kata aku takkan sesekali kahwin dengan dia. Terus aku blok dia lepas tu.
Ya Allah selepas tu aku rase berdosa sangat-sangat sebab hampir-hampir nak meruntuhkan rumahtangga orang lain. Sebab tulah aku rasa macam tak sedap hati je. Solat taubat aku lepas tu memohon ampun dari yang Maha Kuasa.
Lepas beberapa bulan macam tu, aku tak ade berkenalan dengan sesape dah, just fokus keje, cari duit, beli rumah. Kemudian aku cuba-cubalah cari jodoh di laman web cari jodoh selepas kawan aku yang cadangkan. Sebelum ni aku takut-takut nak cuba cari melalui laman web ni.
Tapi memandangkan yang orang recommend pun tak leh harap why not aku cuba juga cari di laman web ni kan. Duit memang tak ade masalah bagiku untuk bayar itu ini.
Adelah kenal-kenal dengan laki tertentu, tapi tak serasi dan macam-macam peel diaorang ni. Dalam duk mencari-cari jodoh tu juga aku dapat khabar tentang Shafie pula dari abangku. Rupa-rupanya Shafie sebenarnya terpalit dengan hutang yang sangat banyak, dan dia juga telah dibuang kerja.
Sebab tu dia putus dengan aku. Patutlah selama berkenalan dengan dia tu, berkali-kali dia kate yang dia memang tak ade perempuan lain dan dia serius dengan aku.
Kenapa dia asyik duk ulang-ulang ayat tu rupanya sebenarnya dia tak ready untuk ada komitmen disebabkan hutang dan kerja bermasalah.
Shafie ade juga contact aku balik cakap rindu kat aku. Dulu memang aku sayang sangat pada Shafie. Tapi selepas dia tinggalkan aku terkontang-kanting, perasaan aku terhadap dia dah lama pudar.
Aku memang langsung dah tak ade perasaan pada dia dah. Sebab aku rasa sangat-sangat pedih semasa dia tinggalkan aku dulu.
Kenapa dia tak berterus terang padaku yang dia ade masalah kewangan. Tambah-tambah dengan kesibukanku mencari income lebih membuatkan dah tak ingat kat dia langsung.
Selepas itu aku berkenalan dengan Amran melalui laman cari jodoh pula. Tapi itulah, akhirnya, jadi exboyfriend juga.. Dalam beberapa minggu kami belum face to face pun, sekadar berwassup dan call, saling bertukar gambar..
Dari segi wassup dia tu memang dia seorang yang serius nak cari teman hidup. Aku cakap aku ok je cuma aku nak jumpe dulu face to face barulah pergi ke next step.
Memang selalulah dia call atau aku yang call. Berborak dengan dia rase macam kawan-kawan gitu. Dia pun memang dah cakap jatuh hati dengan aku, nak kahwin dengan aku..
Tapi aku yang macam tarik tali pula sebab experience sebelum ni dengan laki-laki lain selalunya tak kekal mana pun hubungan..
Kami pun set lah time & tempat nak dating tu. Aku tengah ngadap laptop mase tu buat keje siket, sambil-sambil jeling-jeling kat handphone tak ade notification pun.
Dengan harapan kalau dia dah gerak dia wassuplah.. Lama gak aku tunggu tak ade call ke ni? Wassup pun tak ade, rupenye masetu ade problem siket line internet dekat kawasan rumah aku ni.. Setelah setengah jam berlalu, baru segala wassup bertalu-talu masuk..
Dapatla wassup dia yang dia dah dekat sejam tunggu aku dia call tak dapat, dia cakap selamat tinggal lah pada aku sebab permainkan dia. Dia ingat aku tipu dia. Sedih giler aku. Aku drive cepat-cepat pergi kat tempat tu.. aku wassuplah dia yang aku dah sampai aku pakai kereta sekian-sekian.
Dia cakap dia dah balik dah.. Aku nak call dia pun tak dapat dah. Sedih sangat aku mase tu rase menyesal sebab tak pergi awal. Sebab sebelum-sebelum ni semua exboyfriend aku kalau berjanji, janji melayu, yang dia ni janji jepun pulak dah, memang aku tak sangka.. Dia memang punctual..
Aku menangis jugalah dalam kerete dekat setengah jam jugala aku duk merintih.. Sebab selama beberapa minggu duk contact dia memang aku suke kat dia dah, cume belum confess je sebab aku nak jumpe dulu tengok keserasian macam mane, takut dia tipu aku ke..
Aku pun husnuzon sajalah, mungkin bukan jodoh.. Allah dah selamatkan aku.. Setelah aku dah redha, aku pun nak balik cepat-cepat tak ade mood pulak.
Kebetulan pulak ternampak kedai jual baju dekat-dekat situ. Jadi baik aku turun shopping dululah.. Aku pun shopping la just sekadar hilangkan duka lara, tiba-tiba hujan pulak, payung ku tak bawa.. Baru aku nak melangkah keluar dari kedai, hajatnye nak lari ke kereta, tiba-tiba ade someone payungkan aku..
Rupa-rupanya Amran.. Dia tipu aku kate dah balik. Padahal dia belum balik lagipun. Dan-dan juga mase tu radio dekat kedai baju tu putar pulak lagu Pasha dan Adel..
(Berakhir sudaaah, pencarian cintaaku… Jiwa ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri….) Rase sweet lah juga momen tu, first time kami bertemu, dah terdetik yang dialah jodohku..
Itulah, akhirnya jadi exboyfriend sebab dah jadi suamiku lepas tu, haha. Memang aura dia lain sangat bile dengan Amran ni.. Tak pernah rase mcm ni bile first time jumpe Zul ke Shafie ke.. Bila first time jumpe Amran tu, terus jatuh hati kat dia.
Kami kenal tak lama pun terus kahwin.. Alhamdulillah Amran suami yang rajin dan hormat orang tua.
Banyak aku belajar dengan dia. Kalau ada apa yang aku tak puas hati, aku tegur elok-elok pada dia. Dia pun macam tu juga.
Sebab kami tak nak pendam segala masalah atau ape tak puas hati antara kami. Yang tak boleh blanya, Mak ngah aku suke betul suami aku ni. Sebab menantu-menantu lelaki dia agak pemalas siket. Hahaha.
Lepas kahwin ni hubungan aku dengan mak ngah lebih baik, dah tak gaduh-gaduh sangat dah macam dulu.
Dulu aku penah saja down, fikir kenapa Allah bagi banyak dugaan padaku. Mase arwah mak meninggal semasa aku di universiti tu aku down teruk sangat-sangat.
Result aku pun jatuh teruk, hampir-hampir nak kena buang universiti. Tapi aku gagahkan jua diriku, dan graduate selepas tu walaupun dalam susah-payah.
Down juga kadang bila orang lain duk hina-hina, perli aku itu semua. Pernah dengar kan kata-kata yang Allah takkan timpakan ujian pada hambanya yang hambanya tak mampu laluinya. Dulu aku selalu fikirkan kata-kata tu, tapi aku tak pernah faham. Bagiku dugaanku sangat berat.
Setelah segalanya berlalu, aku faham yang aku sebenarnya kuat untuk hadapi semua itu. Alhamdulillah, semoga aku terus kuat untuk lalui segala-galanya sehingga aku menutup mata.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah ujian buat hamba-hambaNya. Sekian kisahku yang tak seberapa ini. Yang buruk datang dariku. Yang baik hanya dari Allah.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit