Assalamualaikum. Pertama sekali ini semua pandangan aku dari pengalaman aku. Ini bukan pukul rata dekat apa segala jenis dakwah. Sebenarnya aku tulis confession ini di sebabkan kawan aku.
Nama dia Jane, memang dah berkawan lama dari sekolah rendah lagi. Jane ni dia dari sekolah dia punya cita-cita nak jadi sisters / nun. Dia pernah cerita dekat aku kriteria nak jadi nun banyak juga sebenarnya dan aku rasa agak susah.
Tapi aku tak pernah tanya dia kenapa nak jadi nun. Sebab aku rasa soalan tu agak sensitif. Dari dia sekolah, dia prepare diri dia. Belajar dan kaji banyak benda. Bila aku membesar dengan dia, dan tengok journey dia nak jadi sisters. Aku rasa macam kagum sangat.
Aku tak banyak kawan yang non-muslim. Setakat dua tiga orang dengan jane ni aku paling rapat sebab satu kelas je sentiasa. Sebelum dia nak join buat training dan lain-lain. Dia kena tulis surat, dia kena share journey dan pasal hidup dia. Dia ada kasi aku baca surat dia. Dalam surat dia majority dia mention pasal komuniti islam dekat sekeliling dia. Sekolah,jiran,surau,masjid,
Aku baca surat tu rasa macam tersentuh, dia siap highlight kan yang komuniti islam sekeliling dia bantu dia dan tolong dia sepanjang perjalanan untuk capai cita-cita dia. Siap mention ayat AlQuran. Kawasan aku dengan jane ni memang rata-rata islam. 2-3 keluarga je bukan. Jane ni popular dekat kawasan kami sebab dia ni rajin tunjuk “muka”. Maknanya, banyak aktiviti dia cuba serta. Orang kat kampung tak ada masalah, nak datang majlis berbuka puasa ke rumah terbuka.
Rumah dia ni pula depan surau. Selalu kalau ada ceramah dekat surau dia datang pakai telekung nak datang dengar sekali. Jadi semua benda tu, dia mention dalam surat tadi. Nama aku pun ada dalam tu. Tersengih-sengih juga aku bila baca.
Bila dah kena terima, dia ada training dia sendiri. Waktu ni kami memang jarang contact. Biasa guna surat je. Itupun, berapa bulan sekali. Aku baru awal tahun ni habis degree dan kerja. Dalam surat tu, dia selalu kasi tahu yang paling penting boleh bergaul dengan masyarakat dan komuniti tu sendiri. Benda ni paling penting. Tapi aku rasa bab ni dia tak ada masalah.
Banyak lagi dia cerita sebenarnya, ada silence moment setiap hari. Waktu ni kena berdoa dekat tuhan dan kena betul-betul senyap. Baru-baru ni dia hantar surat lagi. Dalam surat tu dia ada tanya aku. Kenapa selama ni aku tak pernah tanya kenapa nak jadi nun. Dalam surat dia tulis, dia rasa membesar dan lahir dari keluarga kristian yang kuat pegangan agama dia.
Bila dia membesar pula dia bergaul dengan komuniti islam. Jadi dia nak setia dengan faith dia dan pilih untuk terus berbakti dalam agama yang dia lahir. Dia memang pernah kasitahu ramai yang suruh dia convert ke islam. Tapi dia nak setia dengan agama dia. Kalau islam yang keluar agama itu murtad jadi dia kalau boleh nak setia dan taknai murtad.
Selama aku kenal dia pun, aku tak pernah pun borak hal ajak dia masuk islam. Sampai sekarang pun aku rasa benda ni agak “rude” sebab itu kalau aku nampak orang islam kita yang selalu cakap “masuk lah islam kau ni baik” aku macam marah. Sebab bagi aku agama dan kepercayaan orang ni kita tak elok ganggu. Kalau kita sediri yang kena pun akan rasa marah. Apa lagi kalau orang lain. Jadi aku kagum dengan Jane. Dia punya journey ni bantu aku untuk jadi manusia dan muslim yang lebih baik.
Aku kadang-kadang cemburu. Dulu aku selalu terdetik dalam hati. ” Dia ni berlakon baik” tapi sebenarnya tak dia memang baik. Dia jaga agama dan kelakuan dia. Jadi aku pun cuba sebaik mungkin jaga agama dan diri aku. Kalau kita dalam keluarga buat salah. Benda pertama orang akan mengata mak ayah kita.
Sama dengan kita orang islam kalau buat salah orang akan mengata agama kita. Jadi kalau kita mampu jaga diri kita dan agama. Maka agama kita pun terjaga. Lagi satu, surat latest dari Jane ni ada confession letter sekali. Jadi aku tengah fikir nak balas macam mana.
– Amizainil
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit