Perjalanan Hidup

Assalamualaikum semua. Sejujurnya aku tak berminat nak confess di iiumc ni sebab bagi aku buang masa je nak mengarang.

Masa first confession aku tu (Perjalanan Bertemu Jodoh) (https://iiumc.com/perjalanan-bertemu-jodoh/) pun aku tulis ringkas je, ingatkan admin tak approve, ingatkan ramai tak suke. Tak sangka ramai suke juga.

Sehari selepas aku confess tu sebenarnya hidup aku ade something happen. Sesuatu yang buat aku tersenyum je sepanjang hari. Mane-mane kedai yang kami pergi, ade je makanan free untuk kami pada hari tu.

Dan ade seseorang bagi duit kat aku banyak sebab aku bagi dia pinjam handphone aku sebab dia nak call suami dia. Kesnya sebab dia tersesat. Dia bagi dalam sampul. Tak sangka aku banyak dia bagi. Dan tiba-tiba ade kawan lama call, cakap nak bayar hutang pulak, minta nombor akaun.

Mungkin aku telah bagi inspirasi pada korang melalui penceritaan aku tu.. Ia buat aku rase termove nak buat lagi next confession. Sebenarnya aku tulis ni pada awalnya sebab aku kecewa dengan sesetengah orang sekeliling aku yang patah semangat dalam hidup.

Ya, di sebalik kejayaan aku, aku sebenarnya dikelilingi dengan orang-orang sebegini, yang sudah berbuih mulutku bagi nasihat, namun umpama mencurah ke daun keladi. Aku dah tulis confession pasal pertemuan aku dengan suami, tapi admin tak approve pulak. Mungkin sebab ringkas sangat.

Dulu, aku selalu berfikir yang aku ingin menyediakan payung sebelum hujan. Sebab tu duit yang aku ade aku akan guna sebahagian untuk menuntut ilmu.

Sebelum ni aku pernah buat ASB loan. Memang dapat untung bila dividen tinggi, tapi selepas dapat dividen, duit aku mengalir juga beli macam-macam.

Bayar macam-macam. Lagi pun duit dividen asb tu, setahun sekali je dapat. Lama-lama aku fikir, duk ketat perut, berjimat cermat semata nak dapat dividen asb yang sekali setahun.

Lepas aku ubah mindset aku, labur duit untuk dapatkan ilmu. Aku dah tak perlu buat lagi ASB loan tu. Bukan simpan je duit, bukan jadi jimat-cermat sangat. Hidup aku telah berubah. Itulah kesilapan aku sebelum ni, sering berlapar, berjimat semata tunggu duit dividen.

Ade seseorang menyedarkan aku tentang itu selepas aku ade pergi beberapa seminar. Aku teringat satu game aku main mase kecik dulu. Makin banyak aku labur dekat senapang tu, makin banyak aku tembak musuh. Bukan kedekut tak nak melabur. Bila kedekut, makin tewas.

Gitulah mindset aku berubah dulu. Aku tak nak jadi macam orang melayu zaman dulu, mendulang untuk dapatkan bijih timah. Aku nak belajar menuntut ilmu untuk aku beli kapal korek supaya aku dapat sauk lebih banyak bijih timah.

Nak dapatkan ilmu, selalunya perlukan kita mengeluarkan sebahagian duit kite. Sebenarnya aku malas nak fkir tajuk sesuai confession aku. Aku harap korang ameklah yang positif, buang yang keruh confession aku ni.

Sebelum ini, aku jual produk lain. Ada je untung tapi tak banyak mana. Aku perlukan keuntungan yang lebih supaya cepat aku beli rumah. Lebih banyak aku belajar, lebih banyak aku tahu.

Cara nak belajar ni, aku ikut naluri aku juga, perhati keliling aku, produk apa yang aku rasa orang akan tetap beli dan pulangannya lumayan.

Maknanya ade produk yang kita kena jual banyak untuk dapat untung banyak. Tapi ada juga produk yang kita jual tak banyak pun, dah dapat ribu-riban komisyen.

Jadi aku buat keputusan focus pada produk tu, study betul-betul supaya master produk senang goreng-goreng bila customer tanya. Semua dalam kepalaku.

Tak payah nota pun, jadi customer lebih berkeyakinan.

Aku kadang-kadang perhati, ramai je budak-budak baru graduate duk menjual contohnya macam kad kredit. Sejujurnya aku memang pengguna kad kredit dan aku tak pernah tertunggak pun. Sebabnya income ku lebih dari penggunaanku.

Jika aku ingin berbelanja lebih, aku akan pastikan, aku bekerja lebih kuat dalam bulan tersebut, Guna kad kredit boleh dapat cash back petrol dsb.

Berbalik pada budak-budak yang jual kad kredit. Aku just tanya soalan berapa percent instalment if one year? Soalan itu tak dapat dijawab oleh penjual tersebut. Ade yang aku jumpa penjual kad kredit yang lain pulak tipu aku ataupun salah bagi info percent instalment dengan service fee per year.

Sebenarnya senang je nak tahu. Boleh call je bank dan tanya berapa percent. Semua info boleh dapat bila call customer service.

Kalau penjual kad kredit tu dapat menerangkan semua dengan detail, aku mungkin ambil kad kredit tu walaupun dah ada satu. Ni aku pulak yang ajar dia sebab aku lebih tahu dari dia sebab aku pengguna kad kredit dan banyak study pasal tu.

Aku boleh bagi komitmen dalam kerja part time ni, sebab aku dah master segala-gala kerja hakiki aku. Sebab aku dah bekerja bertahun-tahun dalam bidang yang sama.

Aku tak pernah tukar bidang walaupun aku lompat company lain. Lepas aku kerja part time sales ni, kerja hakiki aku pun bertambah kualiti. Aku rasa sebab otak aku selalu ligat berfikir. Aku rase macam berkait segala-gala yang aku buat.

Walaupun aku ade keje part time, tapi kerja hakiki aku pun jadi lebih cekap berbanding sebelum ni. Tapi kalau masa aku kerja di restoran tu, memang penat sangat. Sebab tu aku beralih pada kerja yang kurang fizikal, lebih pada mental untuk dapatkan lebih banyak wang.

Contoh lainlah aku boleh bagi, aku pernah dengar ade orang Malaysia pandai bahasa Korea sampai dia boleh buat duit sebab jadi pengantara antara orang Korea dan orang lain negara sebab dia pun pandai English.

Jadi maknanya dia pandai Bahasa Korea & English, dia boleh buat duit banyak dah. Kalau kau pandai matematik contohnya, kau boleh je ajar tuisyen pada budak-budak sekolah.

Ramai sangat yang lemah matematik. Boleh buat duit juga dengan cara tu. Maknanya, korang belilah buku matematik dan study betul-betul.

Rajin ke kedai buku, rajin tanya pada cikgu-cikgu lain dsb untuk upgrade skill mengajar. Kawan aku ade juga yang tak pernah buat kek, then dia pergi kursus buat kek, dah buka kedai kek dah sekarang. Semua tu kenalah berusaha betul-betul.

Sebenarnya banyak lagi kisah di sebalik aku cari kerja part time ni. Aku pernah je pergi belajar menjahit, kononnya nak jadi tukang jahit part time. Lepas tu ade juga aku pergi bengkel penulisan novel. Kononnya nak jadi penulis novel. Ade juga sesetengah produk MLM yang aku pergi seminar.

Tapi aku pergi sebab kawan ajak, aku just dengar jela dapat ilmu, joinnya tidak sebab modalnya besar. Aku sebenarnya banyak yang aku minat. Teringin nak jadi photographer tapi tak reti guna kamera mahal. Nak pergi kelas dia mahal pulak yuran dia. Memang hobi aku suka ambil dan edit gambar.

Aku tak jadi kerja menjahit sebab, aku rasa nanti penat juga menjahit malam-malam, duk imagine macam gatih basikal pulak. Mesin jahit nak beli pun mahal juga. Pasal penulis novel pulak, aku dah start menulis, tapi tak pernah siap satu chapter pun.

Sinopsis je banyak buat. Sebab nak jadi penulis novel ni nak kena feeling-feeling, tak dan nak feeling, tak sempat sebab masa bukan banyak sangat.

Aku pernah juga pergi belajar baking cake dan biskut dengan kawan aku yang pandai. End up aku tak buat pun bisnes baking sebab aku fikir nati bil elektrik banyak pulak, bising housemate2 rumah.

Aku terlibat dengan hartanah tu sebab pada awalnya aku berlaga angin dengan Nina. Sebab Nina kan garang. Gaduh seketika dengan dia, tu aku duk pulun nak cari rumah, nak beli rumah kononnya nak duduk sesorang. Tapi selepas beberapa ketika, baik semula dengan Nina dan makin rapat pulak.

Dibuatnya aku selalu jumpe ejen hartanah sebab nak view rumahlah, tapi ilmu cetek lagi pasal hartanah. Jadi masa duk view-view rumah tu sambil-sambil berborak panjang dengan ejen hartanah tu. Dari situ aku dapat banyak sangat ilmu-ilmu yang aku tak tahu pasal hartanah.

Tapi aku tak beli pun lagi rumah pada awalnya. Sebab aku kalau boleh nak belajar lebih lanjut pasal hartanah ni. Jadi aku start follow ejen hartanah di fb dan aku pun beli buku-buku juga. Tapi sebenarnya bila jumpa diorang lagi seronok belajar pasal hartanah ni berbanding baca buku.

Sebab tu aku boleh beli 2 buah rumah dalam masa yang singkat je. Aku jumpa beberapa ejen hartanah jugala, bukan 1-2 je. Sebab aku nak korek-korek segala ilmu diorang ni. Sambil-sambil tu belanjalah diorang makan. Tapi modal memang kena adelah sebab nak beli rumah subsale.

Lately ada je kawan-kawan aku yang dibuang kerja atau dipotong gaji. Aku pun tolong-tolong jugalah kawan-kawan aku. Contoh kawan aku ni pandai buat nasi lemak. Aku pun tong-tong lah sikit duit modal untuk dia mula berniaga. Dekat KL ni banyak kot available customer.

Pergi ke rumah-rumah apartment or flat, cubela masuk dalam group wassup or fb diorang. Dari situ buatlah marketing. Bila dah lama buat sebenarnya jadi makin tak sempat nak marketing.

Solution dia cubalah hier orang lain contohnya ramai je sepupu sepapat di kampung yang tanam anggur selepas graduate. Boleh je suruh diorang buat marketing. Bayarlah sikit komisyen. Pokoknya kena rajin dan otak kena ligat berfikir. Dapatkan mentor juga sebenarnya bagus untuk belajar marketing ni.

Lagi satu masalah sesetengah kawan-kawan aku, kedekut nak keluar duit bila nak dapat ilmu. Contohnya, kalau nak jual sesuatu produk tu, kenalah jadi membership dulu, bayar Rm200.

Kawan aku kata mahalnya. Tapi tak nampak, dengan RM200 tu, boleh start jual produk tu dan siap ade mentor lagi akan guide dari segi marketing. Ilmu berharga tu pasal marketing. Dengan ilmu, boleh buat duit.

Memang diakui ada mentor yang malas tapi ada je yang rajin. Sanggup datang jumpe ahli-ahli untuk bagi ilmu. Aku sangatlah appreciate kesungguhan diorang tu.

Bagi aku, kalau kita tak ade banyak duet, tapi kita cerdik, kite boleh buat duit. Tapi kenalah ade rajin tu dan jangan malu. Kalau malu, kenalah buat kerja di sebalik tabir. Maknanya jangan jumpe-jumpe orang. Tapi kalau dapat ubah sikap pemalu tu, lagi gempaklah incomenya.

Jadi memang aktiviti semasa bujang aku tersangatlah padat. Sebenarnya aku ade satu lagi kerja part time selit-selit. Ia membuatkan aku “My time is my money”.

Sungguh, setiap minit yang berlalu sangat berharga bagiku. Kerja hakiki aku, nak kena pakai formal, memang aku akan beli baju tak payah gosok sebab nak jimat masa. Beli baju kain mahal la kirenye.

Orang lain ingat aku membazir beli, padahal dia tak tahu, dengan beli baju tak payah gosok ni, lagi masyuk income aku sebab aku perlukan masa.

Masa kerja di kedai makan yang selama dua bulan tu, memang penat sangat-sangat padaku.. Sampai sekarang kalau aku nampak terutamanya wanita-wanita yang kerja di kedai makan memang aku salute.

Kalau diorang tersalah masak menu lain kat aku, aku tak akan nak marah sebab aku tahu penatnya kerja diorang, walaupun aku tengah lapar giler. Lapar giler aku tu sebenarnya tak menyeksakan pun kalau aku tahan seketika.

Pengalaman hidup aku ni, Allah telah didik jiwa, rohani aku supaya lebih bersimpati dengan orang lain. Allah telah buka mata dan hati aku. Ia buat aku selalu sangat bersyukur.

Rasa mcm banyaknya nikmat yang Allah bagi padaku. Aku ade kerja hakiki yang tidak mane memenatkan aku pun.. Kerja dalam aircond dan kurang guna tenaga fizikal, lebih kepada guna mental dan akal fikiran.

Sungguh sebenarnya kerja di restoran telah mengajar aku jadi insan lebih rajin.. Mase tu aku kerja hakiki balik jam 5.30, di restoran start jam 7-12mlm. Balik rumah je aku akan cepat-cepat mandi dan solat isyak sebab aku tak nak tertidur pulak akibat kepenatan..

Selepas aku dah berhenti kerja restoran tu, aku rase macam banyaknya mase yang aku ade sebenarnya dalam sehari.. Tidak semena-mena aku tersedar, Ya Allah, yang Allah suruh kite solat setiap hari tu, sebenarnya senang sangat nak buat pun, tak penat pun..

Bukan Allah suruh buat keje buruh pn.. automatik, ibadat aku pun jadi lebih baik, lebih khusyuk, lebih tawaduk, lebih bermuhasabah diri.

Sampai sini saja confessionku. Maaf andai ade terlebih atau terkurang.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *