Perjalanan Hidup Yang Malang

Hi strangers, harap semua masih kuat untuk teruskan hidup. Tahun ni aku berumur 26 tahun, and tahun ni juga aku mulakan tahun baru aku dengan kesedihan di mana ayah aku sakit disebabkan kemalangan, patah tulang rusuk dan juga masalah telinga.

Aku tak expect benda ni jadi. Iyalah,semua anak pun nak mak ayah sihat sampai kiamat, and aku selalu doa ayah aku sihat tapi malang tak berbau, tahun ni dia sakit and secara rasminya dia retired and aku sebagai sulung belum ada rezeki kerja.

Nak jadikan cerita kenapa tajuk aku macam tu, ni aku nak share. Aku dari kecil jenis yang pemalu, tak pandai bergaul pastu selalu rasa diri hodoh sebab kawan ejek kulit gelap, muka macam pendatang,

So aku membesar jadi takut2 dengan orang, tak bergaul, banyak memendam perasaan and langsung tak share dengan parents.

Ayah pula masa tu memang jenis “workaholic”. Mak tak kerja, mak pun ada masalah depression tapi tak teruk, tulah aku taknak dia risau dengan masalah aku kat sekolah.

Aku dulu sekolah cina guys, kat kelas tu aku saja yang hitam manis, memang classmate kutuk aku teruk sampai mental koyak, kadang2 aku tak datang kelas tapi selalu tipu mak yang aku sakit tapi tak.

Masa sekolah menengah pula, aku belaja kat sekolah perempuan, jumpa classmate yang tak supportive lagi satu hal, hidup berpuak2. Tamat sekolah menengah, aku apply upu nak sambung diploma tapi tak sangkut, dah menganggur setahun.

Nasib lah ada cousin aku recommend kan aku masuk foundation kolej swasta time tu.

Habis saja setahun, aku apply upu nak sambung degree kat U awam pun tak sangkut guys, aku menganggur lagi setahun. Aku punya semangat nak ubah hidup dengan study sampai aku tak nak kerja masa tu.

Last2 aku sendiri mendaftarkan diri ambik degree kat kolej swasta(lagi) lepas parents dah mula membebel aku kat rumah dengan nasib tak berubah. Tapi nasib lah aku dapat tajaan biasiswa masa tu, tak juga la aku guna duit parents.

Dengan duit biasiswa tula aku dapat merasa belanja mak and adik makan luar, belikan baju, barang yang tak seberapa mahal untuk dorang.

Sekali sekala aku teringin nak ada duit gaji sendiri, nak balas balik duit ayah yang sekolahkan aku tapi rezeki kerja selalu tak sangkut.

After degree, aku menganggur dua tahun guys, sampai aku apply management trainee, protégé, kerja kfc smua tak sangkut. Malang tak guys, aku tahu parents aku malu sebab perjalanan hidup aku punya lah tak smooth seperti dorang nak. Kahwin pun tak.

Kawan yang lain ada yang dapat kerja kerajaan, swasta, kahwin, ada anak, life is good macam omputeh cakap. Aku saja masih jadi pacat kat rumah, tak berguna.

Sampailah tahun ni, selepas aku mimpi gigi aku hilang. Tak lama tu, aku dapat khabar berita tak baik dari jiran yang ayah jatuh semasa baiki atap rumah dorang, masa tu guys aku tengah dalam proses iv online untuk kerja swasta.

Masa tu, aku terpaksa tutup laptop, aku tak peduli dah time tu, aku ikut mak pegi hospital tapi disebabkan masih fasa pkp, kami tak dapat masuk hospital. Semenjak kejadian tu, aku tak pernah rasa putus harapan macam ni, aku start rasa diri aku tak guna.

Setiap hari aku nak bunuh diri, aku tak makan, aku memaki, aku salahkan tuhan atas nasib aku guys. Ya. Pastu, berat aku 55kg turun ke 45kg dalam sebulan tu, mata aku bengkak sebab menangis rasa diri tak guna.

Keadaan ayah masa mula2 tu aku tak boleh terima, dia kurus gila, dia tak bole bangun, makan.

Aku, mak, adik jaga dia macam jaga bayi, adik lelaki aku masih kerja masa tu, bole juga tampung kami sekeluarga tapi disebabkan aku malu, aku kadang tak makan makanan yang dia beli, aku bagi excuse yang aku kenyang.

Dipendekkan cerita, condition ayah dah semakin okay tapi tak 100%. Tak sangka juga sepanjang aku tak kerja tu, aku dapat jaga ayah even aku pun sakit.

Aku nak juga ayah stay kat wad mahal tapi aku tak kerja lagi, macam2 la aku fikir masa tu, sampai satu tahap aku pertama kali depan mak aku menangis teresak-esak sebab penat.

Dia pujuk aku, mulut aku tak henti cakap aku nak mati sebab jadi anak tak berguna tapi mak kita ni penyabar, dia pandai pujuk kalau kita dah meroyan macam tu.

Sekarang, aku masih aktif cari kerja guys even banyak rejection email and call aku dapat tiap bulan tapi aku cuba tak putus asa. aku tau ada peluang nanti untuk kerja. Kita semua akan diberi peluang cuma jangan cepat putus asa.

Aku tolong mak urus kedai runcit sementara jaga ayah sampai dia capai berat badan yang sihat and dapat berjalan macam biasa. Aku masih rasa diri aku malang tapi aku bersyukur dapat jaga ayah, ada mak yang penyabar and adik yang supportive.

Untuk kawan-kawan yang struggle dengan hidup. Sadness will past. Aku just nak korang jangan rasa sunyi, apa yang korang rasa, itu semua valid.

Kita tak boleh banding kesusahan kita dengan yang lain sebab lain orang lain cara nak handle masalah tu. Aku percaya nanti, malang ni akan diganti dengan berita yang baik. Korang pun.

– nobody96 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *