Perjalanan Hidupku

Nama ku sarah. Usia ku dalam lingkungan 20an. Aku mempunyai 3 adik beradik, dan aku anak yang ke 3. Di sini aku ingin ceritakan kisah hidup aku.

Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Orang tua aku berpisah sejak aku 4 tahun.

Setelah mereka berpisah, umi ku titipkan aku bersama nenek di kampung, tetapi tidak lama, pada usia aku 6/7 tahun umi telah mengambilku dan abangku untuk menetap bersamanya di Kuala Lumpur.

Bermula perjalanan kehidupanku yang pahit.

Aku mula bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Pada awalnya aku seorang murid yang suka belajar, aku tidak la sepandai rakan ku yang lain.

Tetapi sifat aku yang suka belajar, membuatku senang faham apa yang diajar oleh guruku. Aku sering mendapat tempat yang pertama dan kedua dalam kelasku sewaktu aku di usia 7 ke 9 tahun.

Tetapi lama kelemaan minat aku kepada pelajaran makin berkurang dek sebab masalah keluarga ku yang ku hadapi dia usia aku 11 tahun.

Aku jadi hilang tumpuan dan minat terhadap pelajaran. Abang aku ditahan oleh pihak berkuasa, atas sebab2 tertentu. Disebabkan keselahannya sendiri yang terpengaruh dan bercampur dengan orang yang tak menentu.

Umiku seorang yang bekerjaya waktu itu, apa yang dilakukan oleh abang ku pasti akan umiku selesaikan walaupun diselesaikan dengan wang.

Umi ku menutup segala kejahatan yang diperlakukan oleh abangku, sehingga abangku terbiasa dan sering melakukan kejahatan tanpa rasa takut.

Apabila aku berpindah ke bangku sekolah menengah, minat aku kepada pelajaran hilang dan lenyap, aku sering tidak memasuki ke kelas walaupun hari2 aku akan datang ke sekolah.

Hidupku tak seperti rakan2 yang lain, bahagia bersama keluarga tercinta. Aku dikongkong oleh umiku, aku tak boleh keluar rumah, tak boleh keluar bersama rakan2 ku.

Waktu itu umiku seorang yang sangat bekerjaya. Pendapatan dia boleh cecah 10k sebulan.

Disebabkan itu abang2 aku lalai, apa yang diminta pasti dipenuhi umi ku, setiap kali akan tukar motor, tukar telefon bimbit dan macam2 lagi.

Sedangkan aku, aku diajarkan ibuku untuk usaha dapatkan sesuatu.

Aku mendapatkan telefon bimbit yang canggih sewaktu usia aku 13 tahun, dengan hasil titik peluh aku yang bekerja sebagai tukang bersih di pejabat umiku sendiri, aku membersihkan satu pejabat, termasukklah bilik air, aku digajikan 400 sebulan.

Dengan duit gaji yang aku kumpul selama beberapa bulan aku dapat beli telefon bimbit yang canggih sewaktu usia aku 13 tahun.

Perniagaan umiku makin menurun, dikala waktu perniagaan umiku makin menurun dan merundum, keluarga ku diuji dengan masalah yang sangat besar, abangku ditahan pihak berkuasa dan dipenjarakan.

Sewaktu kes abang aku berjalan dan sedang dibicarakan pihak berkuasa, umi sangat menggunakan banyak wang, untuk membayar peguam bagi pihak abangku. Sehingga la umiku jatuh sakit dan tidak dapat melakukan apa2 kerja lagi.

Sejak pada tu kelakuan aku di sekolah makin teruk, sehingga aku mendapat surat untuk dibuang sekolah kerana kerap tidak memasuki ke kelas.

Aku dipukul teruk oleh umi disebabkan kelakuan aku yang begitu teruk dan aku membuat keputusan untuk terus berhenti sekolah.

Kerana pada waktu itu umi aku da tak bekerja dan tak mampu nak menyara kehidupan aku jikalau aku masih bersekolah. Aku tahu aku membuat keputusan yang sangat drastik dan tidak memikirkan masa depan aku.

Sewaktu usia aku belasan tahun aku da berhempas pulas memikirkan untuk mencari duit, demi menyara kehidupan umi dan aku.

Dengan bantuan pakcik aku, aku masih belajar di sebuah kolej sewaktu usia aku 16 tahun, aku mengambil kursus kemahiran dalam masakan dan pramusaji untuk tempoh 2 tahun.

Dalam waktu yang sama aku dapat bekerja dan menyara hidup aku dan umi. Setelah selesai 2 tahun, aku tamat belajar dan jugak aku dapat mengambil peperiksaan SPM secara private.

Alhamdulillah kedua2 keputusan aku lulus walaupun tidak cemerlang. Tapi untuk budak yang tidak bersekolah macam aku.

Aku bangga dengan keputusan aku. Pakcik dan makcik aku memaksa aku untuk sambung pelajaran aku kepada tahap selanjutnya, tetapi aku tak boleh disebabkan masalah keluarga yang aku hadapi, aku masih untuk meneruskan niat aku bekerja.

Dari gaji aku 500 sebulan dinaikan kepada 1000 Alhamdulillah syukur terhadap rezeki Allah beri pada ku sewaktu usia aku yang masih muda dan mentah, dah dapat membantu umi, bayar sewa, bil api air dan jugak barangan keperluan.

Setelah 2 tahun aku bekerja di sebuah cafe manisan di dalam sebuah mall, aku mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik dan ditawarkan gaji yang lebih, aku tidak melepaskan peluang itu. Aku terus terima pekerjaan itu.

Di tempat ni telah banyak memberi aku pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Keadaan kedai yang sangat sibuk, hari2 aku kerja lebih masa. Penat tu Allah saja yang tahu. Apabila aku meningkat usia.

Kepercayaan umi terhadap ku makin berkurang kerana waktu aku dirumah sangat kurang, disebabkan waktu kerja aku yang sangat padat kerana aku sering kerja lebih masa untuk mendapatkan wang pendapatan yang lebih.

Umi sering menuduhkan macam kata aku bercampur dan bergaul dengan orang tak menentu, sedangkan aku sedang penat lelah bekerja.

Setelah abangku bebas dari penjara, bertambah la satu lagi bebanan aku, dek sebab dia yang susah mendapat pekerjaan disebabkan kisah silamnya, aku terpaksa menanggung segalanya.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *