Perjalanan Hidupku Mencari Jodoh

Aku Bunga.. umur 30an dan belum berkahwin. Aku nak bercerita pasal perjalanan aku mencari jodoh dan mungkin agak panjang atau membosankan.

Masa aku diploma ada seseorang confess dekat aku. Ajak aku bercinta tapi aku taknak sbb aku masih muda dan aku nak belajar.

Masa ni aku terlibat dalam 1 program selama sebulan so dekat sini aku kenal lelaki ni. Dia salah seorang pegawai di sini dan ada beberapa orang pegawai di sini tahu dia sukakan aku.

Disebabkan aku takut dengan pegawai2 yang pantau kami sepanjang program tu so aku layan je lah laki ni acuh tak acuh.

Umur dia msa tu 27 dan dia ajak aku berkahwin. Selepas sebulan memandangkan aku pon dah habis program tu baru beberapa hari.. aku berani untuk cakap dekat dia cukup lah setakat ni aku tak nak ada apa2 hubungan dengan dia.

Aku tak nak kawen dan aku masih terlalu muda umur aku masa tu baru 20 tahun. Lama2 dia faham dan dia dah berkahwin masa aku tahun last diploma. Alhamdulillah aku tumpang happy untuk dia.

Dalam masa yang sama..ada sorang budak kelas aku confess dekat aku. Dia ni hensem dia memang hensem. Katanya dia dah lama sukakan aku dari sekolah. Aku tak percaya dan aku tak boleh terima apa yang dia cakap dekat aku. Aku reject dia dan sambung degree.

Masa ni aku sangat happy sebab kawan2 aku 1 by 1 dah start kahwin dan aku tumpang happy. Sekali lagi budak sekolah aku ni datang approach aku. Katanya kita kawan dulu sampai masa kahwin. Dia mintak izin nak jaga aku masa ni. Aku dah start annoying dengan dia.

Tak payah sibuk nak jaga aku. Aku suruh dia pergi jaga keluarga dia. Aku tahu dia bukannya sukakan aku sangat pon tapi aku rasa dia tercabar sebab tak dapat aku. Dia yang aku kenal dari kecil penah couple dengan semua kawan2 aku.

Tapi tetiba nak bagitahu sukakan aku. So aku memang tak boleh terima bila dia tiba-tiba kata sukakan aku sedangkan kenapa dia tak approach aku dari sekolah kalau macam tu.

Aku habis degree kawan kawan perempuan sekolah aku suruh aku terima dia sebab nampak la dia berusaha nak dapatkan aku.

Aku bertambah annoying sebab dia start post gambar aku dekat facebook.

Aku unfriend dia dan tolong la pergi dari hidup aku. Pergi buat sesuatu yang berguna untuk diri sendiri. Tak payah nak buat luahan perasaan dekat facebook yang mana semua orang tahu siapa perempuan yang dia maksudkan.

Masa umur aku 26 aku berkenalan dengan engineer. Dia kawan bos aku (bos aku muda lagi sebaya dengan dia). Bagi aku dia baik dan semua orang pon kata dia baik.

Bos aku pernah nak kenenkan aku dengan dia. Aku pon dah start ada perasaan dekat dia masa ni. 3 tahun sepanjang aku kenal dia..

Dia sentiasa ada dengan aku dengar luahan aku dan sebagainya dan setahu aku dia memang tak ada perempuan lain sebab dia family man.

Sampai la ada satu hari ada orang datang merisik aku. Masa ni aku confess dekat dia sebab aku taknak orang yang merisik aku tu. Aku tak tahu apa2 pasal orang yang datang merisik aku tu nama dan kerja pon aku tak tahu.

Yang aku tahu dia anak kawan bapak aku. Ok so lepas aku confess dia reject aku masa ni. Tapi dia ajak aku couple sebab katanya mcm mana nak kahwin kalau tak kenal. Masa tu aku bodoh patutnya aku dah boleh fikir masa tu.

Tak cukup ke 3 tahun aku kenal dia. Bodoh betul aku masa ni kenapa pulak aku nak kena terima bila dia ajak aku couple aku bukannya budak sekolah nak bercouple couple ni. Tapi aku terima.

Selama seminggu setelah dia ajak aku couple tu dia sangat tak hormat aku asyik mintak gambar aku.

Aku tak suka betul dengan perangai dia selama seminggu ni. Akhirnya aku tanya dia pasal kahwin aku kata aku taknak couple2 ni semua aku dah tak larat nak tunggu dia.

Dia ghosting aku for a week. Tiba2 dia muncul kata sorry. Aku faham la aku sedih jugak masa ni sedih sangat2.

Aku delete no fon dia semua. Sebulan kemudian aku nak clear whatsapp call log aku masa ni aku ternampak dp dia pakai baju pengantin.

Aku sangat2 terkedu masa tu..whatt dah kahwin. Ok setelah sebulan macam tu aku decide untuk move on.

Aku join fb dating dan berkenalan dengan someone. Tapi laki ni sangat2 tak guna tapi sebab masa ni aku macam orang desperate sangat nak kahwin so aku teruskan berkenalan dengan dia. Aku dapat tahu dia pernah terlanjur aku cuba positive mungkin dia boleh berubah.

Aku tahu dia tak solat tak puasa kerja tak pernah cukup duit aku tak tahu apa yang dia buat dengan duit gaji dia. Dia tak pernah cukup duit. Nak beli rokok mintak duit dekat aku. 2 bulan aku kenal dia 2 kali jugak aku kena bagi dia duit.

Aku bodoh sangat masa ni tak tahu kenapa. Aku benci gila dengan diri aku masa ni sebab bodoh ahahah. Satu hari tu kawan baik aku berdepan dengan aku dan bagitahu sesuatu yang mengejutkan.

Dia sekarang ni tengah try kawan baik aku dan bagitahu kawan aku dia tak ada girlfriend. Habis aku ni siapa.

Mungkin Allah nak tunjukkan dekat aku, jadi secara tak sengaja dia berkenalan dengan kawan baik aku. Aku whatsapp dia dan tanya dia pasal perempuan lain masa tu. Dia kata aku tak layak nak tegur dia.

Dia suruh aku pergi belajar bagi habis. Dia kata aku belajar pon tak setara mana ada hati nak nasihatkan dia.

Ok cukup setakat ni aku mintak balik duit aku sekarang jugak dan aku block dia. Dia ni aku tak pernah jumpa. Dia janji dengan aku nak belanja kfc tapi nak share ala cart tu.

Huaaa hahahah aku tak tahu nak marah atau nak gelak masa ni. Sangat kedekut dan nampak dia tak berduit. Sedangkan aku kalau makan kfc sekali makan pon snack plate atau dinner plate kadang.

Aku bukan nak berlagak kata aku makan snack plate ke apa tapi aku makan tak kenyang lagikan pulak nak suruh share.

Aku sambung master sebab dia kata aku bodoh kan dia kata aku tak pandai dia kata aku tak layak nak tegur dia. Aku belajar sambil bekerja.

Betapa strugglenya aku buat 2 benda dalam 1 masa tapi alhamdulillah perjalanan master aku smooth.

Lepas tu aku tutup fb dating dan mula join platform jodoh yang betul. Aku join semua platform. Aku dah taknak bagitahu dekat orang aku kerja apa sebab takut benda yang sama berulang.

Aku takut orang nak kan aku sebab kerja aku sebab aku tahu aku bekerjaya aku takut kena pau lagi haha dan ada la rupa sikit.

Masa ni aku berkenalan pulak dengan seseorang. Dia ni pun aku tak pernah jumpa aku kenal dia pon lebih kurang 2 bulan jugak. Aku tengok dp dia ok biasa ja tak hensem tak good looking tapi ok je.

Dia sangat sweet talker dia pandai ambil hati. Tapi sebenarnya itu bukan rupa dia. Hahaha. Bila aku mintak gambar dia sebenarnya dia entah la aku bukan nak hina tapi macam indon.

Aku tak hina ya aku bukan nak hina dia tapi aku rasa tertipu. Aku tak boleh terima tapi aku cuba positive kan diri.

Tapi satu yang aku musykil dia akan hilang weekend. Kawan baik aku kata cuba aku tanya dia mana dia pergi sebenarnya apa dia buat weekend sebab asyik hilang. Takut dia suami orang.

Aku tanya direct dia suami orang ke dia diam tak jawab. Aku tanya lagi dia suami orang ke dia tak jawab.

So aku buat conclusion sendiri yang dia memang suami orang. Sebab dia beriya cakap tak payah la tanya bukan2 dia sayang aku yang penting. Aku pon block dia cukup lah aku taknak ada apa2 hubungan dengan dia masa ni.

Sekarang aku berkenalan pulak dengan abang askar. Tapi cuma 2 minggu sebab abang askar taknak layan aku haha. Ok aku tak ada cerita pasal abang askar lepas tu aku berkenalan dengan seseorang macam alim sikit perwatakan dia.

Dia ni macam ustad ustad sikit. Dia asyik cerita dekat aku dia nak fokus buat ibadat. Haha aku tak tahu la nak annoying atau patut berbangga.

Tak payah la riak sangat nak buat ibadat tu buat je lah bukan dia sorang buat ibadat. Aku kenal dia sekejap je sebab aku annoying dengan dia asyik cerita dia buat ibadat. Ini pun aku tak pernah jumpa.

Seterusnya aku berkenalan pulak dengan seseorang yang aku memang sayang dekat dia. Aku berkenalan dengan dia dalam setahun. Family aku pun tahu pasal dia dan pernah ada plan untuk berjumpa keluarga.

Aku banyak makan hati selama aku dengan dia. Dia tak suka perangai aku katanya aku tak matang asyik merajuk. So kalau aku merajuk aku terpaksa berpura2 seolah2 tak ada apa yang berlaku.

Selama aku dengan dia jugak ada 3 orang merisik aku. Yelah aku pun dah 30an, so orang akan cuba risik2 bila ada dapat tahu perempuan kampung macam aku belum berkahwin.

Lepas kami gaduh besar dia kata dekat aku dia taknak bagi apa2 harapan dekat aku. Dia suruh aku kenal dengan orang lain.

Dia kata tak ada siapa boleh tahan dengan perangai aku yang asyik merajuk nak kan perhatian. Kalau aku tak whatsapp dia dulu dia pun tak akan cari aku.

Yaa dia memang tak pernah bagi aku perhatian. Aku terpaksa menagih untuk dapatkan sikit perhatian daripada dia. Semua benda yang aku buat semua salah di mata dia.

Tapi aku terima dengan hati yang ikhlas yang antara kami tak ada jodoh. Aku pun dah boleh move on dan aku rasa semua benda yang salah pada mata dia tu hanya alasan sebab dia memang tak ada hati pada aku.

Biarlah tak suka sudah. Aku pun tak nak dah berubah untuk orang yang tak hargai aku. Asyik aku nak berubah untuk dia tapi dia tak nak pulak ubah diri sendiri.

Berbalik kepada kawan aku yang approach aku berkali kali tadi. Dia pergi rumah aku jumpa mak bapak aku. Aku memang takut masa ni sebab ingatkan dia pergi meminang atau pergi mintak izin orang tua aku atau apa.

Rupanya dia pergi nak pinjam duit dekat orang tua aku sebab nak beli dadah. Yaa dia hisap dadah sekarang. Aku sangat sangat bersyukur tak termakan kata2 dia dan tak terima dia dalam hidup aku.

Kemuncak segala perkenalan aku atas talian ni berakhir bila aku berkenalan dengan seseorang selepas aku dah move on. Lelaki ni ajak aku berjumpa untuk pertama kali dan dia cuba untuk ajak aku layan dia.

Aku tak pergi jumpa dia aku terus block dia. Aku surrender masa ni taknak dah berkenalan dengan mana2 lelaki lagi melalui online.

Aku dah tutup semua akaun online aku. Aku nak cari jodoh in real life. Circle aku sekarang semuanya dah berkahwin dan dah ada anak 3 ke 4 orang dah sekolah.

Yang mana baru berkahwin pulak dah ada baby yang comel kecuali aku dan kawan baik aku yang tetap single. Haha. Aku pun tak tahu kenapa aku asyik jumpa orang yang pelik2.

Tapi aku tak pernah menyesal dengan semua yang berlaku dalam hidup aku. Aku bersyukur dan aku enjoy perjalanan aku mencari jodoh.

Yang mana mematangkan dan bagi aku pengalaman yang lebih bijak lagi untuk berkenalan dengan laki haha.

Aku tak kan give up aku yakin ada seseorang yang baik untuk aku di luar sana. Allah tu maha baik Dia tak kan sia siakan aku. Sekarang ni di samping aku travel ke sana sini dengan kawan baik aku dan teruskan enjoy single life aku..

aku masih akan terus berdoa dan mencari jodoh. After all aku ada Allah untuk dengar semua luahan aku dan hanya Allah yang tahu apa je usaha yang aku dah buat. Aku dah buat semua cuma mungkin belum masa untuk Allah bagi aku rezeki jodoh.

Aku fikir kalau Allah bagi aku jodoh sekarang tak ada apa lagi untuk aku terus meminta merayu dengan Allah sebab aku dah ada segala galanya.

Hanya ini saja ruang untuk aku terus bersabar yang mana mungkin kesabaran dan air mata aku boleh menjadi ladang pahala buat aku.

Setelah semua yang berlaku dalam perkenalan aku dengan semua lelaki tadi.. aku akan lebih berhati hati.

Aku yakin jodoh tu cerminan diri dan aku kena baikkan diri aku dulu baru aku boleh dapat lelaki yang baik. Dan aku yakin jodoh aku memang ada cuma tak tahu di dunia atau di syurga.

Kalau ada jodoh aku di dunia ni aku terima dengan hati yang terbuka dan sangat berterima kasih dengan Allah untuk makbulkan doa aku.

Kalau jodoh aku di syurga pun aku tetap berterima kasih dengan Allah sebab dah simpan seseorang yang baik untuk aku untuk kehidupan aku akan datang.

Ustaz wadi pernah kata..mana mana wanita yang tidak berkahwin di dunia ni..dia akan berkahwin di syurga dengan mana mana laki yang dia suka. Setakat ni cerita aku dan maaf kalau membosankan.

– BUNGA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *