Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku bekerja selepas PHD. Boleh dijadikan panduan berguna, dan mungkin juga boleh dijadikan pengajaran bersama.
Terlebih dahulu, aku nak perkenalkan diri aku. Aku sambung belajar Master & PHD sejurus tamat degree tanpa masuk industri. Aku dalam bidang sains, boleh dikategorikan kursus yang sangat tough dan aku telah graduate lebih 5 tahun lepas.
Waktu dulu aku naif, aku fikir secara singkat, habis je belajar dengan kelulusan aku mesti lah aku akan dapat jawatan sebagai pensyarah, dah la kursus tu susah. Aku tak tahu macamana sepanjang aku belajar aku tak terfikir langsung pasal peluang kerjaya.
Rupanya selepas grad, aku baru tahu betapa aku tersangat naif. Kos aku dkt IPTA cuma ada di 2 uni sahaja. Penjawatan pensyarah boleh kata hampir tiada untuk bidang aku.
How can I be this naive? Rasa postgraduate ni scam pon ada. Tp nak menyesal dah lapan tahun aku habis kan masa sambung postgrad. Usia dah meningkat, pengalaman bekerja di industri tiada, yang ada pon pengalaman sebagai RA yang sedikit pon tak laku bila nak apply kerja.
Orang lain seusia dah ada kerjaya stabil. Aku boleh kata baru nak menapak di usia awal 30an. Ingat tak aku cakap kos aku hanya ada dekat 2 universiti sahaja, basically course aku ni boleh kata langsung tiada keperluan di industri. Lagi second time aku rasa kena scam.
Tapi aku cuma ada 1 pilihan sahaja, untuk tengok di hadapan. Ini sahaja pilihan yang aku ada. Jadi pertama sekali aku fikir, apa kekuatan aku, dan seperti graduan postgraduate lain mestilah kita akan cakap “research”. Jadi benda pertama sekali aku buat ialah research job market.
Waktu research job market inilah baru aku sedar konsep mudah mcm supply & demand dalam kerjaya. Senang cerita, pekerjaan tidak bergantung kepada susahnya sesuatu course, tingginya sijil, tapi ia berdasarkan kehendak industri dan macamana kita need to fullfil the demand of the market.
Job Market Research
Jadi aku menggunakan strength aku dalam research untuk aku faham kehendak industri. Sebelum aku faham kehendak industri, aku fikirkan aku ni overqualified hanya sbb sijil yang aku ada.
Bila aku dah faham kehendak market, barulah aku sedar aku ni sangat – sangat underqualified. Sebab skill – skill yang aku develop sepanjang belajar di peringkat Master dan PHD kurang menepati kehendak industri.
Tapi aku tetap nak ada kerjaya jadi aku kena fikir bidang apa yang aku mempunyai competitive edge, dekat mana aku boleh masuk berdasarkan strength, skill, personality, interest dan mestilah aku nak masuk bekerja sebagai seorang professional.
Bull’s eye method
Daripada job market research yang aku lakukan, selepas aku timbang tara berdasarkan pelbagai faktor tadi, aku senaraikan 3 jenis penjawatan yang berbeza.
Bagi aku bila ada hanya 3 jenis jawatan kita akan lebih fokus, berbanding bila kita tiada target atau terlampau banyak target.
Kemudian aku senaraikan semua job description, job requirement, potential employer, salary range, career progression, professional certificate dan pelbagai maklumat penting yang lain.
Dari senarai ini, aku akan analisa data-data yang aku dapat untuk membuat tindakan seterusnya seperti apa skill yang aku tiada dan macamana aku nak dapatkan skill tersebut, analisa kedudukan dan peluang aku untuk dapatkan kerjaya tersebut, dan macamana aku nak kurangkan jurang tersebut dan sebagainya.
Kemudian aku hasilkan 3 jenis cover letter, resume, dan portfolio yang spesifik untuk setiap jenis jawatan.
Think from the perspective of potential employer
Jadi dekat sini aku dah ada 2 jenis data. Profile diri aku dan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan 3 jenis penjawatan ini tadi.
Dekat sini aku kaji apa competitive edge yang aku ada dimana potential employer willing nak ambil aku bekerja berbanding orang lain?
Kenapa potential employer sanggup bayar aku mahal berbanding orang lain? Apa kelebihan yang aku ada dan tiada dekat orang lain? Aku gunakan teknik SWOT untuk analisa profile dan pelbagai teknik lain untuk memahami dimana kedudukan aku.
Dari kesimpulan aku dapati, aku hanya mempunyai competitive edge sekiranya aku bekerja di dalam bidang yang memerlukan seorang yang independent, self starter, high skill, high learning curve, high creativity and analytical mind. Benda ni berbeza untuk setiap orang. Kita kena be truth to ourselves.
Upskilling
Oleh kerana aku target jawatan yang mempunyai high learning curve dan high skill, dan boleh kata skill yang aku develop sepanjang belajar kurang menepati kehendak pasaran. Aku upskill diri aku dengan belajar dari pelbagai sumber dekat internet.
Aku belajar online sendiri sebab aku nak menjimatkan kos seperti di Udemy, Edx, dan Coursera dan sebagainya. Setiap online course akan ada latihan, dan pembinaan projek sebenar untuk dijadikan portfolio.
Ramai orang ingat portfolio ni untuk kerjaya yang berkaitan design sahaja, tapi sbenarnya benda2 teknikal pon boleh dijadikan portfolio.
Skill-skill yang aku develop selepas tamat belajar dan jawatan yang aku apply tiada langsung kena mengena dengan apa aku belajar. Totally zero.
Be Positive
Aku percaya kita kena percaya dengan diri sendiri. Jadi aku memang tak pernah terfikir langsung untuk compete pekerjaan dengan fresh graduate lepasan degree, sorok sijil aku, atau apply kerja biasa2 sahaja. Sebab aku seorang yang sangat2 ambitious. Paling2 pon aku nak jadi pensyarah walau pon tak dapat.
Sebab tu aku fokus dekat mana aku boleh beat application orang lain despite my circumstances with lack of experiences. Jadi aku simpulkan kerja yang terbaik untuk aku adalah kerjaya yang menggunakan kemahiran problem solving yang tinggi.
Change our perspective
Kita perlu change our perspective dan tak boleh rasa entitled untuk kerajaan atau majikan beri kita experience atau peluang hanya sebab kita ada PHD.
Majikan bukan satu badan kebajikan. Majikan ambil kita untuk membuat keuntungan. Jadi kitalah yang kena ada inisiatif untuk memenuhi job requirement dan bukan sebaliknya.
Bila kita rasa kita kurang sesuatu, barulah kita ada growth mentality dan usaha untuk memperbaiki diri. Kita kena carry ourself bersesuaian dengan kelulusan, skill, capabilities yang kita ada dan be creative.
Fokus dekat tempat yang betul
Sewaktu aku menganggur, aku cuma ada akses internet. Dan alang2 menganggur tak buat apa – apa. Aku build career aku dengan kelebihan aku dalam research dan skill-skill yang aku dapat sepanjang belajar. Aku cuma fokus dekat tempat yang betul. Ada berjuta peluang kerja dekat luar sana.
Macam jodoh kau cuma perlu kahwin dengan seorang sahaja. Macam tu lah kerja, kau cuma perlu dapat 1 kerja yang tepat sahaja. Jangan pedulikan majikan yang tak mampu nak hire kau, yang nak bayar gaji murah, yang tak value kau.
Fokus dekat tempat yang tepat. Sama macam jodoh kita tak perlukan 99.9% jawatan dekat luar sana yang tak sesuai dengan kita. Kau cuma perlukan 1 jawatan yang tepat untuk kita.
Setelah lebih kurang 11 bulan dapat kelulusan senat. Aku dpt pekerjaan pertama aku dengan gaji permulaan RM 5500 despite the odd, dan course aku tiada langsung demand dalam market.
Adakah sijil aku membantu untuk aku mendapat kerja? Jujur aku cakap tidak sebab perkerjaan aku tiada kena mengena dengan bidang aku dan tiada siapa peduli pasal thesis atau publication aku memandangkan research job dekat Malaysia ni tersangat limited di industri.
Aku pon tak target untuk jadi researcher sebab faktor gaji dan career progression yang kurang memberangsangkan di industri. Pertama sekali yang majikan nilai ialah skill dan portflolio yang aku develop selepas tamat belajar.
Tapi sijil aku membantu untuk majikan justify kenapa gaji aku dibayar sebegitu walaupun tiada pengalaman langsung bekerja di industri.
Setahun selepas aku mula berkerja gaji aku mencecah lebih 2 kali ganda.
Aku dah ulang teknik di atas sebanyak 2 kali iaitu selepas habis belajar dan selepas covid. Waktu covid pelbagai pekerjaan terjejas termasuk perkerjaan aku sebab bukan kategori essential.
Waktu itu aku buat keputusan untuk tukar bidang yang aku nampak mempunyai demand lebih baik dan cerah dan boleh dibuat secara WFH.
Untuk kali kedua ia jadi tak sukar, sebab aku dah ada pengalaman berkerja. Namun aku masih perlu belajar dan keep upskilling myself up till now.
Akhir kata, untuk berjaya sebagai graduan PHD, kita kena ada strategi yang betul. Dulu aku rasa aku dah terlambat nak mulakan kerjaya di usia awal 30 an. Rakan – rakan semua dah mempunyai kerjaya dan gaji yang tinggi.
Tapi aku gunakan skill yang aku ada untuk mencapai gaji 5 angka sebagai seorang professional dalam masa yang singkat. Jujur aku cakap it’s a very hard work, dan tak mudah. Buat apa majikan nak hire aku dan bayar gaji aku mahal if I have nothing to offer?
Kita ni yang habiskan masa buat postgraduate dah sangat – sangat jauh ketinggalan dari segi karier sebenarnya berbanding rakan – rakan berkerja selepas tamat degree.
Kalau dapat jawatan pensyarah memang bernasib baik lah, tapi masih ramai juga yang menggangur. Jadi nak tak nak we need to bring everything on the line.
High risk, high reward. Apa maksud aku, kalau aku apply kerja macam fresh grad degree yang lain, mula slow2 dari peringkat exec, kemudian naik jawatan, tah bila aku nak mencecah gaji yang setimpal sedangkan usia dah meningkat.
Jadi nak tak nak aku kena take risk to be an expert in a new field I have no knowledge about. Aku compete dalam bidang yang tak ramai mampu buat.
Sejujurnya, kalau orang lain tanya dekat aku patut ke sambung Master dan PHD selepas degree.
Seboleh2 aku akan suruh mereka focus dekat kerjaya terlebih dahulu, dapatkan pengalaman, cari kerja yang sesuai sehingga dapat, sebab waktu muda lah inilah kau boleh explore pelbagai kerjaya sampai jumpa yang tepat.
Boleh sambung belajar tapi kena seiring dengan pengalaman. Kalau kau ada Master, maksud dia kau pakar dalam bidang tu. Macamana nak dikategorikan sebagai pakar kalau zero pengalaman dan hanya bermain dengan teori?
Dan untuk rakan – rakan graduan PHD yang masih belum bekerja. Aku harap tips aku ni sangat bermanfaat untuk pencarian kerja dan good luck.
– Dr. Shine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit