Perjalanan Mencari Jodoh

Betul lah guru aku pernah kata perjalanan mencari jodoh is the same way you looking for Allah.

Kita put all the efforts and hopes untuk mencapainya. Apa yang berbeza di pengakhiran nya ialah Allah tidak pernah meninggalkan kita sama sekali.

Hai everyone. Nama aku Haikal. Umur aku sudah melangkau ke penghujung 20an. Sudah berkerja tapi masih berstatus contract.

Dan sekarang aku tengah berjuang kumpul duit untuk menghalalkan jodoh yang tidak kunjung tiba. Nampak macam pasrah lakk, haha.

Journey aku cari mencari jodoh ni bermula dari zaman aku di universiti lagi. Tapi dah last sem baru enjin aku panas hehe.

Berbekalkan semangat anak jantan aku approach seorang perempuan ni yang aku minat dari aku tahun kedua lagi.

Seperti yang aku jangka, rejected. Tapi aku tak terkejut pun sebab aku memang rasa aku tak bersedia sepenuhnya waktu tu.

Tapi sebab waktu tu kan dah last sem, takkan aku nak biarkan perasaan hilang camtu saja.

Tapi betullah kata orang, hargailah circle zaman study ni. Kau banyak pilihan untuk dipilih compared to zaman kau dah keja. Circle kecik ya amat. Lagi2 kalau company kau tak besar mana.

So, aku boleh katakan aku hanya ada beberapa orang crush ja time belajar, yang aku berani confess lah hanyalah sorang, haha.

Interesting part adalah aku sudah set kan benchmark dalam diri aku dari awal lagi which aku takkan sesekali ada serius relay dengan mana2 perempuan sampailah satu tahap aku rasa aku dah ‘mampu’ dari semua aspek.

Thats why bila aku crush kat sapa2 immediately aku pujuk diri aku untuk lupakan benda tu. Sebab aku tau diri aku memang tak mampu. Tak kisahlah tak mampu tu diukur dari financial part ke or others.

Sampailah aku dah grad, benchmark tu buatkan aku payah nk dekat dgn mana2 perempuan. Bila rasa minat je terus aku teringatkan benda tu.

Awal2 keje tu aku confess kat sorang perempuan yang aku kenal zaman study dulu.

Problem is aku tau memang aku tak mampu pun nak serius tapi maybe sebab gatai meghela sangat kot then aku confess jugak. As usual, rejected.

Kadang2 aku pikir mungkin Allah nak selamatkan aku dari hubungan yang sia2. Padahal Allah tu boleh je biarkan aku lalai dan terjerumus dalam hubungan yang macam tu (Istidraj).

Tapi tulahh Rahmat Allah, He saved us tanpa kita meminta

Aku ada juga try guna fb dating tu, tapi mesti tak lekat. Chat kejap2 je pastu either aku yang ghosting atau dia yang ghosting, haha.

Mungkin sebab benda ni percuma kan, so rasa tak ramai yang serius dalam tu termasuk aku, hehe.

As now aku ada terminat dekat budak perempuan yang aku kenal time program uni dulu. Dia ni memang sejenis Qurratul A’yun (sejuk mata memandang), pakaian simple dan sopan, suka masak.

The best thing yang aku nampak kat dia adalah dia ni ada vibe motherhood which something yang aku cari selama ni.

So sekarang aku tengah confuse samada aku nk directly approach dia atau aku guna orang tengah which both ada pro and cont. This time kalau aku diberi peluang, memang aku takkan sia-siakan.

No time dah to play2 kan. Kalau perlu aku jumpa parent dia, aku sanggup as long dia nampak keseriusan aku ni haha

InshaAllah aku target untuk settle down tahun depan. Umur aku pun bukan makin muda. Tahun ni aku cuba capai benchmark aku tu even tak semua kan

Minta pendapat dan doa semua ye. Terima kasih :)

– Haikal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *