Belajar di sekolah cina sejak sekolah rendah, aku struggle untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekolah aku. Semasa aku darjah 1, aku seorang sahaja pelajar Melayu di kelas aku.
Disebabkan aku masih tidak mahir berkomunikasi dalam Bahasa Cina, mama aku memasukkan aku ke tuisyen rumah khas untuk aku belajar bahasa cina sahaja.
Bukan pelajar terbaik di dalam kelas, markah tertinggi subjek Bahasa Melayu juga bukan aku. Aku bukanlah atlet sukan yang berjaya disebabkan oleh penyakit lelah & kaki aku yang pendek ni.
Namun begitu, aku mula dikenali guru-guru dan rakan kelas yang lain apabila aku berjaya mendapat A dalam subjek Bahasa Cina (objektif) aku. Mungkin itu satu-satunya pencapaian aku yang boleh banggakan di sekolah rendah.
Belajar di sekolah menengah cina juga tidak banyak kelainannya, bezanya pelajar Melayu batch aku berkumpul setiap kali kelas Pendidikan Islam. Dan batch aku mempunyai sekitar 10-15 orang pelajar Islam.
Ada yang popular kerana kecantikannya, ada yang popular kerana join gangster di luar, ada yang popular kerana sukan, ada yang popular kerana peramah & menjadi kesayangan para guru.
Dan aku? Aku masih terasa tersisih, seolah-olah aku tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan pun. Mesti ramai yang pernah rasa seperti aku kan?
Normal sebenarnya seorang remaja keliru dengan kedudukan & tempat dia dalam sebuah kumpulan sosial. Aku benar-benar terasa susahnya untuk adapt kerana aku tidak mempunyai kakak atau abang, guru atau mentor yang faham apa yang aku lalui dan bimbing aku.
Jadi, apa yang aku share di sini adalah hasil pemerhatian & pengalaman aku mencari keyakinan diri:
1. Terima Kelemahan Diri Seadanya
Keyakinan diri (Confident) itu sering kali dikaitkan dengan Kekuatan Diri. Tapi selalunya, keyakinan diri kita hilang atau berkurangan kerana kita takut orang lain nampak kelemahan & kebodohan diri kita.
Kita takut untuk membuat atau mencuba sesuatu kerana kita risau yang orang lain akan nampak kegagalan kita.
Sepanjang aku sekolah menengah, aku defensif setiap kali ada orang yang kritik atau ketawakan aku, sebab aku tak diajar cara untuk hadap situasi macam tu.
Nasihat aku: Tukar mindset kau kepada “Sekarang aku berkelakuan bodoh, dulu pun aku pernah berkelakuan bodoh, dan di masa depan pun aku akan berkelakuan bodoh.”
Hakikatnya, manusia memang akan berkelakuan bodoh kerana ada tempatnya yang kita jahil.
Apabila kau terima yang manusia ni tak sempurna, termasuklah diri kau. Maka berkelakuan bodoh itu normal. Dan minda kau lebih terbuka untuk menerima cabaran & pengalaman baru serta nasihat & kritikan membina dari orang lain.
Bayangkan dalam drama korea atau drama melayu, watak heroin tu clumsy terjatuh dalam longkang, dari perspektif heroin tu dia malu habis sebab orang lain nampak dia berkelakuan bodoh.
Tapi dari perspektif hero, dia tergelak dan suka tengok keletah heroin tu yang tak tengok kiri kanan apabila membaca buku (contoh). Kau kena ambil perspektif hero tu setiap kali kau teringat balik momen kau berkelakuan bodoh.
2. Bahasa Badan yang Santai & Tenang
Kekalkan riak muka yang tenang dan selesakan diri kau di mana-mana sahaja kau berada.
Apabila kau duduk, bersandar seolah-olah badan kau dah biasa dengan sofa yang kau duduk. Apabila kau berdiri, jarak antara kaki kau dibuka sebesar bahu kau.
Perasaan selesa kau tu akan menunjukkan yang kau yakin walau di mana pun kau berada.
Pengalaman aku sebelum aku mula interview, aku akan selesakan diri dengan tempat interview aku. Aku berjalan-jalan melihat piala dan anugerah yang tergantung, aku perhati persekitaran aku dan gerak-geri pekerja di situ.
Basically, aku buat macam rumah sendiri. Dan bila ada yang tegur aku, aku akan berterus-terang apa yang aku sedang buat:
“Owh, saya sedang tengok anugerah ISO company ni. Tak sangka company ni sangat teliti dengan management system sehingga mampu comply dgn ISO.”
Kekal dalam keadaan tidak reaktif (non-reactive) dalam situasi yang tertekan. Dalam keadaan stress, badan kita secara semulajadinya akan bertindak balas dengan 2 cara: Lawan (Fight) atau Lari (Flight).
Akal kita akan menahan diri dari Lawan atau Lari, namun badan kita masih akan menunjukkan gejala tersebut seperti: Tangan dan kaki kita tak reti duduk diam, kita mula berpeluh dalam aircond, muka kita akan berkerut, kita akan mengetap bibir atau sebagainya.
Nasihat aku apabila kau dalam situasi yang tertekan atau kau dikritik depan orang adalah untuk diam dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi, pada riak muka atau pada bahasa badan.
Minda kau berpusing laju memikirkan cara untuk membalas dan hati kau berdegup kencang menahan marah atau kerisauan. Berhenti seketika dan fikir sedalam-dalamnya, jangan biarkan persekitaran kau mengganggu kau.
Pengalaman aku disindir oleh rakan sekerja di hadapan staff lain di dalam lift. “Kau jangan garang sangat, nanti lelaki takut nak main dengan kau.”
Take note yang rakan sekerja lelaki aku sedang memberi komen berbaur seksual pada aku yang masih anak dara di hadapan staff perempuan yang lain.
Malah rakan sekerja aku siap meminta persetujuan staff perempuan itu di hadapan aku. Hati aku terbakar sehingga dahi aku sedikit berkerut. Staff perempuan tersebut kelihatan ragu-ragu untuk membalas kata-kata rakan sekerja aku.
Aku diam seketika lalu aku mambalas dengan nada flat: “Saya garang bertempat.” dan kemudian aku keluar dari lift tersebut. Aku berlari ke surau untuk menangis kerana terlampau marah.
Dan apabila aku mulai tenang aku mesej pada raka sekerjaku: ‘Mulut tu dengan saya jaga sikit ya. Jangan anggap semua benda boleh buat gurau.’ Sejak itu, rakan sekerja aku tidak lagi bergurau hal-hal sedemikian dengan aku.
Untuk Part 2 aku sambung lain kali. Dah terlampau panjang sangat ni~
– Blogger ProsesPendewasaan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit