Perjalanan Perit Pelajar PhD Disebabkan Tohmahan Examiner

Assalamualaikum wbt. Hi semua. Nama aku Elyn, merupakan pelajar PhD di salah sebuah universiti di Malaysia.

Bulan 10 ni merupakan semester kedua terakhir aku di sini, dan doakan aku agar dapat menyiapkan PhD aku dalam tempoh setahun mendatang.

Tujuan aku menulis di ruangan ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap pensyarah di universiti aku berada. Tidak kesemuanya, tapi majoritinya.

Di sini, apa yang aku boleh simpulkan adalah, pensyarah di universiti ini suka menjatuhkan maruah dan semangat para pelajarnya.

Sebelum aku cerita lebih jauh, moleknya aku cerita serba sedikit bagaimana perjalanan pelajar PhD di universiti aku.

Di universiti aku, pelajar full-time akan diberi tempoh 3 tahun untuk merangkul ‘Graduate on Time’.

Pada tahun pertama, pelajar akan menduduki kelas ‘coursework’ selama 2 semester, dan hanya boleh melantik supervisor selepas pelajar tersebut telah menghabiskan 4 subjek tersebut.

Apabila tahun kedua, bermulanya perjalanan kajian bagi setiap pelajar. Pada tempoh ini, pelajar akan mula merangka kajian mereka untuk mencari fokus kajian.

Kebiasaannya, pelajar dikehendaki untuk menghadapi colloquium ataupun proposal defend pada semester ke-3 atau ke-4, bergantung kepada proses kajian pelajar tersebut.

Balik kepada isu ketidakpuasan hati aku terhadap pensyarah di universiti ini adalah merujuk kepada cara yang mereka gunakan untuk menegur para pelajar PhD.

Aku bagi contoh, ketika aku di semester pertama, kami diminta untuk menghadirkan diri untuk colloquium para senior di fakulti aku.

Selepas pelajar pertama membentangkan hasil kerjanya, aku terkejut cara examiner itu merespon kepada pelajar tersebut. Sebagai contoh,

‘Do you think this is a PhD level?’

‘Everything you explain is rubbished’

‘I read your thesis; I can say this is totally sucks’

‘I’m not understand what you’re doing (sambil menjerit dan tinggalkan bilik colloquium)’

Dan banyak lagi yang buat aku dan kawan-kawan aku menyampah.

Boleh bayangkan tak kalau kamu di tempat pelajar tersebut? Boleh rasa tak apa yang mereka rasa?

Di hadapan berpuluh-puluh pelajar serta pensyarah-pensyarah yang lain, kenapa mesti tegur dengan cara yang tidak berhemah?

Setahu aku, colloquium adalah proses dimana para pelajar akan membentangkan proses kajian mereka, dan berharap agar penilai dapat memberi komen/ pendapat terhadap kajian tersebut untuk diperbetulkan pada masa akan datang.

Memberi komen dan menghina adalah DUA BENDA YANG BERBEZA.

Sama seperti Proposal Defense (PD), kebanyakan komen yang diterima daripada examiner semua boleh menjatuhkan maruah dan demotivated.

Bukan setakat penilai yang memberi komen, pensyarah-pensyarah lain pun memberi komen dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Aku pun salah satu pelajar yang kena tempiasnya. Ketika aku PD semester lalu, aku dapat bermacam-macam komen daripada pensyarah lain yang bukan menjadi examiner aku.

Selepas habis PD tersebut, aku heartbroken selama beberapa minggu hanya disebabkan kata-kata yang mereka gunakan sangat tidak berasas ketika memberi komen.

Aku tak salahkan mereka memberi komen, dah memang itu kerja mereka. Tapi janganlah sampai nak menjatuhkan maruah pelajar.

Benda ni bukan baru jadi, dah memang menjadi budaya di fakulti aku. Aku tak faham kenapa, adakah para pensyarah tersebut lupa yang mereka juga adalah pelajar suatu ketika dahulu?

Jangan cakap ‘alaa ko pelajar, terima jak laa apa yang penilai tu cakap’. Korang, pelajar-pelajar PhD bukan sama seperti pelajar diploma atau undergraduate, kebanyakan dari mereka dah berusia dan bekerja.

Kami pun faham kerja seorang pensyarah, kami faham mereka berhak menilai, memberi komen. Tapi, bukan dengan cara yang menjatuhkan maruah.

Aku tak tahu bagaimana cara universiti lain ‘treat’ pelajar mereka.

Tapi setahu aku, merujuk kepada kawan aku yang ambil PhD di salah sebuah Research University di Malaysia, examiner mereka bagi komen in polite way. Tiada istilah menjerit ketika memberi komen atas pelajar.

Malah mereka boleh tersenyum selepas pembentangan. Kalau kat tempat aku, jangankan senyum, bercakap pun tak dapat dah. Sebab perasaan tu dah rasa kajian kita tu dah useless.

Aku masih ingat ketika aku ajak kawan aku tengok colloquium kat fakulti aku, dia punyalah terkejut bila para pensyarah menjerit-jerit bagi komen.

Kawan aku siap tanya, ‘eh dah macam bergaduh pula kolokium korang ni. Awat seram sangat wei?’ Dan respon aku, well ni lahhhh ***.

Tapi tidak semua mereka begitu, tapi seperti yang aku cakap. Majoriti mereka berkelakuan sedemikian.

Few lecturers pun ada yang tak bersetuju dengan cara fakulti ni treat pelajar, sebab aku selalu juga borak dengan lecturer kat sini, dorang akan cakap benda yang sama.

Fakulti ni suka demotivated student. Memang itu lah kerja mereka.

Ini aku tak sentuh lagi bab major minor corrections. Macamana diorang determine pelajar tu dapat major atau minor. Ni kalau aku ulas, korang lagi rasa lahh fakulti aku ni teruk. Tapi, memang teruk pun. Huhu.

Aku bukan nak cakap yang aku perlukan layanan yang baik. Tapi berpadahlah dalam menilai dan memberi komen. Pelajar pun ada hati dan perasaan.

Kawan aku ada yang sampai quit dari universiti ni sebab tak tahan, dan kawan aku tu pun juga seorang pensyarah, tapi bila dia masuk kat fakulti ni, dia rasa macam tak adil bila pelajar PhD di layan sedemikian rupa.

Kita bukan masuk secara percuma, kita datang untuk menimba ilmu. Tapi tohmahan ja kot yang banyak kami dapat dari universiti ni.

Tapi disebabkan benda ni, aku makin bersemangat nak habiskan study aku dan keluar dari universiti ni. Aku tak tahan dah nak hadap ‘budaya’ dorang ni. Tak masuk di kepala otak aku.

Kelak, kalau aku jadi examiner untuk para pelajar aku, aku akan pastikan aku tidak layan mereka seperti apa yang aku hadap sekarang. SAKIT.

Okay la guys. Doakan aku dapat habiskan PhD aku dengan cepat ya.

Dan doakan aku dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan cara pendekatan yang lebih baik dan bukan seperti pensyarah kat fakulti aku ni lakukan.

Thanks korang sebab sudi baca luahan aku dari awal hingga akhir ni. Sekarang aku di fasa bukan menerima, tapi dah fasa menyampah. Lantak korang lah nak buat apa, janji PhD aku selesai.

Yang menulis,

– Elyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *