Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perkenalkan nama saya Aisya,berumur bertengahan 30an.
Disini saya ingin menceritakan pengalaman saya sebagai pesakit tulang belakang yang telah menjalani beberapa procedure tulang belakang.
Saya mula mengalami sakit2 belakang bermula pada tahun 2012.Dalam tempoh berkenaan saya tidak mendapatkan apa2 rawatan hanya bergantung pada ubat ubatan yang mudah didapati di rak2 pharmacy sampailah pada akhir 2016 saya mula merasai sakit belakang yang menjalar ke kaki kanan sehingga saya tidak mampu untuk tidur setiap malam.
Saya tegaskan hati dan diri untuk berjumpa dengan doktor pakar,menjalani beberapa siri MRI dan kesakitan saya terjawap apabila MRI menunjukkan slip disc di level lumbar 4,5, S1 dan terjadi kekoyakkan pada disc.
Saya mengambil rawatan secara conservative iaitu pengambilan ubat2 yang lebih kuat keatas saraf2 yang telah ditekan oleh disc.Selama 2 bulan saya mengambil ubat kesannya hanya sementara,saya tetap merasai kesakitan yang tiada penghujungnya.
Saya kembali berjumpa doktor dan saya memilih untuk melakukan kaedah minimal invensive procedure daripada memilih kaedah pembedahan.
Saya menjalani laser spine procedure dan radiofrequency,tetapi dengan kuasa Allah kaedah tersebut tidak berjaya akibat disc yang telah haus.Saya mengalami nerve irritation yang sangat teruk sehingga saya tidak mampu berjalan.Kaki saya mengalami rasa terbakar yang tidak pernah hilang walaupun dikawal oleh ubat ubatan yang paling kuat.
Sakit saraf yang dialami sangat luar biasa yang saya sendiri tidak dapat menerangkan betapa sakitnya ia .Salah satu sakit saraf seperti terkena renjatan elektrik di dalam kaki.
Saya telah mencuba pelbagai kaedah seperti acupunture,physiotherapy,
Puncak kesakitan saya sehingga saya mulai demam,kedua belah kaki saya bengkak,berjalan satu langkah terasa urat di belakang kaki seperti hendak putus,kaki saya mula berubah warna,sejuk,tidak lagi merasai apa2 sentuhan…saya sudah kehilangan rasa.
Saya dimasukkan ke hospital untuk sekian kali,melakukan MRI berkali kali,akhirnya saya terpaksa melakukan pembedahan tulang belakang yang saya cuba elakkan selama ini.
Alhamdulillah saya telah selamat melakukan pembedahan,terasa kembali sihat,merasai kaki buat sekian kali.Alhamdulillah saya diberi light duty dari majikan saya selama setahun.
Tetapi…setelah 3 bulan kembali bekerja saya mula merasai kesakitan kembali,kaki kembali bengkak dan lebam,urat2 kaki timbul pada permukaan kaki.Saya kembali ke hospital dan doktor mensyakki saya menghidap Deep Vein Thrombosis.Setelah di siasat melalui ultra sound doppler hampir keseluruhan urat darah kaki saya berfungsi dalam keadaaan huru hara.
Alhamdulillah berkat usaha dan pengambilan ubat yang berterusan kesakitan kian reda tetapi saya berterusan diuji dengan kesakitan baru yang kali ini menyerang tulang punggung.Saya tidak mampu duduk dengan kadar lama,terasa duduk di atas tunggul kayu.
Saya terus berusaha mencari jalan rawatan yang terbaik dan alhamdulillah saya bertemu dengan seorang Pain Specialist.Daripada pemeriksaan beliau,saya bersetuju untuk menjalani epidurolysis dan radiofrequency tulang punggung.Alhamdulillah kesakitan saya kini hanya berada di tahap 2 dari 10 skala kesakitan.
Saya telah kehilangan banyak benda yang saya sukai seperti aktiviti mendaki gunung,bercuti di luar negara,memandu jarak jauh dan lain lain aktiviti yang melibatkan tenaga.Kekuatan dan tenaga saya tidak lagi seperti dahulu.Memandu sekitar 30 minit juga mampu membuatkan badan tidak lagi selesa.Mengangkat barang seberat 3 kilo juga amat berat bagi saya kini.
Nasihat saya kepada yang masih sihat jagalah tulang belakang anda dengan sebaiknya.Kepada penghidap sakit tulang belakang,kerosakan kita telah kekal,tiada apa yang mampu untuk kembalikan kekuatan tulang belakang seperti dahulu.Walaupun memiliki insuran berjuta ringgit dan mendapat rawatan yang terbaik jika nikmat kesihatan telah diangkat..there is nothing we can do
Its hard but its truth.
Note:Saya tidak mempunyai acc fb,sebarang nasihat,komen atau pertanyaan saya tidak mampu mengetahui.Jadikan kisah saya sebagai pengajaran untuk anda semua menjaga kesihatan tulang belakang anda.
– Aisya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit