Perjalanan TTC dan Masih Menanti

Assalamualaikum.. Nama aku Aisyah dan berumur pertengahan 20 an. Aku tak pandai sangat menulis karangan panjang2 nie tp aku cuba ok? Based of aku punya tajuk pun ramai yang dah tahu apa yang akan aku tulis kan. Perasan tak sejak dua menjak ni ramai yang hantar confession berkenaan dengan menantikan zuriat, salah seorang nya akulah yang masih menantikan zuriat.

Aku dan suami dah kahwin 2 tahun setengah tapi masih belum di kurniakan zuriat. So aku tulis confesion nie untuk tanya tentang rawatan yang pernah korang try dan berjaya. Aku tinggal di belah pantai timur dan aku ada rujuk dekat doktor tempat aku tinggal.

Dan doktor tu suggest kalau nk dapatkan rawatan yang lebih details murah dan terbaik boleh pergi ke HSNZ. Dalam Malaysia ni ade 4 buah hospital yang terbaik bahagian fertility dan IVF, antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ), Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, dan Hospital Likas Sabah. Tapi aku tak terfikir lagi lah sampai nak buat ivf. Buat masa sekarang aku cuma nak check masalah kami suami isteri dan step2 yang seterusnya yang patut kami lalui.

Aku pun kadang2 putus asa gak, tapi aku cuba positif dan muhasabah diri kenapa Allah bagi ujian macam ni kat kami suami isteri. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami suami isteri sebab tu Dia hold dulu rezeki anak tu. Aku ada buat rawatan sebelum ni kt klinik tempat aku tinggal dan pernah makan clomid untuk 4 cycle, tapi masih belum berjaya. Setahu aku clomid hanya boleh makan untuk 6 cycle je kan.

Lepas tu rehat untuk 4 bulan or 6 bulan macam tu baru proceed untuk step seterusnya jika tak berjaya lagi. Betulkan aku kalau aku salah. Doktor kat klinik tu cuma scan dan bagi aku makan clomid. Clomid perlu di makan pada hari ke-2 haid dan sampai hari ke-6 haid mengikut dos yang doktor tetapkan. Oh ya untuk hari ke 21 lepas makan clomid tu kena ambil darah plak untuk tengok paras hormon kita macam mana. Yang ni aku tak berapa ingt hormon apa, tapi memang masa first aku ambil darah untuk tengok paras hormon aku, memang hormon aku rendah sangat2.

Lagipun sebelum2 ni aku pernah ada masalah haid yang tak teratur dari zaman sekolah lagi. Since jumpa doktor tu dia ada bagi ubat untuk lawaskan haid dan ubat hormon. Aku makan untuk 2 bulan pertama haid aku keluar perlu di bantu dengan ubat2 tu. Lepas pada tu, haid aku normal macam biasa dan tiap2 bulan datang. Tapi tu lah even tiap2 bulan datang pun aku still tak mengandung lagi.

Doktor tu suggest untuk aku buat rawatan lagi details kat hospital. Sebab nya kat klinik tu cuma boleh check untuk yang basic sahaja bukan tertumpu untuk bahagian fertility. So, aku nak tanya kat korang yang berjaya dan pernah buat rawatan di HSNZ lama tak prosess untuk tunggu tiap2 rawatan tu. Dan apa prosedur yang doktor akan buat untuk rawatan pertama dan seterusnya.

Untuk makanan2 sunnah dan berurut pun aku pernah buat. Aku ada tengok dalam satu video ustaz tu bagitahu untuk sape2 yang masih menantikan zuriat macam aku boleh buat tips ni, suami dan isteri perlu ambil tiap sorang segenggam kurma yang liat dan susu kambing segar 1 liter. Lepas tu suami dan isteri perlu buang biji kurma tu masukkan dalam blender dan blend. Lepas blend suami kena minum separuh isteri kena minum separuh dan perlu habiskan dalam masa satu hari.

Untuk tips ni perlu buat sekali je seumur hidup. Tips kedua suami isteri kena amalkan makan tiap2 hari 7 biji kurma yang kering dan liat dan minum segelas susu kambing amalkan dalam masa setahun. Dan surah yang perlu di baca surah Maryam ayat 1 – 12. Insha Allah moga2 dengan izin Allah ada rezeki untuk kami suami isteri merasai nikmat untuk menjadi ibu dan ayah, doakan tau. Dan tak lupa jugak aku doakan untuk mereka2 yang masih menantikan zuriat macam aku akan di kurniakan zuriat lepas ni.

Bagi sape2 yang pernah ada pengalaman ttc boleh share untuk panduan aku dan ttcian yang lain jugak. Yang penting untuk meraka yang masih menantikan zuriat jangan putus asa dan jangan stress2. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Allah sebaik2 perancang. Moga2 ada rezeki zuriat untuk kita lepas ni, mana tahu kembar ke? Aamin :)

– Aisyah

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *