Perjalanan Untuk Survive Dan Keluarga

Assalamualaikum semua, aku gelarkan diriku GadisN. Aku nak cerita tentang kehidupan aku yang mana penuh pancaroba, tapi ni bukan luahan sedih, tapi kira macam penghargaan aku untuk diri aku sebab: survive.

Aku Gen Z, dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Aku bergantung dengan biasiswa kecil persekutuan masa sekolah menengah sebab result cantiklah jugak.

Dari umur 17, aku sedar aku tak boleh harap kat keluarga aku. Aku buat macam-macam kerja (yang halal) untuk sara diri dan sambung belajar. Umur 17, aku kerja kat sebuah kedai makan, gaji aku dapat RM800. Lepastu, kerja francais ayam goreng dengan gaji ikut jam sebab masih baru.

Asalnya aku nak stay sebulan je, tapi tahu-tahu setengah tahun sebab persekitaran tu sangat toksik. Aku pernah tak boleh bangun 2 hari disebabkan buat 2 tugas sekaligus, tapi aku cuba bangun dan ambil ubat tahan sakit sampaikan 2 kali sehari.

Kemudiannya, aku berhenti sebab tak tahan dengan manager baru yang suka hina aku. Lepastu, aku kerja di gedung beli-belah kat kedai hadiah yang aku kerja tu boleh duduk dan makan. Di sini, aku belajar uruskan stok, kira untung-rugi, dan check inventori.

Kemudiannya, aku sambung belajar pada umur 19 lepas cukup duit. Untuk tampung belanja, aku jual buku terpakai, telefon bekas kat Shopee, dan time belajar banyak benda aku buat. Aku jual macam acc game tu, kadang tolong kawan jualkan.

Bila dapat biasiswa, aku beli printer, beli kertas 500 helai, beli ink, lepastu promote kat group WhatsApp. Lecturer pun faham dan sokong aku sampai budak-budak course lain pun nak print.

Perangai last minute ramai student chat aku pukul 2 pagi nak print, sampaikan aku kena marah ustazah sebab datang lambat (dahlah aritu presentation), tapi takpe haha sebab dah minta maaf. Tapi time kolej ni, aku buatkan assignment orang dengan bayaran RM20 setiap assignment, dan waktu tu kitorang panggil yang ni sebagai “Joki”.

Macam-macam assignment daripada web development, C++, Network, dan selain tu, aku repair laptop kawan yang slow. Yang ni paling banyak pendapatan sebab asalnya aku cakap RM65 termasuk RAM yang aku tambah, dia bagi RM100 sebab komputer dia jadi smooth dan takde slow macam dulu.

(BTW, dia jimat sebab almost kena tipu kedai komputer cakap tak boleh repair dan cakap laptop tu value RM200 sebab susah repair, padahal tambah RAM je).

Sebenarnya ada kelebihan jugak jadi budak yang tiap semester dapat 3.8 ke atas, sebab ramai orang akan tanya kau macam-macam. Aku bagitau terus, kau nak aku ajar ke nak aku buat?

Ramai yang tanya kenapa laptop diorang macam tu, kenapa software diorang macam ni, kenapa lagi, kenapa coding tak run. Aku explain dulu masalah, baru tawarkan aku boleh selesaikan masalah tu, contohnya laptop slow tu.

Masa tu, rumah sewa dekat dengan kedai ayam, jadi aku beli satu kepak ayam tu je, timbang RM2.30, kekadang RM2.50. Dan itulah yang aku makan tiap hari. Aku tak suka makan mi segera, tak suka makan makanan proses sebab pernah muntah makan sosej.

Aku beli macam udang kilo, ayam mentah sepotong, paku pakis, ikan kembung seekor untuk makan, kadang-kadang ikan masin tenggiri tu. Kadang-kadang tepung serbaguna tu, goreng macam cucur then makan dengan nasi.

Lepastu, aku masih jual buku dan barang-barang lain online. Sampailah Latihan Industri yang takde elaun kat sekolah rendah. Aku perbanyakkan benda yang aku boleh jual, kedai Shopee ada buku-buku, aku bukak service repair, pulihkan data, pasang software kat komputer, buat website, dan banyak lagi.

Sekarang aku dah nak tamat Latihan Industri. Bila aku teringat balik, banyak cabaran yang aku hadapi. Tahun 2024 dan awal 2025 ni adalah tahun yang banyak pencapaian sebab abang kedua masuk TLDM, abang ketiga dah beli kereta dan naik jadi pengurus, adik aku dekan.

Walaupun kecil, tapi sangat berharga selepas banyak cabaran yang kami hadapi bila abang sulung aku meninggal dunia dan disebabkan tu, aku tak jadi masuk Universiti yang ada biasiswa dan cari kerja di umur 17. Adik aku kena penyakit ruam kulit. Oh ya, setiap kami adik-beradik ada minat tersendiri:

– Abang kedua minat ketenteraan dan keselamatan, selalu cerita pasal Geopolitik dan pasal tentera. – Dah kerja.

– Abang ketiga minat automotif, dia pernah masuk WorldSkills mewakili negeri. – Dah kerja.

– Aku minat Sains Data – masih LI.

– Adik aku minat Sains Pertanian dan asyik cerita pasal nanas – masih belajar.

Dan kami memang dan telah mengejar impian kami dalam sesuatu bidang walaupun dalam keluarga yang serba kekurangan dan pernah direndahkan kononnya kami end up jadi miskin je.

Sebenarnya, aku seorang je perempuan dalam keluarga aku selain mak, dan aku sayang abang-abang dan adik aku. Ramai kawan aku tak faham kenapa aku selalu balik setiap minggu dan cap aku lembik, sebab aku rasa rumah aku adalah tempat where I belong to, walaupun abang aku ada yang joyah, ada yang kepoh.

Kat situlah aku paling banyak jadi lebih ceria bila bertemu abang-abang yang sekepala, sebab aku diluar seorang yang macam takde perasaan.

Lelaki ajak couple, aku reject mentah-mentah sebab aku cakap aku heartless (yelah tu haha, padahal adik aku masuk asrama, aku nangis time kat bilik).

Alamak, panjang pulak cerita aku ni hahaha. Aku buat bahagian kedua nanti, insyaallah.

– GadisN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ohhh mula mula makcik ingatkan awak ni lelaki , rupanya perempuan, hebat awak ni adik, moga terus berjaya dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *