Perjuangan Aku

Hai dan Assalamualaikum pada semua. Nama aku Z dan aku berumur 18 tahun. Aku masih remaja. Aku tak nak intro panjang sebab2 aku dalam keadaaan sakit ketika meluahkan isi hati aku.

Luahan aku ni sebenarnya berbentuk diari which means seolah2 aku sedang bercakap dengan diri aku sendiri kerana aku hanya perlukan perhatian.

Bukan solusi. Segala solusi aku dah tahu cuma aku tak totally kuat untuk melaksanakan solusi tu untuk diri aku. Kadang2 berjaya kadang2 drop. But i believe, i can!

Aku dah menghidap sakit mental sejak aku berumur 13 tahun pada akhir tahun 2015 dek kerana perangai2 manusia yang aku tak boleh handle.

Punca berlakunya benda ni pada diri aku bukan dalam 2-3 hari saja tapi dalam kadar tempoh yang lama.

Sehingga seolah2 ianya membentuk menjadi sebuah batu yang besar dan menekan emosi dan mental aku. Seterusnya, terciptalah keadaan yang uncontrollable yakni tekanan mental. Keadaan diri aku stress.

Otak aku mula celaru. Selama aku menjalani kehidupan remaja, aku tak ada hobi dan hidup aku hanyalah belajar, bermain internet sampai pecah kepala, duduk rumah, makan hati dan sebagainya lah.

I mean, aku jarang ada JOY dalam hidup aku sebagai remaja. Lupa bagi tahu, aku introvert.

But korang! Kena ingat tau! Nak bahagia tak semestinya berkawan! Banyak cara lain lagi nak hadirkan emosi gembira dan bahagia dalam diri ni.

Aku ni pun dah makin ok cuma keadaan aku sekarang ni on off. Biasalah, bukan senang nak senang.

Aku mula menghidap anxiety pada ketika itu.

Setiap petang, lepas balik sekolah pasti aku akan risau tanpa sebab dan perasaan itu bukan satu perasaan yang biasa2 tapi sebuah emosi yang menyakitkan diri aku sehingga hilang fokus aku dibuatnya.

Aku ingatkan waktu itu sahaja aku mengalami emosi yang menyakitkan tu, ternyata aku juga mula resah apabila berhadapan dengan orang.

YA. Aku mula menghidap anxiety sosial. Satu perasaan dan sikap yang aneh kerana aku ada perasaan tu terhadap orang walaupun orang2 tak lakukan apa2 yang pelik pun pada aku.

Iya lah!!!! Kalau tak pelik, tak ada lah kita panggil dia sebagai SAKIT!

Senang je nak detect orang tu sakit atau tak, bila kau nampak fikiran, emosi dan tingkah laku seseorang tu agak aneh dan pelik (tak normal), maka kemungkinan seseorang tu perlukan bamtuan dan rawatan.

Dia sakit bukan lemah iman! Tak keruan orang dibuatnya! SAKIT~ TOLONG SAYA~ itu lah yang selalunya hati aku merintih.

Bagi aku, Kesilapan paling besar ialah meluah kepada orang sekeliling. Kalau tak bagi perhatian, mula rasa nak gaduh sebab masing2 muak dan fed up.

Simpan sahaja sakit kau kerana orang hanya nampak kau sebagai manusia pelik dan mengada2. Bila apa2 jadi kat kau, baru nak concern dan mula mengutuk padahal kau membantu ke?

Hakikatnya, kau sedang sakit. Sakit = lemah.

Kau dalam keadaan lemah sedang bertarung ibarat kau hanya ada sebuah pisau bertarung dengan seseorang yang menggunakan perang samurai.

Kau mungkin akan menang akhirnya tapi kau telah banyak terluka dan sakit sehingga penat.

Orang kata kat kau “jangan fikir benda tu” . . “jangan ikutkan perasaan”. . iya, aku tahu dan benar sekali kalian katakan. Tapi aku sedang bertarung. Ku penat.

Itu lah segilintir pesakit mental sedang buat yakni seperti yang kau suruh tu lah. Tapi penat bro and sis sekalian. Kami ni sakit.

Tak faham bahasa ke? Kemampuan kami ni rendah sikit daripada kamu semua!

Bukan semudah ABC je untuk hapuskan trigger dan sesuatu yang menganggu otak pesakit mental.

Kamu sekalian sis and bro bersyukur bila diberikan nikamt kesihatan mental yang baik. Hargai ya!

Sehingga kau solat daripada 4 rakaat jadi 2 rakaat. Kerja kau tertangguh dek kerana lemah dan sakitnya diri kau. Bukan kerana malas nya diri ku ini.

Orang mengatakan aku kurang ajar bila aku mengamuk tapi hakikatnya kau sendiri dalam keadaan terpinga2.

Sakit ku ini perlukan bantuan. Ketahuilah, emosi aku sakit. Otak aku sakit. Aku bukan migrain tapi aku sakit di bahagian kepala. Aku celaru. Aku tak faham.

Jiran2 mendengar dan pasang teling dan sudah tahu bahawa budak berumur 18 tahun ni gila. Aku tak gila. Aku sakit.

Aku ada pelbagai solusi sebab aku bukan bodoh tak boleh berfikir. Cuma aku perlukan perhatian dan pendengar.

Ok, sekian terima kasih. Doakan aku dipermudahkan segala urusan.

– Mr. Insane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *