Perjuangan Aku Penghidap HIV Dan PLU Belum Selesai

Assalamualaikum wbt, pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi publish luahan aku ni.

Apa yang aku nak luahkan ni aku yakin sesiapa yang dah lama dalam group ni semua dah pernah dengar, bukan perkara luarbiasa pun. Tapi aku memilih untuk menulis mungkin sebagai luahan perasaan aku dan memohon doa dari kalian semua.

Okay seperti tajuk luahan aku, aku yakin semua dah boleh agak cerita aku cuma aku cuba karang bagi pembaca menilai side story aku.

Sebagai intro mudah aku kenalkan diri aku sebagai Murad (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun. Aku berkerja sebagai penjawat awam dan masih bujang.

Aku seorang penghidap HIV dan telah mendapat rawatan dari tahun 2015. Tak pernah missed rawatan alhamdulillah.

Baiklah satu fakta yang semua pembaca dah boleh agak adalah, oh dia ni ada HIV dan bujang mesti PLU/ gay ni.

Ya betul aku mengaku aku adalah golongan songsang tersebut. Tapi itu bukan aku nak highlight dalam luahan aku. Cuma aku bagi sikit intro dunia songsang aku. Aku mula sedar aku ada perasaan terhadap kaum sejenis ni sejak aku berumur 9 tahun.

Belum lagi ada internet untuk aku terpengaruh dengan p0rn0 ye kawan2. Takde juga aku terdedah kepada golongan ini sebab aku tak tinggal di asrama masa ni dan keluarga aku quite Islamic dan menjaga pergaulan serta ibadah.

Baik nak dipendekkan cerita, sejak aku dapat tahu aku ada HIV hujung tahun 2015 aku nekad untuk berubah.

Masa tu aku dah 4 tahun in steady relationship dengan BF aku. Tak pernah sekali pun aku tukar2 partner or ambil drug, jadi aku sendiri tak tahu punca aku kena.

Tapi Alhamdulillah family aku semua sangat supportive dan semua family member aku tahu status aku. Aku ceritakan masa nak ambil second test sebab aku percaya kpd doa ibu dan dengan dorongan BF aku.

Ini nikmat yang aku amat2 bersyukur. Ujian ini aku anggap sebagai tanda Allah masih sayangkan aku dan taknak aku hanyut.

Setelah aku tahu aku positif, aku cepat2 on ubat dan aku declare aku hanya kawan dengan BF aku. Aku sangat close dengan dia, family dia dan sebaliknya. Jadi support system aku sangat kuat.

Aku juga join Usrah bagi golongan nak hijrah, then aku jadi member yang aktif sehingga dilantik jd AJK dalam NGO orang yang nak berubah ni. Jadi pada yang ingin berubah banyak NGO ada untuk support anda dan penghidap HIV pun ada support group untuk bantu.

Kembali pada aku, aku kekal berkawan dengan ex BF aku sampailah aku dapat tahu dia nak kahwin dan Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan untuk aku jauhkan diri dari dia supaya hasrat dia nak berubah tak terbantut, aku berpindah ke Kementerian lain di negeri lain.

Aku kemurungan dari sekolah dengan hakikat aku adalah PLU, aku sangat benci pondan dan takkan berkawan rapat dengan mereka sebab aku sangat benci hakikat kau mengubah diri kau tanpa cuba melawan nafsu tu.

Aku juga sentiasa doa Allah timbulkan nafsu pada perempuan supaya aku boleh kembali kpd fitrah dan kahwin, ada keluarga dan bercinta dengan orang yang betul.

Dalam aku nak berubah. Sekali lagi aku diuji, aku melamar Indah (bukan nama sebenar) lepas aku dah kenal dia 2 tahun.

Sebelum aku lamar dia malam terakhir Ramadhan 2019, aku confess yang aku adalah PLU dan aku ada HIV. Penerimaan dia sangat baik. Langsung tak terkejut, Cuma aku terlambat. Dia dah terima lamaran orang lain dan bertunang. So aku jauhkan diri dari dia.

Hidup aku lepas tu down sangat2, langsung tak terurus sampailah aku selalu berdoa Allah tariklah nyawa aku. Kerja aku problem dan BP aku naik sampai 170 dan kena refer psikiatari.

Nak dijadikan cerita, aku rapat dengan housemate aku (straight) dan baru putus tunang. Jadi kitorang makin rapat dan timbullah perasaan antara satu sama lain. Tapi aku sedar semua ni permainan perasaan sahaja dan takkan kekal.

Jadi aku dah tak gila bercinta mcm dulu. Cuma kami sentiasa support antara satu sama lain. Dia pun ada planning nak kahwin dan dalam proses berkenalan dengan sorang perempuan di ofis dia.

Aku support keputusan dia, but d3pr3ssion aku kembali teruk memikirkan aku akan hilang sorang demi sorang orang yang aku sayang.

Setiap hari aku fight untuj terus hidup selagi diberi nyawa dan aku cuba cari jalan keluar untuk kembali semula kepada fitrah. Aku berkenalan dengan sorang perempuan ni (aku namakan dia Penawar) yang selalu ambil berat pasal aku.

Jujur aku takde perasaan pada dia. Cuma cara dia membuatkan aku yakin untuk aku bagi harapan pada dia. Aku pun nak kahwin in the mean time housemate aku ni nak kahwin supaya aku tak down lagi.

Tapi tiba-tiba aku dapat tahu Indah putus tunang, jadi aku put on hold Penawar dan minta izin Indah untuk aku tunjuk gambar dia pada keluarga aku.

Dia beri kebenaran dan aku pun inform keluarga aku. Hati aku kembali berbunga, aku mula ada motivasi utk hidup dan berdoa Allah permudahkan.

Setelah dipersetujui keluarga, aku melamar Indah lagi sekali. Dengan lembut sekali lagi dia tolak lamaran aku kerana keluarga dia dah carikan jodoh untuk dia. Masa ni aku rasa nyawa aku dah ditarik, hanya tinggal jasad yang keawang-awangan di muka bumi.

Perjuangan aku untuk berubah terbantut lagi sekali. Jujur aku nak kahwin bukan sebab family, bukan sebab nak tutup aib aku sebagai PLU, bukan sebab aku nak ada zuriat, bukan sebab tekanan kawan2 dan bukan sebab aku taknak kecewa setelah housemate aku kahwin.

Aku hanya ingin ihsan Allah untuk merasa sedikit kebahagian untuk aku bahagia di dunia dan hidup aku di akhirat nanti tidak segagal hidup aku di dunia.

Aku benar-benar ingin berubah, aku sangat2 berharap dipertemukan jodoh yang boleh terima aku seadanya dan aku akan berusaha untuk bahagiakan dia.

Semoga angan-angan aku ini jadi kenyataan dan aku tak nak lagi kembali kepada kehidupan aku yang penuh maksiat. Sakit aku ini aku pendam, tangisan aku setiap malam untuk ihsan Allah ini aku berharap akan termakbul.

Doakan aku ya pembaca sekalian. Perjuangan aku masih belum selesai.

– Murad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *