Perjuangan Mencari Kemanisan Berumahtangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Aku C, aku harap di sini aku boleh curahkan apa yang aku rasa sebab aku dah tak tahu nak meluahkan pada siapa.

Kaunseling? Pejabat agama semua aku sudah pergi tapi agak sia2 kerana tiada perubahan yang berlaku.

Tujuan aku bukan untuk membuka aib yang aku simpan tetapi ingin meminta nasihat dan doa dari kalian.

Aku harap pada kalian agar doakan aku untuk melalui saat2 tertekan ini dan aku minta jangan kecam aku, berilah nasihat agar aku dapat buat keputusan yang baik dikala ini.

Aku dan A hampir 4 tahun membina rumah tangga. Kami berkenalan hampir 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Kami bercinta jarak jauh dan jarang sekali berjumpa.

To cut it short bila dah berjumpa kami terjerumus ke lembah yang hina.

Ya. Kami melakukan hubungan seperti suami isteri ketika berjumpa beberapa kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Aku mengaku mungkin aku terlalu bodoh ketika itu kerana kami tak begitu saling memahami dan mengenali berikutan tinggal berjauhan dan tergoda dengan permainan syaitan.

Sehingga kini tiada siapa tahu tentang perkara ini selain dari kami berdua. Mungkin disebabkan hal ini aku dan suamiku hilang kemanisan dalam rumah tangga kami.

Disebabkan tidak begitu mengenali hati budi masing2 dengan mendalam, aku dapat tahu suami aku telah berlaku curang dengan berkenalan di aplikasi dating seperti michat dan wechat dibelakang aku secara senyap2.

Kantoi dengan aku beberapa kali dan aku memberikannya peluang setelah menjalani sesi kaunseling.

Tapi apa yang dilakukan itu sia2 kerana dia tetap berbuat demikian atas alasan cuma berkawan.

Adakah dalam perkahwinan tu terlalu pentingkan seks semata-mata dan baru bahagia? Adakah kalau suami tak puas dari segi batin dia boleh cari yang lain untuk puaskan kehendak dia?

Aku disini masih tertanya apa kurangnya aku pada dia tapi jawapan yang aku dapat tak boleh puaskan hati aku. Mungkin ini balasan atas apa yang pernah kami lakukan sebelum ini.

Ya. Aku mengaku aku dan dia jarang solat, mengaji. Aku harapkan dia dapat membimbing aku tapi rupanya sebaliknya.

Aku isteri yang tak pernah menghalang apa yang dia ingin lakukan. Mungkin sebab itu aku dipijak. Hidup aku bertukar dari seorang yang ceria kepada murung. Hanya berlakon dihadapan orang yang aku ni tiada masalah.

Hanya anak penguat semangat aku untuk terus hidup mencari rezeki kerana tidak mahu membebankan suami berikutan komitmen dia yang tinggi dan sering mengungkit bab wang ringgit.

Bercerai? Memang terfikir beberapa kali sudah. Tetapi bila melihat wajah anakanda yang polos dan masih lagi mencari susuk seorang ayah dalam hidup dia aku tersepit atas perkara ini.

Mana mungkin aku tega untuk berbuat demikian bila anak berlari mencari ayahnya tiap hari.

Kami sama2 panas baran dan rasanya suami aku barannya lagi panas dari aku kerana tiap kali bergaduh atau bertengkar masing akan cuba memaki dan kadang2 aku cuba ambik inisiatif untuk diam dari masalah berlaku semakin teruk.

Tapi itulah bila diam suami pressure pula.

Sekarang, aku cuba menjauhkan diri dari suami dan sukar untuk aku terima dan melupakan apa yang dia buat pada aku hanya kerana perempuan lain. Hati aku kosong dan tawar sekali dengan apa yang terjadi.

Bagi aku dia sanggup menduakan aku walaupun hanya sekadar “berkawan” kerana aku 100% fokuskan pada anak dan juga family kecil kami. Aku sangat perlukan masa kerana dalam hati aku masih ada rasa sayang pada perkahwinan ini.

Buat pembaca, aku mohon doakan aku agar istiqomah selalu untuk terus meletakkan cinta pada yang Satu melebihi cinta manusia.

Doakan juga agar aku dapat merasai kemanisan berumah tangga yang aku cari kerana aku selalu berasa cemburu apabila melihat layanan suami orang lain terhadap isterinya.

Ya, aku tidak meminta suami aku untuk menghadiahkan aku barang2 cukuplah dia menghargai aku sebagai seorang isteri selayaknya.

Aku ingin meminta juga bagaimana cara untuk kembalikan kebahagian dalam rumah tangga sekiranya masih ada peluang untuk berbaik kembali.

Buat awak wahai suami, jujur saya cakap hati saya terlalu sakit dengan apa yang terjadi. Saya mohon ruang dan masa untuk saya tenangkan diri untuk mencari arah tuju saya lepas ini. Saya tahu saya juga bersalah dalam hal ini.

Sekiranya masih ada jodoh antara kita dan awak masih sayangkan perkahwinan ini berubahlah menjadi seorang suami yang saya boleh banggakan dan harapkan. Bantu saya untuk lenyapkan rasa insecure, rasa tak dihargai dan rasa tak percaya saya pada awak.

Saya tahu dalam buruk awak ada baiknya. Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab, yang boleh membimbing keluarga dan menghormati pasangan walaupun lepas ini bukan dengan saya. Kurangkanlah baran dan ego yang tinggi tu.

Sekian curahan hati saya dari seorang insan yang berdosa.

– C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *