Perjuangan Menghalalkan Satu Hubungan

Assalamualaikum. Hai semua, nama aku Alia, umur awalan 30+.

Confession aku ni adalah masalah status aku, yakni aku masih belum kahwin.

Aku ada 9 orang adik beradik, dan aku anak yang ke5. Sebelum PKP dulu aku ada bisnes, sepanjang PKP aku habiskan semua simpanan aku,seperti duit dan emas dan terpaksa buat beberapa pinjaman tak rasmi demi untuk selamatkan bisnes aku.

Tapi rezeki aku hanya 7 tahun aku dapat bertahan dalam bisnes tu, hujung tahun tahun 2021 secara rasminya aku terpaksa tutup bisnes aku.

Bahkan banyak bisnes tutup ketika itu.

Hidup aku ni banyak naik turun, asam garam aku dalam bisnes bukan semua orang tahu atau faham. Bila aku tutup bisnes, keluarga yang mula sanjung aku, pandang hina pada aku sebab aku dah tak ada apa-apa.

Oh ya, bisnes tu adalah sub bisnes keluarga aku ya. Aku usahakan atas permintaan keluarga aku.

Sebelum aku tutup bisnes tu aku ada minta tolong daripada keluarga aku, tapi masing-masing tak dapat bantu.

Jadi lepas aku dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan segalanya, aku buntu dan depression. Akhirnya aku tamatkan operasi dan menaggung bebanan hutang sebanyak RM30k seorang diri.

Long short story, selama setahun ini aku cuba buka bisnes baru tapi fail, sebab modal tak cukup.

Dan berbekalkan pengalaman yang ada, aku mula bekerja di beberapa syarikat, akhirnya setelah sekian lama, aku dapat kerja di satu syarikat yang bagus, gaji pon ok, environment pon Alhamdulilah. Tempat paling aku selesa dan lega.

Namun dalam setahun ni juga, aku usahakan untuk bayar hutang bisnes dulu, Alhamdulilah dah hampir langsai segalanya.

Sekarang tinggal hutang peribadi, seperti PTPTN, Emas yang dipajak, dan beberapa pinjaman kecil daripada kawan2 dan lain-lain. Aku tak pernah ambil loan di bank, jadi status aku masih terselamat daripada blacklist.

Sekarang baru aku dapat bernafas dengan sedikit kelegaan.

Okay, sepanjang tempoh ini keluarga aku minta aku berkahwin secepat mungkin. Aku ada calon sendiri, tapi keluarga aku kurang gemar dengan pilihan aku.

Tapi disebabkan kami dah berkawan lama dan kami masih mahu meneruskan hubungan ini, akhirnya keluarga aku akur dengan keputusan kami.

Ibaratnya keluarga aku nak aku kahwin, tapi tak setuju dengan pilihan aku, tapi benarkan aku kahwin, tapi memaksa cepatkan perkahwinan… yes, sangat complicated.

Alhamdulilah, setakat ini keluarga belah lelaki terima aku dengan baik. Semoga berkekalan kebaikan ini sehingga selepas kami berkahwin.

Because people tend to change.

Aku yakin, ramai orang lelaki mahupun perempuan senasib dengan aku. Bukan aku tak mahu berkahwin, tapi masa aku masih tak sampai.

Dan zaman sekarang, bukan lelaki sahaja tetapi perempuan pun kena berduit sedikit sebanyak untuk memulakan hidup bersama.

Kita bukan orang have-have yang diwasiatkan jutaan ringgit. Segalanya kena cari dan usaha sendiri. Kadang-kadang aku buntu, kenapa keluarga aku tak faham dengan keadaan aku?

Bukan mereka tak nampak kesusahan yang aku alami selama ini, bahkan keluarga orang paling dekat dengan kita untuk merasai susah senang kita.

Mereka selalu beranggap calon aku tidak mampu menyara aku selepas kahwin. Padahal dia banyak membantu aku, dan banyak juga dia selesaikan masalah aku.

Dia antara insan yang ada bersama aku selama aku jatuh naik. Walaupon hubungan kami sering kali diduga berkali-kali, tapi aku bersyukur dia masih bersama aku.

Tapi tak segalanya aku boleh minta bantuan daripada dia, sebab dia pun ada tanggungjawabnya dan komitmennya sendiri.

Naik seganlah kalau nak selalu mengharapkan dia. Syukur sangat, dia banyak beri moral support pada aku. Tapi tetap keluarga aku nampak dia sebagai seorang yang tak mampu.

Adik beradik aku pon bukanlah berkahwin dengan pasangan yang kaya raya, so-so je mereka semua. Tapi aku tak faham, kenapa selalu pertikaikan calon aku.

Hubungan mana yang tak bergaduh atau yang tiada masalah? Aku bersyukur setiap kali ada salah faham, kami dapat atasinya.

Mungkin keluarga aku terlalu melihat aku seorang yang berjaya, tetapi tidak dia. Mungkin juga keluarga aku terlalu pandang rupa seseorang sehingga lupa bahawa aku sendiri mempunyai beribu kekurangan.

Atau mungkin keluarga aku terlalu pandang rendah kerana dia bukanlah dari keluarga mewah? Wallahualam.

Tapi tekanan yang aku dapat daripada keluarga aku untuk berkahwin dengan dia secepat mungkin ini kadang-kadang melemaskan aku. Aku baru dapat settle pelbagai perkara, kenapa tak mahu beri aku masa sedikit?

Lagipun Allah Maha Mengetahui bila aku akan berkahwin. Dan mungkin juga kami tiada jodoh.

Kita pun hanya merancang, Allah yang menentukan.

Pernah beberapa kali kami ambil keputusan untuk putuskan hubungan ini, tapi tak pernah putus.

Disebabkan tekanan ini juga kami selalu bergaduh, kerana dia tahu keluarga aku kurang gemar dengan dia. Dan dia pun, ada egonya.

Bahkan dua-dua pihak ada ego masing-masing. Penat aku layan drama masing-masing tau.

Aku terjerat diantara dua, tetapi aku tak pernah memenangkan siapa-siapa. Sebab aku perlukan kedua-duanya. Aku berharap, episod dugaan ini berakhir dengan cepat.

Kami dalam perancangan untuk meneruskan hubungan ini ke arah perkahwinan. Aku pun tak ingat, ini kali keberapa kami membuat perancangan. Cumanya, perancangan kali ini memang serius.

Dan ini juga mungkin kali yang terakhir aku cuba usahakan agar hubungan ini menemui happy ending nya. Dan aku perlu melalui satu lagi fasa dimana keluarga aku demand hantaran dan kenduri yang mewah.

Lagi sekali aku tepuk kepala, nak berjuang demi menghalalkan hubungan ini.

Aku dan dia perlu kuatkan semangat kami, supaya dapat melangkah ke alam perkahwinan yang kami nantikan selama ini.

Hidup tak selalunya indah Sinderella.

Doakan kami kuat menghadapi segala-galanya. Doakan juga kami menemukan jalan yang terbaik sekirannya ini bukanlah jodoh.

Aku harap keluarga aku lepas ni penat paksa aku, dan beri laluan untuk kami jalankan perkahwinan ini dengan simple dan easy.

Sebab perjuangan untuk menghalalkan satu hubungan bukan berat untuk lelaki sahaja, perempuan pun kena berjuang sama-sama supaya kita akan lebih hargai hubungan itu selepas kahwin. Zaman sekarang adalah zaman it takes two, to make it happen.

Kewangan dan ekonomi negara pun tak berapa cantik, jadi janganlah menyulitkan perkahwinan dengan belanja dan tekanan yang pelik-pelik.

Lagi pun, Islam dah mudahkan segalanya, kenapa perlu ditokok tambah adat yang memeningkan ?

Dan aku nak nasihatkan kepada semua pembaca, mudahkanlah urusan orang lain, sesungguhnya Allah akan mudahkan urusan kita.

Kalau ada readers yang belum kahwin, aku doakan urusan korang dipermudahkan.

Kalau yang dah kahwin, aku doakan korang bahagia dengan keluarga korang.

Akhir kata, 90’s geng bertabahlah kerana ujian kita lain daripada yang lain.

– Sinderella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *