Dari tajuk yang aku tulis, mesti korang dapat agak aku nak tulis pasal apa. Sebelum tu, aku perkenalkan, aku 24 tahun, seorang perempuan yang dilahirkan agak tomboy dari aku kecik, aku sedar aku menyukai perempuan start aku berumur 12 tahun lagi bila aku tersuka kat kawan rapat aku. Mesti ada yang cakap, biar betul kau, takkan kecik2 dah terjebak?
Okay, baca dulu. Apa yang aku nak story kat readers mungkin tak ramai yang cerita sebab hanya lgbt saje yang faham dunia gelap ni. Dan aku akan berikan tips macamana aku boleh lawan nafsu songsang aku ni.
Korang rasa apa yang menyebabkan seseorang tertarik dengan same gender? Untuk pengetahuan korang, ada beberapa jenis kategori lgbt ni, (menurut pengalaman aku) and apa yang aku ulas mostly pasal lesbian.
1) Suka sejenis dari kecil. Yang ni memang susah, sebab dari kecik Allah dah uji perasaan tu, dan believe it or not akulah yang tergolong dalam kategori ni. Dan baru berjaya jumpa dan apply tips tu.
2) Kecewa dengan lelaki sampai nak jadi pelindung wanita atau nak bercinta dengan perempuan sebab perempuan lagi memahami. Yang lesbian jenis ni aku paling annoyed sebab selalunya perempuan macam ni ibarat lalang. Sekejap suka lelaki sekejap suka perempuan. Jenis ni jugak yang normally gunakan pasangan diorang, terima segala benefits lepas tu nanti umur dah 27 ke 28 tahun dia akan cakap, “Maaf awk, saya nak berubah, apa kita buat ni salah. Saya akan kahwin dengan lelaki yang dapat bimbing saya.” Kategori ni jugak yang selalunya biseksual (boleh dengan kedua-dua jantina).
3) Suka-suki, hubungan just for fun, enjoy-enjoy pengaruh dari kawan. Kategori ni pun ada sebenarnya, tapi kategori ni lagi senang berubah daripada kategori 1 yang memang dari kecik ada perasaan pada perempuan.
Macam mana aku discover aku seorang lesbian seawal 12 tahun? Mengejutkan, tapi itulah kebenarannya. Aku perasan aku tertarik dengan kawan aku sendiri, sememangnya dia full package – cantik, comel, bijak dan aku jadi sangat aneh kalau bercakap dengan dia. Tahap obsession aku pada dia, sampai aku tulis diary betapa aku minat pada dia. Macam daily journal aku tulis khas untuk dia sebab kitorang sama tuisyen, tapi nasib baik tak sama sekolah. Dan mak aku terjumpa diary tu, dan malam tu mak bapak aku berbincang dengan serious macam mana nak betulkan aku, aku masih muda, kenapa aku boleh terjebak dengan semua ni? Akhirnya parents aku buat keputusan nak hantar aku ke sekolah berasrama penuh agama dan disitu aku belajar dan cuba sedaya upaya perangi nafsu aku.
Disebabkan duduk asrama, of course hubungan dengan kawan-kawan rapat macam adik beradik dan sepanjang bersekolah di situ, aku takde terjatuh hati kat mana-mana perempuan or kawan aku sampailah aku form 4. Disebabkan aku memang jenis yang kelakar, friendly dan jenis easy going, ramai kawan-kawan yang selesa nak luah apa-apa story kat aku. And aku memang good listener. Nak jadi cerita, aku terkawan dengan seorang student form 4 baru, and aku rapat dengan dia sebab share the same interest.
And aku baru tahu dia dari sekolah perempuan setelah dia story kat sana normally ramai yang bercinta sesama sendiri, aku jadi takut. Lagi2 kawan aku tu cakap, aku mesti akan ramai peminat sebab muka aku yang comel (jangan kecam aku guys, dia yang cakap bukan aku) dan act gentleman ni. Aku berselindung mengenai aib aku and aku cakap yang aku memang tomboi tapi aku jenis heartless, takde perasaan pada sesiapa, Time form 5 aku putus kawan dengan dia lepas dia luah perasaan dia kat aku dan tindakan dia yang nak kiss lips aku buatkan aku tekad nak tinggalkan dia, walaupun aku ada perasaan suka pada dia. Aku sayang agama aku dan aku tahu perbuatan ni dicela.
So, habis spm aku masuk diploma, disebabkan aku study kat tempat yang agak sosial, tak kisah tentang lgbt dan ramai perempuan approach aku disebabkan fizikal aku yang memang mcm lelaki tapi aku belajar di aku masih aku yang berjaya mengawal nafsu aku. Untuk pengetahuan korang, mcm normal perempuan yang tertarik dengan lelaki full package, yang kaya ke yang hensem ke, yang menarik ke kelakar ke, macam tu jugak dengan perempuan yang suka perempuan. Lesbian dia takkan kacau semua perempuan, tengok semua perempuan. Lesbian hanya akan tertarik dengan perempuan yang dia rasa menarik sahaja. So, semuanya okay sampailah aku jumpa seorang perempuan yang aku terlalu cinta sampai aku hampir kalah dengan prinsip aku.
Dia ni sekelas dengan aku time degree semester 3 dan muda beberapa tahun dari aku. Apa yang buatkan aku suka dia, ialah sebelum ni dia tak pernah couple dengan mana-mana orang sebab dia memang jenis yang self love tinggi. Senang cerita, independant girl lah. Sangat cantik, bijak, tinggi, senang cerita cukup package. Dan kitorang suka genre movie yang sama, boleh share stories semua benda dari isu family sampailah dream masing-masing. Aku dan dia, rumah kami di daerah yang sama menyebabkan kitorang selalu balik rumah sama-sama, aku drive dan kalau aku penat dia akan drive. Aku cuba halang perasaan tu, tapi makin dihalang aku jadi terlalu suka kat dia, walaupun hanya dengan memandang dia dari jauh.
Korang bayangkan tahap aku minat dia, sampai aku nangis banyak kali atas sejadah, betapa Allah uji aku dengan perasaan ni. Betapa susahnya aku nak ungkap sebab buat pertama kali aku yakin dengan perasaan aku, aku nak mengahwini dia kalau boleh. Tahap serasi kitorang memang tahap soulmate aku boleh lepak dengan dia berdua, story about each other perspectives and dreams sampai berjam-jam tanpa bosan.
Feeling tu makin lama makin menebal lepas dia cakap yang kenapalah aku ni perempuan? Dia dah lama nak cari lelaki yang perangai mcm aku, dan mak dia suka sangat dia berkawan dengan aku. Dia cakap, if one of us is different gender, I will definitely choose to marry you. But, I choose Allah. Aku faham maksud dia, dan aku try harder nak pandang dia mcm kawan biasa. Dari semester 3 sampai semester 7 aku cuba (2 tahun setengah) akhirnya aku dah boleh pandang dia macam kawan baik dah. Okay ni tips aku perangi perasaan aku:
1) Berhenti berharap dan berangan. Ni paling2 penting. Cut terus apa yang kau angankan tu, jangan nak create your own second world. Dulu aku selalu berangankan dia, macamana kalau aku lelaki, kitorang bina hubungan bersama. Jangan nak flirt orang yang kau suka, sebab korang memang takkan dapat bersama. Allah uji kau dengan perasaan kau, pilih akhirat berbanding dunia.
2) Cuba cari minat lain, jangan sesekali mind set yang kau hanya minat dia sorang sahaja dalam dunia. Now, aku salurkan minat aku tu pada tahap obsession lain, yang fokus pada diri aku, minat aku. Sekarang sebabkan aku tinggal tunggu grad, aku cuba nak belajar benda-benda baru macam jadi agent insurance ke apa ke.
3) Sayangi dan dahului diri kau. Yang ni paling penting, self love kena ada. Jangan bergantung kegembiraan pada orang, especially orang yang kau suka tu sebab benda tu takkan kekal. Bergembiralah walaupun kau hanya ada diri kau je untuk gelak.
4) Luangkan lebih masa untuk parents and family. Sentiasa put your family first, bahagiakan parents dari kau layan nafsu kau.
4 tips ni aku yang cuba buat dalam 2 tahun setengah ni, dan Alhamdulillah, aku berjaya mengawal nafsu aku. Normally, lesbian ni sangat memilih dengan siapa diorang nak buat sexual intercourse tu. Memang kena dengan taste, and diorang kene rapat dulu dengan someone, baru boleh nak take next steps. Unlike gays yang memang 95% berdasarkan nafsu seks semata-mata, (jgn kecam aku, aku kan part of lgbt so aku tahu) tapi sepanjang aku terjebak ni, memang perempuan akan respon dengan perempuan yang taste diorang je, melainkan yang desperate.
Lastly, nasihat aku, kembalilah ke pangkal jalan, aku tahu susah, tapi ini adalah ujian dari Allah. Muda lagi memang kau rasa partner kau sanggup lawan dunia semata-mata memilih kau, tapi bayangkan bila umur kau 65 tahun? Masih comel or ‘hensem’ lagi ke partner kau? Masih terfikir nak lawan dunia ke? Nak suruh orang lain faham, yang kau memang dilahirkan macam ni ke? Sampai bila kita nak bergelumang dengan semua ni?
Sorry kalau ada ayat aku yang tak boleh diterima untuk bacaan umum, tapi inilah hakikat. Aku faham. Susah, memang susah. Kat sini aku pernah baca confession mengenai roomate dia gay, yang betapa dia berusaha nak lawan nafsu dia, aku kesian dengan dia sebab aku pun sama. Sampai sekarang aku tak pernah jatuh hati dengan lelaki melainkan dalam drama Korea je, tu pun takdelah cinta, sekadar cuci mata. Aku selesa mengosongkan hati aku dari sesiapa sebab untuk lawan nafsu ni, korang takkan faham kalau korang tak diuji sebegini.
Parents yang hantar anak sekolah sejenis, tolong tengok betul2 anak-anak korang. Sebab kawan-kawan aku yang pernah terjebak semua dari sekolah. Lepas kes aku kene tangkap time aku darjah 6, parents aku ingat aku dah cure lepas hantar aku ke sekolah agama. Tapi, perasaan ini naluri yang susah diubah. Pernah aku tersasar jauh dengan seorang perempuan time diploma, tapi Allah sedarkan aku. Panjang sangat nak story yang ni, tapi aku jalinkan hubungan dengan dia lebih kurang 3 tahun sebab dia confess dulu dan aku rasa dia cantik dan aku tersuka kat dia. Tapi kawan aku yang time degree tu the first girl that I love. And last girl, InshaAllah.
Sorry aku tak dapat nak story dengan detail, tapi sesiapa yang nak tanya macam mana nak apply tips dengan lebih detail, aku boleh share next confession. Doakan aku korang, aku doakan jugak pada readers yang nak berubah.
– Lili
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit