Assalamualaikum. Hai semua. Kalau cerita aku nie dipublish, aku ucapkan thanks kepada admin dan mohon korang yang sedang membaca doakan aku selalu berada dalam rahmat Allah taala.
Aku bagitahu awal- awal, apa yang aku nak ceritakan adalah berkaitan dengan p0rn, jadi kepada sesiapa yang terasa suci, jangan baca.
But sesiapa yang experience benda nie atau curious to know more.
Here is my story…
Short intro, nama aku Johny.
Addiction aku paling dasyat ialah 3 kali fap (istillah untuk onani/masturbate) dalam sehari. Dalam seminggu aku pernah 4 kali relapse (istillah gagal untuk kekalkan streak of no- p0rn).
As tambahan, aku seorang lelaki lingkungan 20-an & bujang. Solat 5 waktu 1st class pointer.
Bermula…
1st pendedahan aku kepada real p0rn adalah semasa umur 13 tahun, masatu kawan aku buka website favourite die dekat cyber cafe.
Aku masih ingat lagi waktu tu, apa yang aku nampak sangatlah asing dan buatkan aku rasa jijik dan bersalah. Tapi entah macam mana, ia juga bagaikan guilty pleasure.
Disebabkan masatu aku masih kanak- kanak (& belum baligh), aku boleh let go benda nie.
& not cling to it so much.
But as time goes by, aku tak ingat bermula dari umur berapa, aku mula sikit demi sedikit terjebak semula dalam kancah p0rnography.
Ia bermula dengan softp0rn yang kita anggap benda biasa dalam movies, etc.
Aku pinjam hard disk abang aku jam 2,3 pagi semata- mata untuk tonton movies and turned up aku cari sex scene yang ada dalam mana- mana bahagian dalam movie tu.
Aku buka dan aku fast forward, jump here and there sampai aku jumpa that part. Dan aku rasa seronok yang lain dari biasa.
Aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa berkenaan apa yang aku buat (tonton p0rn) dan struggle yang aku alami (perasaan untuk berhenti).
Ia bermula dengan softp0rn dan selepas beberapa tahun, aku terjumpa satu cerita yang ada full scene without censorship.
Dan on that day, baru aku start taip sendiri perkataan ‘p0rn@sex’ dalam Google Search.
And from that day onwards, aku jumpa macam- macam websites yang berkaitan.
Masa nie, baru dunia aku betul- betul terbuka dengan p0rn dan baru aku tahu dia ada macam- macam jenis dan kita boleh pilih exactly macam mana yang kita mahu dan bagaimana ia dipersembahkan.
As side note, selepas form 1 tu, memang tiada siapa yang menjebak aku kedalam kancah p0rnografi, kecuali diri aku sendiri.
So, continuous exposure to p0rn membawa aku kepada p0rn dalam bigger and bigger scale.
Kronologi aku lebih kurang begini:
1. Softp0rn,
2. Fap,
3. Real censored p0rn (Ya! Ade satu genre p0rn yang censored),
4. P0rn uncensored.
Untuk pengetahuan korang, tiada siapa yang ajar aku fap. Aku ajar diri sendiri dengan bermain- main dengan anu aku sampailah tiba- tiba ada ejaculation. (Aku belum jumpa video orang fap masa aku 1st time lakukan).
Rasanya dari aku cerita macam mana p0rn, better aku ceritakan betapa mudahnya nak access:
1. Kau boleh buka website p0rn tanpa kena sekatan (even ada yang tak perlu install VPN).
2. Dalam telegram & social media (even FB) sangatlah mudah nak jumpa video p0rn.
3. Elemen softp0rn ada dalam banyak entertainment (Movie, Mv etc). Dan artis yang kau mahukan p0rn, dia tak perlu buat p0rn pun.
Kalau kau bertuah. Dah ada orang yang gunakan superimpose iaitu guna muka artis tu dan letak pada badan p0rn star. Dan memang smooth gila sampai sometimes kau pun ingatkan yang itu video dia.
4. Tak perlu bersusah nak tengok p0rn. Even, kalau mak kau depan kau sekalipun, asalkan belakang kau takda orang, kau boleh tengok p0rn like nobody’s business.
5. Zaman sekarang tak perlu CD/DVD- Perlukan handphone saja even no internet connection. Probability untuk kantoi sangat tips (Ada trick dia, better aku tak cerita).
Nature P0rn:
1. Softp0rn- Nudity, kissing scene, bergomol, foreplay, acah- acah nak start sex (As long as menaikkan syahwat).
2. Realp0rn- Mudahnya yang ada scene sex.
3. Lain- lain- Tak perlu aku cerita.
Once kau dah terjebak, hampir semua benda boleh jadi penyebab untuk kau tengok p0rn:
Kita panggil as ‘triggers’:
1. Softp0rn (Paling senang).
2. Perempuan cantik (Severe p0rn addict).
3. Movie atau apa- apa hiburan yang mengghairahkan.
Sejujurnnya, aku selalu rasa bersalah bila tengok benda- benda macam nie, tapi rasa sedap die mengatasi rasa bersalah dan malu aku.
Bagi aku, benda nie macam bermain dengan api.
Mula- mula kau acah- acah je,
Sikit je, sikit je.
But lama- lama kau succumb to that filthy thing sampai kau tak boleh berhenti.
Dia jadi compulsion and lastly addiction!
Aku ada record tracker (see, aku memang nak berhenti sejak awal lagi).
Aku tak pernah perasan betapa banyak kali aku dah gagal, sampailah aku terjumpa balik apa yang aku tulis dalamtu.
Aku pernah menangis dalam solat, aku bertaubat tapi esoknya aku tonton lagi dan aku fap lagi.
Dan aku sedar betapa tak terkawalnya benda nie sebab:
1. Aku pernah tak tidur seharian untuk layan p0rn.
2. Masa berpuasa, aku relapse & fap more than 3 days dalam satu kali Ramadhan (obviously puasa aku batal).
3. Aku pernah skip solat jumaat, pernah ponteng kelas, semata- mata untuk meluangkan masa dengan maksiat nie.
4. Aku cuba untuk berhenti dan aku gagal setiap kali.
Sumpah! Benda nie memang merenggut keamanan aku & rasa bersalah dia hanya Tuhan yang tahu. Orang yang bersolat, sanggup tinggal solat dan tinggal puasa.
Sedangkan kalau sibuk macam mana pun, memang aku takkan tinggal solat walaupun di akhir waktu, aku sembahyang juga.
At one point, aku dah give up dan aku rasa benda nie memang tiada penawar.
Aku dah cuba lebih dari 3 tahun tapi memang aku gagal!
Kepada yang tak boleh nak bayangkan dasyatnya macam mana, biar aku cerita…
Bayangkan…
Kau tahu yang kalau kau toreh tangan kau (tengok p0rn), kau akan terluka dan sakit dan menyusahkan orang sekeliling kau (kesan p0rn).
Cara paling baik adalah dengan jauhkan diri kau dari pisau (Internet) dan cari sebab kenapa kau nak toreh tangan kau (triggers).
Sekarang kau dah tahu sebab dan solusi supaya kau tak toreh tangan kau. Tapi kau stil toreh tangan kau, lagi- lagi dan lagi… (Macam aku cakap, p0rn senang- senang di access dan triggers tu boleh jadi apa- apa ja)
Ada sesetengah orang, mereka tak boleh relate betapa teruknya p0rn addiction nie, sampailah dia sendiri yang terjebak.
But sekarang, aku dah berjaya capai streak with no p0rn for more than 3 months. (Aku rasa, ini pertama kali dalam sejarah).
Ini apa yang aku buat:
1. Aku educate diri pasal p0rn, kesan pada fisiology dan long term. Aku cari confession dari mana- mana p0rn addict. Reality of p0rn from p0rnstar sendiri.
2. Quit social media (for the time being).
3. Aku stop tengok movie.
4. Aku cuba memahami agama (instead of only practicing it). Aku baca buku. Aku dengar tafsir oleh ustaz Nouman Khan, Ustaz Zahazan.
5. Bila aku rasa nak relapse, aku akan segera sibukkan diri dan tinggalkan benda yang aku sedang lakukan.
6. Aku cakap dekat diri aku: “kalau bukan sekarang, sampai bila- bila aku takkan tinggalkan”.
7. Aku stop making joke related to sexism. Bagi aku, benda tu adalah triggers.
8. Aku nak jadi orang berjaya dan p0rn bukan benda yang orang berjaya lakukan. Aku kena tinggalkan tabiat buruk ini.
9. Aku ingatkan diri yang kalau Allah nak turunkan bala, sekejap je. Aku taknak anak aku lakukan apa yang aku lakukan & aku tahu tabiat nie takkan mampu aku tinggalkan even kalau aku berkahwin nanti (Boleh tengok documentary: Chasing the Carboard Butterfly).
10. P0rn boleh sebabkan Erectile dysfunction. Dan ini mimpi ngeri yang aku taknak alami.
11. Aku sangat percaya yang p0rn tutup rezeki aku.
12. Lagi cepat aku berhenti, lagi baik.
Pesanan aku kepada semua, especially yang tengah struggle untuk let go p0rn:
1. Kenal diri sendiri, dengar suara hati kau. Kenalpasti triggers kau.
2. Aim low, then progress your way up. Mulakan dengan haramkan diri kau fap.
Masa nie, kalau kau masih tengok p0rn, still boleh dimaafkan sebab kau dah selangkah dalam kemajuan. Dan seterusnya sikit demi sikit, cuba buang tabiat ini. Lagi elok, tak payah pun tengok movie. Takda faedah pun.
3. Jangan relakan diri dengan maksiat, selalu taubat. Aku sendiri bertaubat setiap kali aku tengok sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun hati aku cakap yang aku nie mempermainkan sifat maha pengampun Allah. Aku abaikan suara tu.
Aku tahu, selagi aku ada rasa mahu berubah, aku boleh berubah asalkan aku mencuba, walaupun aku gagal sangat sangat banyak kali. Rahmat Allah lebih besar dari kemurkaannya.
4. Jangan harapkan keajaiban, kau takkan boleh hilang selera nak tengok p0rn hanya sebab kau solat 5 waktu & baca Al- Quran 10 muka sehari (serius).
Nafsu tu adalah sebahagian dari diri dan darah daging kau. Benda nie adalah perjuangan dan satu- satunya cara adalah lawan ia. Ingat yang Allah sentiasa ada di belakang kau dan kau hanya manusia.
Kau akan gagal tapi itu bukan bermakna kau gagal selamanya. Teruskan perjuangan kerana jalan ke syurga tidak ditaburi oleh bunga dan karpet merah. Apa sebab kau nak rasa perjuangan kau akan mudah? Nabi pun kena berlapar, dibaling batu. Kau siapa?
5. P0rn adalah extremist of sex. Jangan samakan p0rn dengan sex life, aku percaya yang ia takkan sama, dan kau takkan dapat exactly apa yang kau nak dalam real life.
Kau ingat, tengah tunggu bas, tiba-tiba ada perempuan cantik nakkan kau dan minta kau sex? Kau pun tahu benda tu takkan berlaku. Kenapa nak bodohkan diri. WAKE UP!
6. P0rn- free is a journey and not your destination. Your destination is jannah.
Last dari aku, kalau korang berani, carilah mana- mana kawan yang korang boleh share masalah nie.
Bagi perjuangan aku, semuanya sendiri. Aku terlalu malu untuk cerita kepada sesiapa. Mungkin kerana ego terlalu tinggi.
Sendiri terseksa!
Sebab itulah perjuangan aku untuk 3 months free memerlukan 3 tahun!
Sekian,
Doakan aku ya :)
– Johny (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit