Perjuangan Si Boros

Assalamualaikum. Hai semua. Saja nak share perjuangan saya semenjak pandemik melanda dunia ni. Sekadar memperkenalkan diri, saya seorang ibu anak seorang (5 tahun), berusia 30 tahun, mempunyai ijazah & bekerja di syarikat swasta dengan pendapatan RM2800 sebulan.

Macam poyo pulak ye bagitahu pendapatan, but the story start here, heee. Suami berusia 43 tahun. Bekerja biasa biasa sahaja.

Latar belakang kelurga. Saya anak sulung dari 3 orang adik beradik perempuan. Suami anak bongsu, lelaki tunggal dari 3 orang adik beradik. Hidup kami sederhana. Tapi begitulah, bila senang kita take it for granted.

Saya ada perangai suka boros. Sejujurnya, dianugerahkan ibu bapa yang sangat sempurna menjalankan tanggungjawab, tak pernah rasa susah walau tak kaya. Nak kahwin pun 100 peratus ayah keluar duit.

Tak pernah hulur duit dekat ayah mak, hatta nak masak (selain maggi dan goreng lauk) pun tak reti di usia ini. Dan perangai masih terbawa sampai dah kahwin.

Balik kerja, beli bungkus atau kalau suami balik awal dia masak benda benda simple macam mee goreng, kuey teow goreng etc.

Walaupun tiada kelulusan tinggi, alhamdulillah dapat suami yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam rumah tangga, tapi itupun saya tak pernah rasa nak simpan duit. Duit selalu habis beli barang, amik PT nak kurus, amik produk kurus, produk kosmetik, beli mainan anak.

Sejak anak masuk tadika adalah keluar duit sikit untuk bayar tadika anak. Semua suami tanggung sampailah selepas aidilfitri… suami hilang pekerjaan. Perasaan masa tu, tak tertanggung. Untuk survive dengan gaji RM2800 di kuala lumpur sangat susah.

Jadi apa yang saya buat ialah,

1. Belajar masak.

Masa ni da start belajar masak. Masak simple-simple. Makanan yang suami dengan anak boleh makan. Saya boleh bawa bekal.

Tahun ni menyaksikan kejayaan masak singgang, masak sup, masak kicap, sweet sour dan rasa begitu gempak sebab berjaya masak kurma. Dan baru perasan, sejak memasak ni, hubungan keluarga jadi rapat.

2. Bukan beli brand.

Dulu tudung nak itik, skrg belum beli tudung lagi tapi rasanya lepas ni memang akan beli yang biasa. Bukan prioriti.

Bila bukak ig nak beli lipstickla nak beli skincare la. Nak yang mahal mahal je, yang branded, yang artis pakai huhu. No bukan tak boleh, sebenarnya kena ukur baju di badan sendiri.

Produk dekat drugstore pun ok. Ada je produk online yang berpatutan. Cari-cari, terjumpa produk nurraysa, bila guna sesuai pulak & terinspirasi lah kononnya dengan cerita founder nak tolong suami. Terus sign up jadi dropship.

Alhamdulillah, baru belajar. Bolehlah sikit sikit buat belanja dapur. Eh, terpromote pulak!

3. 2 kereta jadi satu.

Ye, kami jual satu kereta. Jual kerata suami yang da habis bayar, nasib baik kereta saya ni kereta ayah bagi., walaupun kereta dah 15 tahun masih elok. Kurangkan komitmen. Duit jualan masih belum disentuh. Buat simpanan kecemasan .

Kita pun tak tahu apa jadi kemudian hari. Alhamdulillah, duit suami jadi rider makanan, sambil sambil upah repair rumah dalam kawasan kejiranan, sambil sambil tanam & jual pokok, dapat lagi memnampung belanja kami.

4. Ini susah sikit. Downgrade tadika.

Saya ni, kalau boleh nak up je, yang kawan kawan post anak tadika kat situ, situ la saya hantar, nak yang brand besar je, yela siapa tak nak terbaik untuk anak kan.

Tapi silapnya, hantar tadika terbaik anak dekat rumah dengan hp, tak menjadi juga. Jadi kami nekad ubah routine. Kebetulan hp anak rosak. Kami pun tak beli baru. Dari tadika 600 sebulan, saya cari yang lebih berpatutan.

Masa tu ada survey pasti, kemas, kebetulan duduk dekat KL, ada je tadika di bawah Majlis Agama Islam yang sistem pendidikan sangat bagus. Mainan anak pun tak ada toy r us dah. Kalau dia baik, upahnya dekat kedai eco. Budak budak, kedai eco pun gembira sakan.

5. Hulur dekat mak ayah.

Ye, mak ayah mungkin tak harap, tapi suami pernah nasihatkan saya, kita kena khidmat untuk mak ayah. Dari situ saya mula hulurkan sikit, mula balik rumah masak untuk mak ayah, belanja makan.

Sejujurnya, bila dapat khidmat pada mak ayah rasa seronok sangat. Menyesal tak sedar sebelum ni.

6. Belajar simpan duit.

Ini adalah yang dipersetujiu bersama. Belajar simpan duit macam budak budak, guna tabung. Kami simpan awalnya RM10 seminggu. Kadang-kadang lebih balik pasar, simpan dalam tabung. Saja nak train diri.

Yang bestnya, anak pun semngat nak masukkan duit dalam tabung. Secara tak lansung, saya mula asingkan RM100-RM200 duit gaji ke akaun lain setiap bulan. Bila betul betul terdesak barulah saya guna

7. Ini no 1 patutnya. Minta pada Allah. Minta Allah bagi rasa cukup. Menjaga solat. Solat di awal waktu.

Hikmah pandemik ni menyedarkan saya buruk perangai saya sendiri. Boros dan mungkin boleh dikatakan pemalas.

Saya dapat jawapan kenapa rumah tangga sebelum ini panas. Salah sikit bergaduh. Sedangkan sekarang, dalam keadaan yang lebih mencabar kami boleh lebih banyak berbincang dengan baik.

Bila diumumkan PKPB lagi, tipulah kalau saya tak takut. Saya sangat takut, tapi saya yakin kami boleh hadapinya.

Doakan saya dan keluarga.

– Syaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *