Perjuangan Yang Belum Selesai

Assalamualaikum.. Nama saya Lili, saya berumur 47 tahun, kerja kerajaan masih single, kerja berjawatan Alhamdulillah yang agak baik syukur pada Allah gaji yang dapat tiap – tiap bulan pun Alhamdulillah syukur pada Allah, saya dah 20 tahun bekerja kerajaan dengan 2 buah kementerian.

Apa yang saya nak kongsi di sini bukanlah saya nak meratib pasal saya tiada pasangan atau pun sedih sebab belum berkahwin. Saya cuma nak berkongsi sedikit cerita. Saya suka dengan kehidupan saya sekarang saya tenang.

Pada masa saya berumur 24 tahun saya disahkan mempunyai sakit schizo saya redha ambil masa juga saya nak terima yang saya salah seorang pesakit mental.

Saya teruskan hidup dan saya makan ubat memang saya teruskan perawatan dengan pergi ke hospital bila tarikh temujanji dan saya tidak pernah terlepas berjumpa doctor.

Pada umur saya 24 tahun tu, saya dipaksa juga oleh bapa saya untuk mencari kerja walaupun saya sakit sebab saya ada pinjaman PTPTN yang perlu saya langsaikan.

Dia suruh saya cari kerja yang mudah – mudah dulu untuk saya walaupun saya ada degree dalam perakaunan saya kerja dulu sebagai pekerja khidmat singkat di jabatan kerajaan.

Dulu PKS ni kerja 5 jam dalam sehari – ada kerja baru ada gaji sebab dibayar atas hari – hari kita bekerja.

Selepas itu, saya teruskan mencari kerja – kerja kerani dulu di jabatan kerajaan, saya cuba, akhirnya saya saya dapat 2 jawatan iaitu kerani pentadbiran dan juga kerani kewangan di pejabat tanah.

Ayah yang banyak corak dan bagi nasihat pada saya dia yang tentukan kerja apa yang sesuai dengan keupayaan saya. Ayah suruh saya jadi kerani pentadbiran.

Dalam waktu itu, semasa bekerja saya teruskan rawatan, makan ubat dan berusaha juga mencari – cari kerja yang sesuai dengan kelayakan termasuklah mencuba LHDN, KPLI, exam – exam SPA dan berbagai lagi.

Saya juga pernah mencari – cari ruang belajar dapatkan diploma untuk pengajian pra sekolah di Bangi.

Pakar psy yang merawat saya mengatakan bahawa walaupun saya sakit schizo ia bukanlah satu hukuman atau pengakhiran hidup dan saya mesti terus berusaha untuk hidup dan berumahtangga.

Ada satu buku yang dia hadiahkan pada saya dan dia suruh saya menonton filem wayang “A beautiful mind”. Kata pakar cuba ambil apa – apa yang positif dari cerita ini dan teruskan hidup.

Pada tahun 2007, adik perempuan bawah saya berkahwin pada bulan Mei tahun berkenaan,

Allahu perasaan saya pada waktu itu, saya tiada rasa ralat atau pun sedih adik berkahwin dulu sebab saya masih fikirkan mengenai hidup saya dan saya mohon pada ibu supaya bawa saya sekali pergi menunaikan haji bersama – sama dengan ibu.

Pada akhir tahun 2007 saya ambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk menunaikan haji bersama – sama ibu.

Alhamdulillah pekerjaan haji berjalan lancar dan sepanjang masa di sana saya panjatkan doa untuk Allah beri pada saya pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan saya dan berilah saya peluang jaga ibu dan ayah hingga ke akhir hayat mereka.

Semasa saya menjawat jawatan kerani PT di jabatan kerajaan saya berulangkali mendapat temuduga KPLI ada 3 kali temuduga tapi saya tidak Berjaya.

Pakar psy membantah saya untuk menjadi guru, katanya banyak pesakit yang dia rawat adalah dari kalangan guru dan dia membantah sekeras – kerasnya tentang keputusan saya untuk menjadi guru. Jadi saya mencuba memohon jawatan – jawatan lain selain guru.

Pada bulan April 2008 saya dapat temuduga SPA jawatan 41, saya hadir temuduga di pejabat SPA KL ditemani oleh ibu saya. Waktu itu, saya pasrah, dan saya berserah saya ingatkan saya tidak dapat jawatan 41 tersebut tetapi Alhamdulillah saya dapat.

Akhir bulan Jun 2008, saya dapat jawatan sebagai pegawai kpdnkk, Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi, gaji pula sesuai sangat dengan saya dan Allah itu amat adil. Sebab apa saya kata Allah adil, sebab dia bagi gaji yang sesuai dengan kelayakan yang ada dengan saya.

Bermulalah kehidupan saya dengan menjawat pegawai pangkat 41 dan sekarang ini saya di pangkat 48. Saya pernah dapat APC 2 kali sepanjang tempoh perkhidmatan saya dan saya pernah dapat reward dari kerajaan disebabkan dapat menyelamatkan hasil kerajaan.

Terus terang dari hati saya tiap – tiap hari merupakan perjuangan buat saya. Cumanya api – api perjuangan yang marak dalam jiwa saya ni pada waktu dulu dah hampir – hampir padam pada masa sekarang.

Sekarang nie saya melalui hari – hari adalah disebabkan tanggungjawab. Ada banyak cabaran yang saya kena tanggung contohnya expectation dari bos dan juga anak buah.

Saya rasa sekarang nie saya kurang dah semangat juang. Cumanya saya lebih suka duduk di rumah, habiskan masa saya dengan membaca buku – buku.

Saya lebih suka mendengar suara saya bila saya baca Quran dan bila dah di hujung – hujung usia nie saya lebih suka bersendirian tanpa banyak konflik di tempat kerja dan juga di rumah.

Cuma saya nak minta kata – kata nasihat tuan – tuan dan puan – puan untuk saya terus berjuang, saya ada 11 tahun lagi untuk servis nie. Bukan malas tapi api perjuangan yang dah malap – malap… saya perlu teruskan berjuang. Allah hu Akbar.

– Lili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *