Tujuan aku tulis kat sini sebab nak pendapat akak2, makcik2, puan2 sekalian.
Aku kenal isteri dan bercinta dalam setahun lebih.
Masa malam pertama, dia tanya aku, boleh tak, tak nak dulu.. Sebab dia masih nak kenal2 aku.
Dia rasa perlukan masa untuk pergi jauh sebab dia masih belum masuk comfort zone tu.
Mula aku ok ja. Sebab aku tak nak la mendesak atau nampak macam sangap sangat.
Dia dan aku both tak dak pengalaman.
Aku pun tak nak la nampak terdesak sangat walaupun aku rasa kau dah kenal aku setahun lebih sebelum kau pilih aku jadi suami kau.
Kau nak kenal lama mana lagi?
Dan lama mana lagi aku nak tahan. Aku pun setiap masa rasa nak try. Tambah dia kat sebelah aku.
Dia ni dah la cantik. Kalau aku sentuh, dia memang diam dan macam blushing2.
Tapi nanti sampai satu level, dia akan tolak.
Aku ni tak nak jadi orang yang memaksa. Sebab dia isteri aku kot. Tak kan aku nak berkasar.
Aku sayang dia kot. Dan dia ni jenis lembut2. So tak gamak nak berkasar. Sebab dia ni jenis cepat keluar air mata.
Aku tanya kenapa, dia asyik ulang rasa tak sedia. Nak kenal aku lagi.. Nak jadi makin selesa. Dia perlukan lebih masa.
Aku pernah bertegas, aku pernah berlembut. Merayu, segala benda pernah dah.
Tapi dia lagi pandai merayu kat aku untuk postpone dulu.
Aku pernah ajak dia ringan2, tapi masa tu muka dia macam berubah. Macam sedih.
Tiba2 aku pun macam hilang mood la bila tengok dia sedih.
Aku tanya dia, awak ada trauma apa2 ke, masalah apa2 ke, sakit ke apa ke, dia cakap tak de.
Dia cuma rasa nak lebih selesa dengan aku sebelum ke hubungan tu.
Aku tanya dia habis aku nak kena buat apa supaya dia rasa selesa tu.
Dia cuma diam. Dia kata entah. Saya selesa je dengan awak, cuma kalau nak masuk part tu, saya macam tak confident.
Setiap pagi dengan malam, beriya dia akan mintak ampun sujud kat kaki aku.. Sebab dia tahu dia berdosa dengan aku.
6 bulan kahwin ni, merata ja kami pi bercuti, berjalan, makan2. Dia gembira enjoy ja. Tapi macam kawan2 la..
Sebab the whole day dia happy gila. Bila dah masuk malam, dah balik hotel dia tetap happy upload gambar2 kami kat IG.
Tapi bila aku dah mula dekat2 dengan dia, nak sentuh2 dia aku perasan riak muka dia jadi tak selesa. Lepas tu mula la segala drama dia keluar.
Tadi aku cuba kiss2 dia. Dia elak2. Lepas tu dia tolak badan aku.. Dia cakap bagi sikit masa lagi please.
Tapi aku dah hilang sabar. Sebab aku dah lama pendam. Aku tanya dah setengah tahun kot.
Ke nak tunggu 10 tahun?? Aku tanya awak sebenarnya sayang saya ke tak.
Dia cakap sayang. Aku tanya sampai bila nak siksa aku macam ni? Aku nak anak.. Tak kan dia kan mahu.
Kalau tahu gini baik aku bujang ja.. Tak dak beza pun. Kahwin pun kena buat sendiri.
Tapi kan aku kata dia ni jenis lembut2. Cepat menangis.
Aku cakap macam tu ja dia dah menangis tak berhenti.
Dia kata kiranya selama ni aku tak ikhlas pun bila aku kata aku bleh sabar boleh tunggu. Dia tuduh aku fake.
Aku kata hari ni aku tak boleh sabar. Hari ni aku nak jugak.
Stress tengok dia menangis2. Aku memang malas nak pujuk. Tapi tiba2 aku kata u ni lesbian ke.
Terus dia kata aku gila. Dia kata kalau dia lesbian buat apa nak suka aku.
Aku kata kahwin sebab nak tutup kelemahan. Sama macam hangpa dok tuduh gay2 tu.
Tiba2 dia baring. Dia kata buat la apa awak nak. Takut nanti apa2 lagi awak nak tuduh saya.
Mula2 aku macam tak gamak. Tapi fikir arr lantak la.
Tapi aku tak boleh nak teruskan pulak. Sebab mood tu dah tak sama.
Aku sayang kot kat dia. Tak gamak pulak bila dia dok menangis sambil tutup muka dengan bantal.
Dah macam aku ni perogol pulak. Aku nak la buat dengan mood masing2 happy.
Aku slow2 pujuk dia. Tapi nada dia dah keras. Dia cuma cakap almost 99% dia dah selesa dengan aku.
Dia mintak sikit masa ja, tapi aku terus berubah.. Dia cakap ni la kan perangai sebenar aku. Selama ni aku fake rupanya dia kata.
Tiba2 dia nak play victim pulak. Dah macam aku pulak salah.
Aku pun cuba berhujah dengan point2 aku. Dia cakap sekarang dia bagi ja aku buat apa pun.
Tapi keiklasan dari dia tak akan ada dah. Sebab tiba2 semua rasa selesa tu dah hilang. Dia rasa aku macam orang asing sekarang ni.
Aku pun tak jadi la buat. Sekarang dah 4 hari dia macam perang dingin dengan aku.
Aku pun malas la nak peduli. Aku ada ego dan harga diri aku jugak.
Macam aku pulak yang salah. Tu dah cukup baik dah setengah tahun aku bagi dia masa.
Sekarang aku pun redha ja la kalau dia nak berpisah dengan aku.
Cuma yang sedihnya, masa bujang pun aku tak dak pengalaman main dengan perempuan.
Lepas kahwin pun tak dapat. Nanti aku jadi duda pun tak dak pengalaman tu. Sadis betul hidup aku.
– Sirap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tudiaaa ada eh pmpuan camni. dah menikah nak ambik masa untuk selesa apa nyaa, waduhhhhh berat kes ni. dia tak de nafsu ke
kalau perlu beli ubat tido…haha…xpon..beli je hormon peransang tu…bg dia naik syahwat…
sebagai org yg ade trauma pernah kena cabul.. dalam bab hubungan intim dgn viginimus nie.. selalunya nk je uhum tu.. tpi sbb tauma jd xterangsang.. bila xde tu.. phm2 je la vigimus ade . sbb trauma tu buat jd sakit.. bila sakit nk bersama jd takut.. tp selalu org vigimus nie yg paham bab tanggungjawab xkn kisah cerita trauma and pergi berubat..
pendapat as perempuan ade beberapa sbb perempuan xnk bersama . trauma, takut kantoi xde dara, or sbb lesbian..
klw ringan2pn xnk ade something wrong la.. tu je nk ckp..
Awak, jangan rasa sedih kerana tak pernah melakukan perkara haram ketika bujang. Pahala besar buat awak kerana berjaya menahan diri dari maksiat semasa masih bujang.
Sekarang pula ujian besar untuk awak. Sudah ada yang halal, tapi terhalang juga. Semoga Allah terus beri awak kekuatan untuk memelihara diri dari maksiat dan diberikan jalan keluar yg terbaik utk awak.
Jika benar isteri sayangkan awak, semoga Allah lembutkan hatinya untuk terima awak.
Mungkin boleh consult kaunselor. Online pun ada. Kalau follow social media Sarah Zainal, banyak ada kongsi hal rumahtangga dan hubungan suami isteri. Ada sesi kaunseling juga.
Ketakutan wujud kerana tiada ilmu. Mungkin awak boleh share dengan isteri ebook berkaitan hubungan suami isteri. Boleh cari ebook² jualan dari Kak Kay atau Puan Sarah Zainal.
perempuan tuan jenis narsistik
cuba check doktor, saya rasa isteri tuan ada penyakit Vaginismus, kalau sakit ni mmg kena extra bersabar. cuba cari dlm iium ni jgk, ada je cerita pasal penyakit ni.
Dia nak awak faham dia tapi dia tak cuba nak faham awak pun. You gave her 6 months but she still taknak, very unfair. Takkanlah dia tak bernafsu hmmm I would suggest go to counseling yang berkaitan dengan masalah ni
Dah pujuk rayu bini sendiri pon susah…kau lamakan foreplay…confirm dia nak
En. bangun tahajud minta Allah bantu dan lembutkan hati isteri encik, In Shaa Allah kuasa Allah kan, Allah Maha Besar, don’t worry la, It’ll be work one day , sehari encik bersabar banyak pahala tu, tapi kalau bleh janganlah menikah dengan tangan sendiri hilang pahala kesabaran tu.
Boleh bawa gi pakar. Dan bagi kata putus. Kau boleh tahan lagi 3 bulan je. Kalau lebih dari itu, kau akan minta cerai. Bukan apa, kalau kita lelaki tak bagi nafkah 6 bulan jatuh taklik, tak adil kalau isteri kau tak bagi nafkah batin lebih dari 6 bulan.
Tapi ada kawan sorang macamtuu taw , dia pernah dengar geng2 dah kawen ni cete malam pertama tuu sakit gila , utk orang lain benda tuu biasa jee ,tapi sorang nii dia jadi trauma sebab dengar tuu jee ,sebab mindset dia “sakit gila” ,tapi kawan tuu try2 jugak dengan suami dia ,tk lah tak try langsung , tapi time suami nak masukkan je dia takut ,lama jugak lah,dekat 5/6bulan gitu . end up dia pegi hospital ,jumpa Dr ,Dr tuu ckap elok ,bagi motivasi apa semua ,Alhamdulillah dah ngandung . Try bawak pegi spital.
Semoga bermanfaat ,dimudahkan segala urusan . Sentiasa khaskan Alfatihah utk isteri lepas solat.
Something wrong tu. Dia dah sah, awak xde masalah pun buat kalau dia terpaksa untuk bersama. 6 bulan tempoh yang lama, mungkin dia belum matang dan faham tanggungjawab isteri.
Bila baca kes you ni, teringat pula kisah sendiri yg lebih kurang sama years ago..
We all couple 6 years. Bila kawin, part jalan2 suka, part f***play suka tapi bila part nak teruskan tu terus terbantut sbb i rasa takut sangat.. sampai nangis2..dgn tiba2 kaki cramp la.. kesian juga kat husband i bersabar je & pernah juga la dia merajuk sbb dia bawa bercuti tapi benda tu tak jadi juga…
Tapi dalam duk separuh jalan tu i got pregnant juga selepas 1 year & 6 mths..mai celah mana pun tak tau sbb benda tu tak berlaku sepenuhnya pun.. i believe it must be through splash pregnancy..masa pregnant pun both of us kept abstinence sbb i tak selesa…
And i bersalin through caerasarean as advised by doc sbb i jenis penakut sgt bila melibatkan hal2 kat bawah tu & i did not cooperate bila doc nak check laluan tu.. tiba2 my legs cramped & rasa mcm sting & i cried out loud, hence the caesarean operation was the best opt for me..
I ada baca about vaginismus and symptom2 tu ada pada i..
i rasa lah kan your wife ni maybe vaginismus.. sbb dia enjoy je whenever she is with u cuma part tu je she is not willing to cooperate.. maybe boleh consult dgn doc pakar Klinik Aishah yg kat Langkawi tu.. all the best & till jannah ye
lolz, baik ko kawin dgn tangan je ada jugak paedahnya. free plak tu. ni x, duit abes apa pun xdpt. nasib kau la mat
cuba encik search pasal vaginismus. mungkin boleh start dari situ dan dapatkan nasihat pakar.
En. bangun tahajud minta Allah bantu dan lembutkan hati isteri encik, In Shaa Allah kuasa Allah kan, Allah Maha Besar, don’t worry la, It’ll be work one day , sehari encik bersabar banyak pahala tu, tapi kalau bleh janganlah menikah dengan tangan sendiri hilang pahala kesabaran tu. Encik kan ketua keluarga, imam cuba bimbing slow² niat kerana Allah In Shaa Allah bleh nnti.
En. janganlah sampai terfikir “bujang pun tak pernah buat dengan perempuan” faham nafsu mungkin tapi cuba sedaya supaya untuk kawal nafsu sehabis baik jangan cari yang haram.