Perkahwinan Adalah Komitmen

Nampak macam mudah, sebenarnya tak mudah.

Perkahwinan yang berlandaskan cinta pun mengambil masa, ini kan pula sebuah perkahwinan yang menghubungkan dua orang—dua orang yang bertentangan sikap dan sebagainya.

Apa kaitan dengan komitmen? Bukan sahaja dalam konteks give and take, tapi dalam erti lain—common sense, rasa simpati dan empati.

Dua orang yang saling bertentangan hanya tahu sikap sebenar bila dah hidup bersama, tidur sebantal.

Yang kuat boleh terus berjuang, yang kecundang bukan bererti kalah, tetap mahu lebih menjaga emosi sendiri.

Ramai antara kita, lelaki mahupun perempuan, lupa akan komitmen. Bukan sekadar mencari nafkah, tetapi komitmen terhadap kasih sayang seorang isteri yang bukan sahaja di bilik tidur, malah diucapkan sayang, diberikan kebahagiaan kepada emosi.

Ramai isteri yang bekerja, sama ada sebagai suri rumah mahupun di luar. Tetapi sukar kah seorang suami mengucapkan kata-kata seperti:

– Terima kasih membantu meringankan beban, terima kasih kerana berkongsi rezeki, terima kasih menjadi isteri yang terbaik untuk suami dan anak.

– Rehatlah kalau rasa penat, kerja rumah memang tak pernah habis.

– Rehatlah kalau rasa anak-anak buat emosi terganggu.

– Maaf atas segala kekurangan suami, sampai isteri rasa lebih baik bekerja.

Bila ada isteri yang menjadi suri rumah, berilah sedikit ganjaran seperti bawa makan luar, belikan perfume, belikan skincare, belikan makanan atau minuman kegemaran.

Perkahwinan yang menghubungkan dua manusia yang saling bertentangan sikap memang akan ada gelora dan badai. Tiga tahun pun tidak cukup untuk mengemudi kapal dalam lautan, adakala kapal itu dibadai gelora.

Tetapi bersama-sama, kita boleh berusaha untuk lebih kekal harmoni—saling percaya, saling melengkapi, saling meluahkan rasa cinta, saling berinteraksi dengan lebih baik.

Semoga perkahwinan kita, bakal dan kalian semua, diberikan sakinah, mawaddah wa rahmah.

– ROSES (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *