Perkahwinan Aku

Sekarang ini banyak yang aku lihat lelaki yang tiada fungsi di rumah, dan paling teruk, nak kahwin tapi tak tahu apa itu tanggungjawab sebagai seorang suami, hanya sekadar menabur benih sahaja.

Aku tulis sebagai pengajaran yang mana sedang mencari jodoh, sebelum berkahwin wajib tahu sisi bakal suami.

Aku berkahwin hampir 4 tahun, aku selalu dimomokkan perlu terima suami seadanya, perlu ikut segala arahan suami, dan itu yang aku cuba terapkan dalam perkahwinan aku.

Aku tak sempat bercinta malah kurang kenal suami aku, aku kenal suami aku di app cari jodoh islamik, pastinya para2 pencari jodoh pasti tahu app itu.

Aku berhenti di sini hanya ingin bercerita bagaimana aku kenal suami aku.

Suami aku anak tunggal dan tinggal bersama keluarga, mak nya berkerja jauh di perantaun dan ayah nya sahaja di rumah membuat kerja2 kampung,

Sebelum berkahwin aku sudah di bagitahu perlu tinggal bersama keluarga atas alasan dia anak tunggal.

Dan mulanya aku tidak bersetuju, dan aku cuba memujuk untuk tinggal di kawasan berdekatan tetapi dia tidak bersetuju dan kami teruskan juga perkahwinan itu, aku fikir aku akan cuba memujuk selepas kahwin.

Sangkaan aku boleh untuk pujuk selepas kahwin, tapi rupanya pergaduhan besar berlaku, dan perkara ini belum di ketahui ibu bapa suami.

Perkara yang menyebabkan aku berkeras untuk pindah adalah, aku tidak selesa dengan keadaan rumah, rumah banyak kucing dan bau yang sangat tidak menyelesakan aku.

Lupa aku nak bagitahu, aku tahu dia ada kucing tapi aku tidak tahu bagaimana keadaan rumah dia semasa itu. Aku fikir rumah dia bersih, tiada bau, sebab aku ada kawan yang banyak kucing tapi tidak lah seperti itu.

Pertama kali aku tidur rumah, tiba2 bilik air di hidangkan dengan tahi kucing dan bau hancing dan depan pintu bilik tiba2 ada tahi kucing, penjuru rumah ada kencing kucing yang sampai warna nya kuning kawasan itu.

Tahun pertama aku mengandung aku dah betul2 stress dan rasa macam dah tak betul pun ada, dan sampai aku ada masalah bersalin dan terpaksa czer.

Aku percaya ini takdir, aku terlalu stress sampai rasa nak bunuh diri.

Aku cuba bersihkan tapi tak sampai satu hari kotor semula, terlalu banyak aku nak cerita sampai tak tahu nak tulis apa.

Akhirnya aku melahirkan baby boy, aku masih dalam tempoh sabar, dan aku masih memujuk suami aku untuk pindah.

Dan suatu hari, suami aku betul2 tidak tahan dan dia mengadu kepada mak dan ayah nya.

Aku di panggil untuk bersemuka dengan ayah, ayah kata aku tak boleh pindah sebab perlu ikut suami, dan takkan nak tinggal ayah sorang2 di rumah,

Aku tak tahu nak cerita bagaimana keadaan aku tak selesa terlalu banyak part, bayangkan air minuman di dalam peti sejuk di minum begitu sahaja, sebelum ni aku minum menggunakan cawan tapi rupanya mereka minum begitu sahaja, ia sangat kotor.

Dan satu lagi bila makan suka bagi makan kucing atas meja dan meja jadi kotor. Bawah meja jangan kata sama juga bagi, kalau masak ya Allah kotor, aku betul2 tak boleh nak tahan sebab terlalu banyak yang aku perlu sabar.

Aku pernah bagitahu suami aku nak lari, aku tak boleh duduk sini, suami aku kata boleh lari tapi ingat anak2 dia yang dapat, aku sesen takkan dapat, aku takkan dapat hak jaga anak2, seorang suami mengugut aku, dan aku pernah di pukul kerana pertahan kan hak aku.

Aku jadi bodoh sebodoh2 nya, mak mertua aku tahu, aku nak duduk luar, terus hantar mesej panjang2 kata aku tak cukup puas di katil sebab itu aku meroyan stress, kata aku itu ini, aku betul2 tak boleh lupa setiap ayat yang ditulis, ianya sungguh menyakitkan aku.

Dan ayah ada bagitahu kalau keluar duduk rumah kereta segala tak boleh bawak sekali, sebab suami aku dia pakai kereta nama ayah nya. Jadi nya suami aku tak boleh kata apa2, aku sebenarnya tak kesah pun tiada kereta sebab pada aku ianya kebendaan yang boleh di usahakan.

Jangan di kata nafkah pun tak pernah cukup dah bagi minta balik nak beli itu ini, aku berkerja dari rumah dan income aku cukup untuk bantu suami aku tapi kami tak dibenarkan keluar rumah.

Aku betul2 tertekan, betul terasa teraniaya. Aku tak boleh bersuara, tak boleh bercakap untuk hak aku dan aku akan dikatakan tidak bersyukur.

Tolong bantu aku, aku nak keluar dari perkahwinan ini tapi aku takut, aku tak dapat lihat anak-anak aku, adakah aku salah jika aku memilih untuk keluar dari rumah dan tinggal asing.

Mungkin susunan cerita aku tunggang langgang dan ayat aku tidak sempurna aku minta maaf sangat-sangat.

Sekian terima kasih…

– SI PUTIH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Cerai.
    Lelaki sekali naik tangan = dayus. Rasulullah tak ajar sabar dengan biarkan diri dianiayai.
    Jadi bercerailah sebelum terlambat.

    Baru anak seodah diugut dan kena pukul.

    Nanti tua dah tak cantik tak bergetah? Kena buang?

    Sebelum terlambat. Baik cerai. Cari suami baru yang baik, beriman dan penyayang. Suami hengko sekarang dayus! Eloklah cerai.

    Kahwin untuk bahagia bukan derita. Dia nak jaga ansk biarkan dia penat jaga sendiri.

    Hengko cerai. Nikah baru buat anak baru. Hidup baik bahagia.

    Suami dan keluarga toksik suami yang sekarang biarkan mereka melingkup.

    You deserve better.

    Hidup wanita terbahagia di dunia! Zas?

  2. Biarkan je, anak tu pergi mahkamah pertahankan hak. Benda boleh fight bukan tak boleh. Kumpul bukti abusive marriage. Semoga Allah permudahkan urusan.

    Kalau polis tu ada kawan kawan kerja ke, minta je tolong semua

  3. Kuatkan semangat. Luahkan kenapa awak ingin pindah mcm masalah kucing dsbg. Biar mcm kurang ajar mengutuk pengotor tak pe asalkn diluahkn. Jangan takut jika berlaku kekasaran atau suami naik tangan tidak berdosa keluar rumah lapor ke polis. Atas faktor keselamatan. Awak pun kerja sendiri. Rezeki ada di mana2. Cerai. Biar anak dia jaga. Jgn takut ugutan suami dan mertua. Mak mertua tiada mereka nk jdkn awak tahanan dan babu percuma.

  4. Hmmm tak taula nak cakap berapa kali, rasanya dari dulu orang byk nasihat kalau sebelum kawin tahu dia tak nak pindah dari rumah parents memang the biggest red flag. Ingat senang nak pujuk lepas kawin??? Lagi susah dik, sebab kononnya isteri kena ikut kehendak dan arahan suami.

    Awak tahu dah jawapannya. CERAI/FASAKH. Anak??? Kalau hakim tu bijak dan adil, confirm2 awak dapat hak hadhanah(jagaan) terlalu banyak sebab kenapa si suami takkan dapat hak jagaan. Tapi awak kena ada kerja dan income lah. Kalau tak dapat hak jagaan pun, si ayah tak boleh halang awak untuk jumpa anak awak bila sampai turn, kalau dia buat jugak, awak report dan hak jagaan tu boleh gugur.

    Awak tahu solusinya, awak cuma perlukan kekuatan dan sokongan. Dan ramai orang komen benda sama. So, jangan jadi bodoh.

  5. Senang puan, buatla mcm rumah sendiri.
    1. Panggil org spring clean rumah. Byr guna duit laki. Weekend pun panggil org bersihkan rumah.
    2. Beli istana kucing. Kat Shopee murag, dlm RM900. Guna duit laki.
    3. Beli eSpring Amway, murah juga RM3500. Jgn guna duit sendiri.
    4. Kucing tu hantar pg neuter.
    Benarkan je ayat dr drg. Masuk kiri keluar kanan, jgn simpan lama. Sambil2 tu ambil gambar sebelum dan selepas cleaning. Org pgotor ni kdg2 kena ajar bru tau beza kotor n kemas.

    Tp klu x mampu, tolonglah angkat kaki. Contact family.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *