Perkahwinan Anugerah Ilahi

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Tadi, saya ada terbaca satu artikel di iium confession berkenaan “Perkahwinan yang Menakutkan”, (https://iiumc.com/perkahwinan-yang-menakutkan/). Saya pun jadi takut dengar tajuk tu. Walhal saya sudah pun mendirikan rumahtangga. Hahaha. Saya tidak pandai untuk memberi nasihat, dan bukan insan selayaknya untuk memberi nasihat bahkan saya bukan sesiapa untuk menasihati orang lain. Saya sedar kekurangan diri dan kelemahan ini.

Tujuan saya menulis hanya untuk mencoret sedikit luahan hati, perasaan terpendam, berkongsi rasa dengan pembaca, berkongsi pendapat dan berkongsi realiti sebenar tentang perkahwinan.

Bila dengar tajuk confessor, perkahwinan yang menakutkan, adakah berkahwin dan mempunyai pasangan ini suatu benda yang menakutkan atau ngeri? Adakah perkahwinan tidak akan membawa kebahagiaan? Adakah suami tidak akan memberi nafkah kepada isteri? Atau isteri curang? Atau suami mendera? Isteri pemalas? Banyak persoalan yang bermain di fikiran kita bukan? Saya teringat kata-kata professor Muhaya di mana beliau menyatakan,”wanita yang paling malang adalah wanita yang tersalah memilih suami”

Kata-kata ini mudah difahami, tapi memberi kesan yang sangat besar kepada hati seorang isteri. Kenapa begitu? Jodoh pertemuan adalah aturan Allah. Begitu juga ajal. Pada hemah saya, tidak ada istilah ‘tersalah memilih’ kerana selagi nyawa dikandung badan, selagi kita adalah hamba, kita akan diuji. Suami yg baik adalah rezeki, suami yang derhaka adalah rezeki. Rezeki bagaimana? Dengan kesabaran isteri. Sabar. Allah angkat maqam kita pada kedudukan yang lebih tinggi. Di mana? Di syurga Allah kelak. InshaAllah. Jangan kita bersedih hati dengan ujian Allah, dan jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah. Berusaha dan berdoalah.

Cuba kita renung dan tenung. Kenapa Allah pilih kita untuk diuji? Jawapannya ada di dalam Al-Quran di mana firman Allah yang bermaksud,”Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”. Apa tidak benar apa yang saya katakan? Cuba kita imbas semula. Kita ambil contoh kakak confessor yang suaminya pemalas. Adakah kakaknya bercerai? Atau kakaknya membuka aib suami dia? Tidak bukan? Nah. Itulah ujian yang sesuai dengan kesanggupannya walau hatinya perit dan pedih. Tetap dia teruskan. Semoga Allah menganjari beliau dengan syurga terindah. Allahumma amin.

Cuba kita fikir. Kalau kita tidak berkahwin, adakah kita tidak diuji? Ada orang walau tak berkahwin tetap diuji sebab ketakutannya melebihi kepercayaan kepada Allah. Contohnya, takut nak kahwin sebab nanti dapat suami kaki pukul. Akhirnya, dia tak kena pukul dengan suami kerana tidak berkahwin, tetapi mungkin diuji dengan sakit yang menyukarkan dia bekerja dan bergerak. Mungkin dia diuji dengan masalah kewangan dan sebagainya. Maka, dapat saya katakan di sini, kita sebagai hamba tak akan lepas dari ujian. Siapapun kita, apapun kedudukan kita, hatta orang bukan Islam juga ada ujian cuma membezakan kita adalah Iman dan Taqwa. Kalau kita berputus asa dengan rahmat Allah, maka tidak ada bezanya kita dengan orang bukan Islam.

Saya juga berkahwin. Bahkan perkahwinan yang lalui tidak seindah yang saya gambarkan. Tidaklah seperti yang saya mimpikan. Mana mungkin saya idamkan suami yang kacak dan kaya raya, baik hati, dan rajin itu jadi kenyataan kerana Allah ingin mengajar dan mendidik saya dari erti sebuah perkahwinan. Saya menangis apabila bergaduh dengan suami. Hati sy terluka. Saya bangun, solat dan berdoa. Saya menangis kepada Allah. Doa saya, “Ya Allah, di dunia ini, kebahagian aku adalah suamiku. Jangan kau bolak balikkan hatinya. Lembutkan hati dia. Maafkan dia. Sesunguhnya dia suami terbaik yang Engkau kurniakan kepadaku.” Usai solat. Aku termenung di tikar sejadah, aku menangis mengenang dosa aku.

Tak lama. Ada tangan kasar menyentuh bahuku, memeluk aku, dan mencium pipiku. Ya. Dia adalah suamiku. Adakah selepas itu kami akan bergaduh? Ya. Kami akan bergaduh kerana lumrahnya begitu. Suamiku lelaki dan aku perempuan. Kami makhluk berbeza tp kami dari Allah. Maka, kembalilah kepada Pencipta suamimu dan kamu. Kita sebagai isteri, tetap ada kekurangan kita walau kita yang menyara rumahtangga. Andai diberi ‘hadiah’ ujian suami yang tidak menjalankan tanggungjawab, pertama sekali, maafkan lah suamimu agar hatimu redha. Berdoalah kepada Allah. Dan jangan berputus asa. Kebahagiaan mana yang kita impikan? Dunia atau akhirat? Pastinya akhirat yang kekal abadi.

Seandainya anda menjadi mangsa kekerasan suami, Allah tidak kejam dan zalim. Buatlah pilihan terbaik dan gunalah ‘rukhsah’ yang telah diberikan oleh Allah swt.

Pendek kata, berkahwin atau tidak bukan menjamin kebahagiaan kita. Tapi hati yang redha dengan ujian Allah, yang ikhlas, inshaAllah, ada kebaikan terbesar yang menanti kita. Doakan saya sabar mengharungi dan melayari ujian rumahtangga. Saya juga doakan anda semua dikurniakan kesabaran yang tinggi dan diberkati oleh Allah swt. Amin

– Mrs RR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *