Perkahwinan Aturan Keluarga

Assalamualaikum. Luahan ini just mohon pandangan pembaca mengenai hubungan rumahtangga kami yang sudah masuk 9 tahun pada tahun ini. Kami dikurniakan 2 orang zuriat.

Aku dengan suami sebenarnya berkahwin atas percaturan keluarga. Dia merupakan rakan sepejabat ibuku. Aku gelarkan dia M.

Aku pula, sebenarnya, telah mempunyai kekasih hati pada ketika itu. Aku gelarkan kekasih hatiku itu sebagai Q. Aku dan Q sudah berkenalan since after SPM and kebetulan kami satu universiti.

Hubungan kami sangat serius sehingga memang dalam perancangan kami untuk berkahwin. Malangnya, hubungan kami tidak kekal. Aku dijodohkan dengan M.

M seorang yang jauh dewasa dari aku. Beza umur kami adalah 6 tahun. Dia merupakan anak bongsu.

Di awal perkahwinan, kami sangat kerap bergaduh. Terlalu berbeza cara dan perangai kami. Dengan gap umur yang besar dan dia juga membujang agak lama sebelum bertemu diriku, terlalu banyak sebab dan punca untuk kami bergaduh.

Aku ambil masa untuk mengenali dia. Bagi aku, M adalah lelaki normal zaman sekarang. Kaku, tidak romantik, tidak memujuk, tidak cakna, kurang common sense dan ego.

Jauh sekali beza dengan ex aku, Q. dia sangatlah romantik dan sebaik-baik lelaki idaman wanita. Sangat beruntung siapa yang menjadi isterinya.

Kembali kepada ceritaku, aku dan M terpaksa PJJ selepas berkahwin atas tuntutan kerja. Dari tahun pertama perkahwinan sehinggalah tahun kelapan perkahwinan, kami tidak pernah tinggal sebumbung.

Hanya pada tahun ini, iaitu tahun kesembilan, kami diberi peluang tinggal sebumbung setelah dia dapat bertukar berhampiran aku.

Setelah beberapa tahun perkahwinan, banyak perkara yang aku demand dari dia untuk ubah perangai dan cara.

Aku mintak dia untuk lebih memahami diriku sebagai wanita, aku mintak dia untuk belajar memujukku bila bergaduh, jika ada masalah, cuba berterus terang denganku dan macam2 lagi perkara yang aku mintak dia penuhi.

Slowly, aku nampak dia akur dan cuba ubah perangai lama dia ke arah yang lebih baik.

Tidak kesemuanya dan tidak drastic, tapi slowly, dia berubah. Aku terima dan aku bersyukur. Terutama dari segi penjagaan anak2.

Sebagai contoh, aku pernah tegur dia, kalau aku tengah makan. Dia dah siap makan. Anak tengah melalak.

Tolonglah uruskan anak tu. Jangan biarkan orang lain yang ambil dukung dan pujuk anak itu. Jangan nak pentingkan diri sendiri.

Alhamdulillah, dia terima teguran tu sebab bagi aku, itu hanya common sense.

Fast forward, selepas 9 tahun perkahwinan, selepas aku asyik mengalah setiap kali kami bergaduh, ku rasa seperti tidak lagi dilayani dan dihargai seperti sebelum ini.

Memang tiap kali kami bergaduh, jangan harapla dia akan pujuk aku.

Aku yang makan hati. Aku yang pujuk diri sendiri. Aku yang start over balik.

Dia hanya kaku di situ. Tapi after so many years, aku rasa hubungan kami hambar sangat. Tinggal sebumbung tapi dia banyak main fon dari spend time dengan aku dan anak-anak.

Kalau gado, aku da tak memujuk dan tak lagi meluahkan. Aku hanya akan diamkan diri sebab bagi aku pun, kalau meluah pun tiada guna. Tiada yang akan berubah.

Semua tetap sama. Baik aku move on. Aku da tawar hati.

Tawar hati dengan perangainya yang masih sama dari dulu. Jangan tanya berkenaan nafkah batin. Aku rasa dia sangat tak normal tentang ini.

Setahu aku, lelaki ini, ‘bersama’ itu sangat penting. Kalau berjumpa setelah berjauhan, aku rasa benda itu yang lelaki paling demand untuk selesaikan dahulu. Tapi tidak bagi M.

Aku yang perlu menagih benda itu dari dia. Kadang-kadang, jumpa hujung minggu, tak ‘bersama’ pun. Sekarang, tinggal sebumbung, semakin tidak ‘bersama’.

Entahlah, aku tidak tahu apa salahku. Apa kurangnya aku. Dia tidak berkeinginan seperti lelaki-lelaki lain.

Aku jadi putus asa. Tidak lagi beria. Dan tidak lagi menggoda.

Hambar. Sangat hambar dari segenap sudut. Sekarang, dah 2 bulan hubungan kami tidak okay.

Dia tidak bertanya khabar. Aku membawa diriku sendiri. Di rumah, aku banyak spend time dengan anak-anak.

Dengan dia, aku tak lalu nak pandang muka pun. Bagi aku, da banyak peluang yang aku bagi tapi semua disia siakan. Aku da tawar hati.

Aku hanya menuntut perpisahan dari dia buat masa sekarang. Dia langsung tiada effort untuk betulkan keadaan. Masih kaku di situ.

Sampai masanya, aku harap, dia akan lepaskan aku dengan cara baik. Dan perkara yang paling aku sesalkan dalam hidup ini, aku tidak mempertahankan ex aku, Q sepenuh jiwa ragaku. Dia masih tetap yang terbaik dalam hidupku.

Masih ada harapan ke hubungan aku dan suamiku, M?

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalamualaikum sis..I think you husben ada problem dkt bawah..but fikir saya rasa suami sis ni gay…Sis kalau nk tahu check hp dia..ada xdia langgan video lucah or install group gay…first, kalau ada jngn marah kumpul bukti..lpstu sis dh kumpul bukti..sis boleh saman dia or tuntut fasakh..sis lupakn lah Q..kalau dia dh ada isteri sis xkesian ke dkt isteri dia..Isteri dia sayangkn dia..sis jgn mcm2 nk dekat dgn Q…Dulu xnk pertahnkn skrng nk dkt M…Jadi,jngn nk musnahkn masjid lain semata2 utk kebhagiaan sis..but kebhagian terkorban..Jangan jadi mcm Israel bom Gaza pula..and rampas tanah org utk kepentingan diri sendiri…

  2. 9 TAHUN telah berlalu…. Saya harap sis xmembandingkan M dgn org lain dan lupakan lah si Q. Selalu ii lah borak ii sblm tido, Dah Cuba slow talk dgn M?….tanya kenape dia xbernafsu mcm lelaki lain? Kenape xpernah mintak bersama? N Tanya Minat dia ke arah mana ,kalau betol dia gay ,sis kene kuat ! fikir masak-masak,kalau sis masih Nak pertahankan rumah tangga sis Cuba iktiar cari Jalan utk dia lurus balik ,Tapi ingat dlm proses Ni sis kene KUAT ! ! ! ,Dari segi mental mahupun fizikal !. Kalau sis Xboleh ,mungkin berpisah adalah Cara yg terbaik .Keputusan Ada di tangan AWAK S

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *