Perkahwinan Di Atas Kertas

Assalamualaikum wbt. Nama aku Bunga (yang pasti nama direka). Tempoh perkahwinan menjangkau 10 tahun.

Seorang yang bekerjaya dan ibu kepada dua cahaya mata lelaki. Yang handsome segak manja! Rindunya….

Melalui fasa perkahwinan belum pun 10 tahun, memiliki semua impian dengan baik dan lancar, ada kala sulit juga tapi pasti ada jalan penyelesaiannya.

Dulu, suami bukan gamer! Sebab memang pesan awal-awal tak suka pasangan yang bermain game.

Masa remaja dulu beberapa kali mengakhiri hubungan dengan seorang gamer. Tak salah pun mengisi masa lapang dengan game sebab kadang-kadang nak release tension.

Cuma tak berkenan mereka seakan gopoh dan tergesa-gesa membantu sebab permainan game dia tu.

Suami dahulu tak berkecimpung pun dalam game ni, setakat nak tido pukul 11malam dia tengok dengar video orang main game aje.

Sehinggalah PKP pertama, work from home kan… Ada duit pulak…mula-mula beli laptop sahaja, main game lajak ke 12 tengah malam.

Dah tiada PKP, bekerja masuk office beli 1 desktop pulak.. kemudian waktu lajak ke 2 pagi… dan menambah 1 desktop lagi untuk tujuan lain pula. Lajak main game sekarang 3 hingga 4 pagi.

Tapi masih okay bantu urus anak, buang sampah kerja macam biasa. Tapi, masa dengan saya menjadi kurang. Dah usaha untuk okay-okay sahaja tapi hati ni tak begitu kuat.

Untuk pengetahuan semua, saya seorang isteri yang membantu kewangan ekonomi keluarga.

Saya bayar duit asuh dua anak, saya juga bayar macam-macam bagi meringankan bahu suami.

Sejak-sejak hati mula kurang senang dengan rutin suami, saya kerap menangis. Sedih.

Kadang terfikir apa pentingnya game tu kepada suami. Kadang orang nampak luaran seperti baik-baik saja. Tapi hati ni tak siapa yang tahu.

Suami saya pernah masuk wad kerana mempunyai penyakit yang tidak dapat saya jelaskan.

Ketika itu, dia fokus ibadah, bangun subuh pegi masjid, maghrib isyak jemaah di masjid. Seolah-olah dia tahu ajalnya dekat. Rindu waktu ni walau pun sedih tengok dia sakit.

Urusan tempat tido usahlah cerita, telah diabaikan sejak hamil anak kedua.

Mula-mula fikir mungkin dia nak bagi kita rehat sebab c-zer tapi anak nak 3 tahun dah…

Tak kan lah dia tak pernah ingin bersama. Mula-mula bermanja juga kerana mahukan perhatian, tapi lama-lama jadi tawar hati pula apabila dipandang sepi.

Tak tahulah… masih tertanya-tanya suami saya ni berkahwin untuk apa? Saya pula menanti kerana apa?

Kasihkan anak tapi suami begini pula. Kasihan anak perempuan ayah… tak dihirau tak dilayan dengan sebaiknya.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *